ADSENSE

Rabu, 26 Disember 2012

Red Velvet Cheese Nutella In Jar

Assalamualaikum.
Seronoknya bukan main bila berjaya bakar red velvet cake secara 'waterbath'. Cantik sekali kejadiannya! Tapi.... sayang seribu kali sayang! Amie terlupa untuk membiarkannya benar-benar sejuk sebelum meletakkan adunan cheese di atasnya. Akibatnya adunan cheese yang di'pipe'kan menjadi cair! Hu hu hu..... Inilah hasil kerja kalau tikus membaiki labu!


Apapun terima kasih banyak buat JUICYCAFE kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh lazat ini. Walaupun kejadiannya tidak seperti yang diharapkan tapi rasanya tetap sedap! Minta izin untuk panjangkan resepinya di bawah ini ye Juicy Cafe!

Resepi : Red Velvet Cheese Nutella In Jar
Sumber : Juicy Cafe

Bahan:
85 gm butter
220 gm gula castor
2 biji telur
25 gm serbuk koko*
1 sdb serbuk nescafe* - *satukan dan ayak
50 gm pewarna merah
240 gm buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sdb cuka epal + 1 sdb jus lemon - perapkan 20 minit
1 sdk esen vanilla
270 gm tepung gandum*
1 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
1 sdb cuka epal
1 sdk baking soda

Cara:

1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga sebati tambahkan telur dan terus pukul hingga berkrim.
2. Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko, nescafe dan perwarna merah, gaul sehingga menjadi pes dan tuang dalam adunan butter tadi, pukul lagi sehingga sebati.
3. Tuang buttermilk dan esen vanilla dan pukul sebati.
4. Masukkan adunan tepung sedikit dan kaup balikkan, jika berketul, guna mixer dengan kelajuan paling rendah selama beberapa saat.
5. Satukan cuka epal dan baking soda sehingga menggeluarkan bunyi 'ppssstttt', gaul rata dan terus tuang dalam adunan dan gaul adunan biar sebati.
6. Masukkan adunan dalam 'piping bag' dan 'pipe'kan ke dalam jar yang telah disediakan sebanyak 50 gram.
7. Bakar secara 'waterbath' didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Pastikan air adalah air panas.
8. Sejukkan kek atas redai.
9. 'Pipe'kan adunan cheese diikuti dengan nutella diatas kek.

Bahan-bahan adunan cheese:
300 gm non-dairy whipping cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan

Nutella - secukupnya


Cara:

1. Dalam bekas mixer, pukul whipping cream dengan kelajuan paling tinggi sehingga bertanduk.
2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga sebati.
3. Tuang adunan cheese ke dalam adunan whipping cream dan gaul semua adunan sebati.
4. Masukkan dalam piping bag dan siap digunakan.

Akhir sekali 'pipe'kan nutella di atas cheese tadi.





Belajar dari kesilapan ya Amie... lain kali hati-hati, teliti satu persatu tiap resepi yang ingin dicuba. Kalau baru belajar tu buatlah cara baru belajar.... he he he ehhh

15 ulasan:

Gee® berkata...

nyam..nyam...!! sedapnyaaaa

Asyifa Mustaffa berkata...

Alaaa...syang je ciznya cair...tp x pe...! nmpk sedap lgi tu kak....

meh sebotol ~ sebotol pun jadi la....:P

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya.

JaSSNaNi berkata...

amie... sedapnyaaaaa... kek in jar... tak penah wat lagi... pandainye amie wat..

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. sedapnyer!!!! tun rasa kalau nk bake in a jar ni mmg perlu kesabaran yg tinggi. lama betul nk betul2 masak. tp hasil dia mmg cantiklah.

makchaq berkata...

Salam Amie,
Makchaq biasanya tak suka makan kek, tapi kek ni makchaq suka pulak, tapi tak pernah buat pun...

ummiross berkata...

Waa Amie..red velvet, i like!

KY berkata...

rupanya tolak tepi dulu yg penying rasanya kan? hehehe

Amie berkata...

Gee,
lain dari yang lainlah kalau buat red velvet ni... memang sedap!

Asyifa,
tu laaa Syifa.... kalau tak terror tu buatlah pelan2 kan kan kannnn...

Fiza,
terima kasih Fiza.

Amie berkata...

Jassnani,
keknya je yang menjadi...cheesenya cairrrrr...kepanasan!

Tun Telani,
betul tu Tun... mulanya macam tak percaya je boleh masak, tapi hasilnya memang cantik walau cacat sikit oleh cheese nan cair tu!

Makchaq,
betul tu Makchaq... suami pun suka makan kek red velvet ni.

Amie berkata...

Ummiross,
ramai yang like kek begini ye Ummi.

Ky,
betul ti KY... dah penat2 buat kan...

Nora Shahaira berkata...

Huhu..simpan cita2 dulu...nanti mesti nak ikit jejak jugak..

faa.rosli berkata...

walaupon cream cheese nampak cair, tapi tetap nampak gojess n menyelerakan...huhuhu

Lesung Batu berkata...

amie..ok la tu janji sodap d anak tekak..sy lagi la bab2 kek slalu fail..huhu..kena ikut jejak amie la camni.. :)

Sury Abil berkata...

Cantek lah kak...pasti sedap kombinasi cis n nutella tu....takpe kak blajo dr kesilapan...hihi..