Ikan Bayan Masak Sambal Cocos

7:33 PTG

Assalamualaikum.
Agak lama juga Amie tidak hidangkan menu Ikan Bayan Masak Sambal Cocos untuk keluarga. Resepi ini agak berbeza sedikit dengan resepi Cocos seperti  ikan masak sambal  yang Amie biasa masak kerana kali ini ada tambahan santan di dalam kuahnya. Dan seperti biasa, sudah tentu rempah ketumbar serta perahan jus limau nipis di dalam resepi ini begitu membangkitkan selera untuk kita menikmatinya!


Resepi: Ikan Bayan Masak Sambal Cocos 
(Istilah Cocos merujuk kepada suku kaum Melayu Cocos)
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 ekor ikan bayan - bersihkan dan potong 2
500ml santan sederhana pekat
2 biji limau nipis - perah jusnya
garam / perasa pilihan
serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar:
12 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ketumbar biji

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan.
4. Apabila kuah santan mula mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak.
5. Masukkan garam dan perasa pilihan.
6. Masukkan jus limau nipis.
7. Ikan Bayan Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.



Jemput makan ye... entah kenapa mata ini terlalu berat untuk terus berada di depan skrin! Selamat malam!

12 comments

  1. tuan umah nak titun ke ni hahaa nnt akak amik je ikan ni ya lapo lah pulak malam2 ni hee

    BalasPadam
  2. saya unfamiliar dgn ikan bayan ni kak tapi specialnya menu ni :)

    BalasPadam
  3. nmpk cam selalu k.amie masak ikan nie...sy x dpt bayngkan cmne rasanya....

    BalasPadam
  4. Jenguk dapur Amie jap, sungguh menyelerakan nampak kuah ni Amie.
    Selamat malam Amie, selamat beradu wahai permaisuri...

    BalasPadam
  5. Naif nya saya. Ikan bayan pun saya tak kenal cemana rupa.

    BalasPadam
  6. sedapppnyerrr..;)
    ikan bayan comel kan warna warni tu kan kak ami..hehe

    BalasPadam
  7. Adededeee...kalau saya tau ada masak ikan sedap2...awal2 lg singgah ketuk pintu belakang...

    BalasPadam
  8. cmne bentuk ikan bayan ni ye kak...nmpk isinya macam lembut aje tu..nmpk sedap

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..lama benar saya simpan resipi ikan cocos ni sejak Kak Amie pernah pos suatu ketika dulu..tapi sampai sekarang masih dalam Q lagi...he he he he he

    BalasPadam
  10. Kak Nooriah,
    ambik je Kak Noor... tuan rumah dah tak nampak apa-apa lagi dah he he ehh

    Tihara,
    banyak kali juga kak post ikan bayan yang belum disiang, resepi sama je..

    Asyifa,
    kalau jumpa ikan ni memang kakak selalu masak, isinya sangat lembut, sedap!

    BalasPadam
  11. Ummiross,
    terima kasih Ummi... dah kenyang tidur dah... dah bangun ni...

    Azieazah,
    ikan bayan ni orang putih panggil parrot fish, ikan kakak tualah tu... hidup di celah2 batu karang.

    Nens,
    memang comel Nens, cantik warnanya kan!

    BalasPadam
  12. Rahel,
    pandai lu pilih pintu ye Rahel...

    Qasey Honey,
    ada kakak post beberapa kali rupa bentuk ikan bayan sebelum disiang dalam entri ikan bayan, memang isinya lembut, sedap lagi tu!

    Sue,
    nanti kalau dah jumpa ikan bayan, bolehlah cuba resepi tu ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe