ADSENSE

Jumaat, 7 Disember 2012

Tempoh Ketahanan Makanan

Assalamualaikum.
Untuk segmen Petua Di Dapur kali ini, Amie ingin berkongsi mengenai jangka hayat atau tempoh ketahanan sesuatu makanan. Amie perolehi info ini melalui pembacaan dari majalah Sedap Bil 3, Vol 1/2008. Moga perkongsian ini memberi panduan dan manfaat yang sangat berguna buat kita semua.

Bahan makanan yang selalu kita beli, selalunya dicatatkan tempoh ketahanan bagi makanan tersebut. Anda di antara kita yang suka menyimpan bahan makanan untuk kekal tahan lama di dalam peti sejuk. Akan tetapi, walaupun sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tetap akan tahan lama sehingga tempoh masa ketahanann makanan tersebut. Di bawah ini Amie kongsikan perubahan tempoh ketahanan mengikut jenis makanan:


 Ehsan : Google

Telur
Tahan selama 4 hingga 5 minggu jika disimpan di dalam bekas yang lebih sejuk suhunya.




Ehsan : Google

Ikan
Tahan selama 1 hingga 2 hari. Akan tetapi, jika diletakkan di dalam peti sejuk beku akan bertahan selama 4 hingga 6 bulan.




 Ehsan : Google

Daging Merah
Tahan selama 1 hingga 2 hari. Namun begitu, jika di letakkan di bahagian  sejuk beku boleh tahan selama 3 hingga 4 bulan. Daging yang telah dimasak dan disimpan di dalam peti sejuk beku akan tahan lebih lama lagi.



 Ehsan : Google

Daging Ayam
Tahan selama 1 hingga 2 hari. Jika disimpan dalam bahagian sejuk beku, boleh tahan selama 1 tahun.



 Ehsan : Google

Keju
Keju yang sudah dibuka akan tahan selama 3 hingga 6 bulan lamanya, tetapi rasanya akan mulai berubah sedikit.


Ehsan : Google


Kerepek
Tahan selama 3 bulan.


 Ehsan : Google


Roti
Tahan selama 15 hari.



 Ehsan : Google

Sereal Segera
Tahan selama 3 bulan.





Ehsan : Google

Pisang
Tahan selama 3 hingga 6 hari sebelum busuk.



Ehsan : Google


Epal
Tahan selama 6 bulan lamanya jika berada dalam keadaan baik.




Ehsan : Google

Bawang
Boleh disimpan dalam suhu bilik dan tahan selama 2 minggu.




Ehsan : Google

Kentang
Boleh disimpan selama 1 bulan lamanya.




Ehsan : Google

Sos Tomato
Boleh tahan selama 1 tahun.




Ehsan : Google

Jem
Boleh tahan selama 1 1/2 tahun Lebihbaik jika jem disimpan di dalam peti sejuk daripada di simpan dalam almari makanan biasa.

Sumber : Majalah Sedap Bil 3, Vol 1/2008


15 ulasan:

Nur-nba berkata...

Terima kasih Kak Amie kerana berkongsi info yang berguna ni..

Hnahdy berkata...

oowwhh... bagus info

whitecappuccino berkata...

tq amie for sharing..

azieazah berkata...

Amie, dalam banyak-banyak contoh itu, hanya keju saja yang saya jarang beli dan simpan.
Yang lain tu, memang saya tak pernah risau ketahanannya, sebab belum pun sampai 1 minggu umur, semuanya dah boleh langsai. hehehe maklum rakyat ramai.

rahel berkata...

Waw..betul2 menarik ni..terima kasih cikgu...

Sury Abil berkata...

Salam kak amie...info yg bgus...rajin mbaca bertmbh ilmu kita kn....:-)
Tq 4 sharing...

Kakzakie berkata...

Kalau ayam rumah kakak tak payahlah nak tunggu setahun Amie. Seminggu pun tak menyempat. Beli hari ini dah kena masak. Kalau simpan paling lama pun seminggu dah katam sebab anak kakak suka ayam..

Norzie hany berkata...

Nice info....tq for sharing.

khairu anuar berkata...

salam kak..sy nak tanye kalo sy buat bnyk daging masak hitam then brape lame dia tahan dlm peti ais tu sbb sy stdent and bz nak masak sllu..??tq kak

khairu anuar berkata...

salam kak..sy nak tanye kalo sy buat bnyk daging masak hitam then brape lame dia tahan dlm peti ais tu sbb sy stdent and bz nak masak sllu..??tq kak

Normah Rahim berkata...

Salam, boleh beri panduan kalau kek lapis rempah di post keluar negara makan masa 3hari atau lebih tanpa masuk fridge. Boleh tahan berape lama dan panduan membungkusnya. Harap dapat beri panduan, kesiankan anak yg rindu kek ni. Terimakasih.

Amie berkata...

Khairu,
kalau simpan dalam bahagian sejuk beku mungkin tahan beberapa beberapa minggu, maaf saya tak pernah simpan cara begitu ye...

Normah,
saya tak pasti tapi kalau setakat 3 hari mungkin masih okey, tapi kalau poskan kek lapis yang dibuat dengan campuran bahan pengawet mungkin tahan lama.

Muhammad Affendy Mahad berkata...

mcm mna kalau sosej/nuget..

Zue Manap berkata...

Kalau mcm yg bkerja kan...selalu stress nk tunggu daging/ ayam dpd cair dari disejukbeku...kalau bhn mentah yg tlh disejukbekukan di keluar di tpt dingin peti sejuk...boleh tahan bp jam bhn mentah tu yea

Zue Manap berkata...

Kalau mcm yg bkerja kan...selalu stress nk tunggu daging/ ayam dpd cair dari disejukbeku...kalau bhn mentah yg tlh disejukbekukan di keluar di tpt dingin peti sejuk...boleh tahan bp jam bhn mentah tu yea