ADSENSE

Sabtu, 9 Februari 2013

Ayam Masak Kari, Pucuk Paku Tumis Udang & Sambal Tempoyak

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti sempena sambutan Chinese New Year 2013. Nampaknya di musim perayaan kali ini banyak jemputan kenduri - kendara dan undangan perkahwinan yang perlu dihadiri. Jadi, sehari dua ini kena gantung periuk dan dapur pun tidak berasap! Apa pun untuk hidangan tengahari ini Amie sempat sediakan beberapa menu untuk santapan seisi keluarga termasuk Ayam Masak Kari, Pucuk Paku Tumis Udang & Sambal Tempoyak.


Cuaca sepanjang hari ini mendung, dan sebelah tengahari hujan turun mencurah-curah. Sewaktu masak lauk-pauk penuhlah ruangan dapur dengan pelbagai aroma yang terbit dari masakan kari, dan tempoyak!


Amie pesan dengan Encik Suami supaya beli ikan, tapi dibelinya daging ayam. Katanya tak ada ikan (dia pergi ke kedai runcit, bukannya ke pasar!) Tak apalah kan... janji ada benda yang dibelikan untuk lauk tengahari kami sekeluarga. Jadi Amie pun masak kari, satu-satunya menu yang sangat digemari anak-anak. Oleh kerana sudah menjelang tengahari, tak sempatlah nak sediakan cili kisar untuk dicampur dalam rempah tumisan, jadi Amie gantikan sahaja dengan serbuk cili.

Resepi : Ayam Masak Kari
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg daging ayam - potong 10 bahagian
3 biji kentang - belah 2
1/2 batang lobak merah - potong 2 & belah 
400ml santan pekat
1 cawan santan cair
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan penumis:
3 ulas bawang putih - hiris 
5 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
4 sudu makan serbuk kari daging+ 1 sudu makan serbuk kari ikan
3 pelepah daun kari - dilurut

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan penumis kecuali serbuk cili dan serbuk kari hingga layu dan wangi.
2. Perlahankan api dan masukkan daun kari, serbuk cili serta rempah kari.
3. Gaul sebati dan jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang dan lobak merah. Kacau sekali-sekala sehingga air ayam keluar.
5. Masukkan santan cair serta asam jawa. 
6. Apabila daging ayam dan kentang mula empuk, masukkan santan pekat.
7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
8. Ikut kepekatan yang digemari dan setelah masak, tutup api dapur.


Resepi : Sambal Tempoyak
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan tempoyak
1.5 cawan hirisan petai
1 cawan ikan bilis
7 biji cili hijau - hiris
7 biji cili padi hijau - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
1 labu bawang besar - mayang kasar
secubit garam / gula / perasa pilihan
1 cawan air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi dan layu.
2. Masukkan hirisan cili hijau dan cili padi serta petai dan ikan bilis. Gaul rata.
3. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan tempoyak, dan jika masih kering, tambah lagi air.Perlahankan api dan kacau sebati.
5. Perasakan dengan secubit garam / gula / perasa pilihan.
6. Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan.


Resepi : Pucuk Paku Tumis Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk paku tanjung - potong ikut suka
15 ekor udang kertas - buang kulit, tinggalkan ekor dan belah belakang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2  labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu makan sos tiram
secubit garam /perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu dan wangi.
2. Masukkan udang dan balik-balikkan sehingga udang berubah warna.
3. Masukkan pucuk paku dan gaul. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4. Masukkan sos tiram dan secubit garam (jika perlu).
5. Apabila telah masak, tutup api.

16 ulasan:

ummiross berkata...

Amie..ummi kan tak tahan tengok sambal tempoyak tu,sampai kecur air liur ni, hehe..

shahliza81 berkata...

sedapnyer sambal tempoyak tu..yg lain pun nampak sedap jugak

faa.rosli berkata...

sama laa kita punya menu lunch..berunsur kari..tapi ummi faa laa masak..dia buat pajeri nenas..kategori kari jugak kan?hehehe..n faa goreng ayam je..hehe

Sury Abil berkata...

Alahaiii kak..suka nya tgok menu tu semua...sedap2 smua nya...tempoyak dh habis stok ni...terliur pulak...klu dekat blh tumpng mkn..heee :-D

ZalinZalina berkata...

Ya ampunnnnn...macam menu kat kedai..ngancam habis..kalau saya pegi rumah Amie, memang tak toleh kiri kanan...he he he...

MulutPayau berkata...

semuanya sedap!!!!!

azieazah berkata...

Gambar tu sangat sharp, tengok pun terliur sesangat!

shazrina berkata...

Ape yang kak Amie masak, semuanya buat saya terliur ...yang paling saya terliur, pucuk paku tumis udang .... :D

Yana Shaiful berkata...

huhuu..sambal tempoyak..sedapnyaaa!!!

kasihilmar.com berkata...

As salam amie, setip kali saya tengok masakan amie memang menyelerakan. Bagi pandangan saya, Amie memang seorang pakar dalam bidang memasak ni! Sangat hebat.. :)

rahel berkata...

Memang sengaja la tu menggoda gue....tak tahannnn

Amie berkata...

Ummiross,
tempoyak buatan sendiri ni Ummi sebab di sini tak dak jual tempoyak he he ehhh.

Shahliza81,
terima kasih Shahliza...

Faa,
masak kari time hujan begini buat badan panas ye Faa...

Amie berkata...

Sury,
Kak Amie buat stok tempoyak sendiri, boleh buat lebih simpan dalam peti sejuk, maklumlah tak jumpa tempoyak yang dijual di sini he he heh.

Zalin,
jemput Zalin... seronoknya kalau duduk berjiran, makin rajinlah kak Amie masak hari-hari he he ehh.

MP,
terima kasih MP...

Amie berkata...

Azieazah,
terima kasih Azie... he he ehh sharp ye, (maklumlah bukan professional punya tangan) alhamdulillah sekurang-kurangnya nampaklah apa benda yang dimasak ye Azie.

Shazrina,
terima kasih Shazrina... kata-kata itu tambah menaikkan semangat Kak Amie untuk perbaiki mana yang kurang.

Yana,
jemput Yana...

Amie berkata...

Kasihilmar,
oooo...sangat terharu! terima kasih atas komen itu, marilah sama-sama buat penambahbaikan dalam hidangan kita ye Kasih.

Rahel,
he he ehh lu selalu goda gue dengan kek lu itu Rahel wei...

Hanny Abdullah berkata...

salam..waduhhh sedap tengok sume masakan ni terutama sambal tempoyak,semlm baru je makan tp tempoyak pucuk ubi ikan bilis. Lepas ni nak try recepi amie ni pulak lah..tempoyak ada lagi tu..hehehe