Petua Memasak Ikan Air Tawar

5:47 PTG

Assalamualaikum.
Kali ini Amie ingin kongsi petua memasak ikan air tawar pula. Ada sesetengah daripada kita sangat menggemari ikan air tawar dan tidak kurang pula yang tidak berminat disebabkan bau, rasa dan rupa bentuk ikan tersebut. Bagi Amie, perkara pertama yang Amie fikirkan untuk mengambil keputusan memilih atau menikmati ikan air tawar ialah kerana khasiatnya yang sangat baik untuk kulit kita. Banyak jenis ikan air tawar yang terdapat di negara kita walaupun sesetengahnya telah pupus. Antara jenis ikan air tawar yang biasa kita dengar ialah seperti ikan belida, ikan haruan, ikan keli, ikan baung, ikan jelawat, ikan kaloi, ikan kelah, ikan puyu, ikan sepat, ikan patin, ikan lampam jawa atau lampam sungai dan banyak lagi termasuklah yang sangat popular kerana permintaan yang tinggi di pasaran iaitu ikan talapia samada talapia merah atau talapia hitam.


Petua Memasak Ikan Air Tawar

1. Untuk menghilangkan bau dan rasa ikan air tawar yang agak hanyir, anda bolehlah merendamkannya ke dalam perahan air limau, asam jawa dan limau kasturi.
2. Untuk mendapatkan citarasa ikan air tawar yang sebenar bagi masakan ikan sembilang, belut atau keli, salai terlebih dahulu sehingga keluar minyak sebelum dimasak gulai atau pun tumis.
3. Untuk menyedapkan masakan gulai ikan talapia, gaulkan terlebih dahulu bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk dengan garam lalu dibakar setengah masak. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam santan mendidih.
4. Bagi ikan patin dan tongsang, lebih sesuai jika dimasak gulai berbanding digoreng atau ditumis.
5. Anda disyorkan agar meletakkan sedikit daun limau purut atau sawi jeruk ke dalam masakan lemak ikan air tawar bagi menaikkan aroma dan menghilangkan bau hanyirnya.
6. Bagi mengelakkan masakan ikan air tawar tidak cepat menjadi basi, adalah dinasihatkan agar bahan-bahan untuk tumisan, ditumis hingga benar-benar garing dan naik baunya.
7. Dicadangkan agar ikan air tawar dimasak kukus bersama halia, daun bawang dan daun ketumbar dan sos tiram bagi golongan yang mengidap darah tinggi mahupun kencing manis.

Sumber : Menyingkap Rasa Masakan Silam - 300 Jenis Masakan Lauk-Pauk Koleksi Istimewa Majalah Perempuan.

13 comments

  1. kami penggemar ikan air tawar.Terima kasih kerana berkongsi petua masakan yg sangat berguna...sedapnya nampak gulai Amie ni:)

    BalasPadam
  2. makasih tips nya kak amie..melly suka makan ikan tilapia karena di sini susah cari ikan laut yg fresh..sedap gulai nya..slurrp

    BalasPadam
  3. tips yg berguna buat penggemar ikan air tawar.

    BalasPadam
  4. Thanks Amie. Dah balik dari kursus ya?

    Hampir semua petua tersebut saya memang amalkan, sejak duduk dengan mak lagi. Orang tua dulu memang kuat petua tradisionalnya. Tak rugi kita belajar, ikut dan amalkan.

    BalasPadam
  5. assalam amie..thanks share info yg menarik ni..

    BalasPadam
  6. ikan patin tu betul2 wat adda tergoda...

    BalasPadam
  7. tips menarik dan berguna kak thnks:)

    BalasPadam
  8. Hello Amie, waa, looks seap best ni. I da lama, agak2 tiga puluh tahun ta'makan ikan ni.
    Long ago had it in Jerantut and Raub if I remember.

    Your cooking looks so delicious. Boleh dapat the wangi disini, ha ha.
    Have a nice day.
    Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  9. Assalam amie, kat rumah ni hanya kita dan anak popuan yg suka ikan air tawar, semlm pun msk ikan patin tempoyak. Terima kasih berkongsi info yg berguna amie, mmg betul kalo ikan yg tak bersesuain bila kita goreng nampak sangat minyak/ lemak ikan tu, dan bila sejuk mmg bau lain mcm hehe

    BalasPadam
  10. sedapnye kak...semalam try masak ikan sembilang ikut resepi akak..sedap..suami sy pun suka...:)

    BalasPadam
  11. thanks kakamie...husband suka sgt ikan air tawar..boleh dipaktikkan..:))

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe