Itik Panggang

8:10 PTG

Assalamualaikum.
Bagi yang tercari-cari resepi Itik Panggang atau ingin menukar resepi kebiasaan seperti rendang itik, kari itik dan sebagainya bolehlah tengok resepi Amie di bawah ini. Keluarga sebelah Encik Suami memang peminat tegar daging itik, dan akhirnya Amie pun terikut sama menikmatinya. Kebiasaannya, mereka akan rebus dahulu itik sehingga empuk, dan kemudian goreng daging itik tersebut bersama beberapa jenis bahan pemerap. Memang sedap! Namun begitu, kali ini Amie ubah sedikit cara masakan keluarga dengan cara merebus sehingga empuk, dan kemudian memanggang dalam oven. Sebelum ini Amie pernah memanggang itik DI SINI, tapi tahap kesabaran tersebut untuk menunggu sehingga itik masak tidak ada pula pada hari ini. Dengan cara merebusnya terlebih dahulu, bolehlah membuat kerja-kerja lain, berbanding membakar sepenuhnya  yang memerlukan perhatian khusus, mengambil masa yang lama dan terpaksa berkali-kali membuang minyak dari lelemaknya, takut hangus, rentung dan sebagainya.


Resepi : Itik Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan & toskan sehingga kering
5 cm halia - diketuk
7 biji bawang putih - ketuk
2 sudu makan mentega

Bahan pemerap:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu teh five spices
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis Cap Kipas Udang
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa

Cara:
1. Rebus itik bersama halia dan bawang putih ketuk sehingga empuk.
2. Keluarkan itik dan toskan seketika.
3. Lumurkan seluruh daging itik dengan bahan pemerap dan biarkan seketika.
4. Panggang itik di dalam oven menggunakan api sederhana selama 30 minit. Lumurkan dengan mentega sekiranya kulit itik kelihatan mengering. Jika suka kulit itik yang garing, boleh panggang lebih lama.



Itik Panggang ini tidak begitu garing, tapi isinya cukup lembut. Amie tidak sediakan sosnya kerana menurut anak-anak dengan meratah daging itik bersama lebihan bahan pemerap  di bawah tray pembakar saja sudah cukup enak!


Mudahkan cara penyediaan itik panggang cara Amie? Kalau nak lebih sedap, bolehlah sediakan sos pencicah mengikut selera masing-masing.


19 comments

  1. Selamat mlm kak amie..mengancam je itik tu posing..menyelerakan je..x prnh mkn itik lagi..tapi hubby sury kata sedap..:-D

    BalasPadam
  2. Amie..menggoda sungguh itik panggang ni,sampai kecur air liur ummi ni..

    BalasPadam
  3. Saya pun suka makan itik panggang,tp tak pernah masak di rumah sebab sy jak yg gemar makan....nampak kak Amie punya itik panggang ni sangat sedap...bole la singgah nanti...

    BalasPadam
  4. akak! itik my favourite!!!! nak buat jugaklah itik bakar.

    BalasPadam
  5. saya tak makan itik..tapi yg akak buat ni mmng mnggoda sangat...

    BalasPadam
  6. masyaAllah , ini tampak sangat sangat sangat lezat kak....

    BalasPadam
  7. u never fail to amaze me with your cooking.. looks so..ooooo delicious.

    BalasPadam
  8. bebek pangganggg.. sedapnyerrr.. :b

    BalasPadam
  9. Masa kecik di kampung dulu, kami banyak bela itik. Dan kadang2 bila arwah ayah sembelih beberapa ekor, mak masak Itik Masak Kicap. Memang sedap. Rasa macam burung, kan? Dagingnya agak liat, sebab tu kena rebus lama sikit.

    BalasPadam
  10. assalam amie..seisi rumah acik pun minat daging itik tapi tak selalu acik beli...mahal sangat..seekor sampai hampir 40 ringgit..sesekali acik beli juga..cuma dibuat masak kari dan rendang je

    BalasPadam
  11. Sedapnya itik kak....lama x mkn...sib baik x ngidam...huhuhu....

    BalasPadam
  12. salam kak
    saya x makan itik huhuh

    BalasPadam
  13. kak,masa kita kecik2 dulu bapak kita bela itik,tapi syangnya tak pernah sembelih itik...cuma suka ambikm telurnya je buat telur masin..

    BalasPadam
  14. Wah...sedapnyer, itik pangggang tu!! kt kg ada bela itik, tp buat rendang je...selalunyer jual, lenkali bolehlah wat itik panggang plak.

    BalasPadam
  15. Thanks... dah lama cari resepi ni.. baru jumpa😋😍

    BalasPadam
  16. Suhu brp n brp jam nak bakar kat oven ni kak???

    BalasPadam
  17. Suhu brp n brp jam bakar kat oven ni kak?????

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe