ADSENSE

Sabtu, 2 Februari 2013

Ayam Sos Tiram

Assalamualaikum.
Ada resepi tertunggak kerana masalah talian internet mogok selama 5 hari pada minggu lepas. Kalau tak silap Amie resepi yang Amie paparkan ini merupakan menu kelam kabut sebab anak-anak sudah kelaparan sekembalinya dari solat Jumaat!


Resepi Ayam Sos Tiram merupakan resepi mudah dan cepat untuk disediakan. Amie gunakan 5 keping sayap ayam dipotong 2, menjadi 10... cukuplah untuk hidangan keluarga kecil kami. Oleh kerana anak-anak sukakan kentang, jadi Amie gunakan 3 biji kentang. Kacang manis dan lobak merah memanglah anak-anak tak usik, tapi cukuplah sebagai pelengkap hidangan, tak perlu masak lauk lagi. Bagi sesiapa yang kesuntukan masa, kebuntuan idea dan  inginkan menu yang lazat, bolehlah cuba resepi mudah ini.

Resepi : Ayam Sos Tiram
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping sayap ayam - potong 2
3 biji ubi kentang - kupas dan belah 4
10 biji kacang manis - bersihkan dan potong 2
1 biji lobak merah - belah 2 dan potong 6
10 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 cawan air
1/2 cawan bancuhan 1 sudu makan tepung jagung
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan sayap ayam serta lobak merah dan kentang. Balik-balikkan sehingga ayam layu.
3. Masukkan air dan tutup kuali. Gunakan api sederhana panas. Biarkan sehingga ayam dan kentang empuk.
4. Buka tutup kuali, dan masukkan sos tiram, kicap pekat, lada putih serta pati asam jawa.
5. Tuangkan bancuhan air tepung jagung, kacang manis dan cili padi. Gaul sebati.
6. Apabila kuah menjadi pekat, angkat dan hidangkan.

Amie sengaja bubuh cili padi bulat-bulat, dan hanya dipatahkan ketika makan sebab anak-anak tak suka pedas.


Ringkas saja cara penyediaannya, dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati.

11 ulasan:

hazila berkata...

Saya pun suka masak begini sebab satu hidangan semua ada.

Suzana Ibrahim berkata...

nampak sungguh menyelerakan.ni mesti sedap makan dengan nasi putih.

faa.rosli berkata...

sedapnya kak...kepak plak tu..fevret!

azieazah berkata...

Oh mudah!

Cuma, ayam tu tak perlu goreng dulu ya, masuk mentah-mentah dan tumis sekali ya... hmmm senang.

azieazah berkata...

Oh mudah!

Cuma, ayam tu tak perlu goreng dulu ya, masuk mentah-mentah dan tumis sekali ya... hmmm senang.

Qasey Honey berkata...

tentu sedap ni...mcm2 adeee..myelerakan :)

FnF Simple Life berkata...

hmmm...simple dan sedapppp... ala chinese food pun ye jugak kot..

Nooriah Abdullah berkata...

kaknoor pun suka masak macam ni simple je yg penting bos suka kan..

Maira Anjami berkata...

terliur tgk mskn kak amie..nyum2!..nk cube msk tpi sos tiram dah hbis>_<

ummiross berkata...

Ringkas tapi sedap ni..!

sheila arshad berkata...

thanks for the recipe....boleh try utk berbuka nanti