ADSENSE

Sabtu, 29 Disember 2012

Spaghetti Bolognaise & Maggi Good to Great Campaign Masih Dibuka!

Assalamualaikum.
Sebelum kita makan Spaghetti Bolognaise di bawah ini, Amie ingin war-warkan kepada rakan-rakan blogger supaya turut menyertai contest Maggi Good to Great Campaign dan untuk keterangan lanjut bolehlah klik blog Mieza DI SINI.  Malam ini kami sekeluarga makan Spaghetti Bolognaise yang sungguh ringkas penyediaannya dan salah satu bahan yang Amie gunakan ialah Perencah Sos Spaghetti Bolognaise keluaran Maggi. Paparan resepi Amie kali ini bukanlah untuk dijadikan sebagai menu penyertaan tetapi sebagai galakan kepada rakan-rakan untuk membantu Mieza mencari lebih ramai peserta untuk pertandingan ini. Harap ada rakan yang sudi membantu Mieza untuk menambah bilangan penyertaan.


Petang tadi selepas balik dari mengeluarkan peluh bersama Encik Suami dan anak-anak, kami singgah sebentar di kedai runcit. Amie terpandang Perencah Sos Spaghetti Bolognaise jenama Maggi dan terus ambil sebungkus. Jadi, malam ini kami menikmati Spaghetti Bolognaise yang sungguh ringkas cara penyediaannya seperti di bawah.

Resepi : Spaghetti Bolognaise
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram spaghetti 
1 paket Perencah Sos Spaghetti Bolognaise Maggi
350 gram Sos Spaghetti Selasih & Bawang Putih
4 cawan air
2 cawan daging kisar
20 biji bebola daging
 minyak zaitun
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan Maggi Cukup Rasa

Cara:
1. Rebus spaghetti di dalam periuk bersama 2 sudu makan minyak zaitun hingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga harum dan layu.
3. Masukkan daging kisar dan tumis hingga daging layu dan berubah warna.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
5. Masukkan Perencah Sos Spaghetti Bolognaise Maggi dan Sos Spaghetti Selasih & Bawang Putih.
6. Apabila kuah mendidih sekali lagi, masukkan bebola daging dan tutup kuali / periuk. Renih sehingga kuah pekat.
7. Tambahkan Maggi Cukup Rasa dan bolehlah hidangkan bersama spaghetti.



Tak perlu bubuh bahan lain lagi. Spaghetti Bolognaise yang sungguh ringkas ini sudah cukup cara dan menepati selera kerana  sudah ada rasa masam dan manis daging!

5 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

kebetulan kat sini hujan sngt lebat tau Amie,tengok spaghetti Amie terus perut berkeriuttt aduhhh dah malam nak cari makanan ni sabo je lah sampai esuk hahaha best tu ada bebola daging lagiii

Nazmin Nazifa berkata...

nyum2,nampak sedap..salam perkenalan,follow u here :)

ummiross berkata...

Hari ni terlewat singgah dapur Amie, hujung minggu macam tu lah, jalan2 cari makan hehe. Dah malam ni nak cari makan kat dapur Amie pulak ye, mesti dah abih kan,ummi renung gambar pun jadilah, hik!

Evelyn Gemina berkata...

Wah bolognese spaghetti lagi, sedapnya kak amie : )

faa.rosli berkata...

Ya Allah ringkas akak cakap tapi dah cukup gojess bagi faa..lapar laa tgk..hehehe