ADSENSE

Rabu, 26 Disember 2012

Lamb Chop & The Gang

Assalamualaikum.
Jom nikmati hidangan tengahari bersama Amie dengan hidangan Lamb Chop & The Gang. Untuk memenuhi permintaan anak-anak kerana tidak puas makan lamb chop yang Amie buatkan minggu lepas DI SINI, jadi hari ini Amie sediakan sekali lagi. Kalau minggu lepas Amie gandingkan lamb chop dengan kentang goreng serta sayur-sayuran tapi kali ini Amie buatkan kentang lenyek @ putar dengan coleslow. Untuk memudahkan kerja masak memasak, sebelum tidur malam tadi Amie perap daging biri-biri serta coleslow dalam peti sejuk. Jadi daging pun resap dengan bahan pemerap manakala coleslow enak rangup bergenang dengan mayonis!


Minggu lepas anak-anak dan Encik Suami kata kuah yang Amie sediakan tidak cukup banyak! Okey... hari ini Amie tambah lagi kuah supaya jadi lebih banyak!


Minggu lepas tak ada kentang lenyek dengan coleslow. Anak-anak kata coleslow sangat sedap macam yang selalu mereka makan di KFC! Terima kasihlah.... tu kuah atas kentang lenyek tu gelap semacam tapi anak-anak suka. Kuah sos lada hitam untuk lamb chop tu Amie bubuh sekali atas kentang lenyek! Habis cerita!



Amie bubuh yogurt asli dalam coleslow, jadi tak perlulah gunakan cuka untuk memberi rasa sedikit masam. Di bawah ini Amie kongsikan resepi coleslow yang Amie buat. Amie tak timbang berapa berat kobis dan lobak merah yang digunakan. Bila tanya Encik Suami, berapa kilogram kubis yang dibelinya, dia pun tak ingat, cuma katanya sebiji RM3.00. Amie gunakan setengah biji kobis. Lobak merahnya pula guna sedikit sahaja untuk bagi warna coleslow sebab bubuh banyak-banyak anak-anak tak makan pula! Hasilnya, bolehlah disamakan dengan sukatan 2 bekas besar coleslow yang kita beli di KFC.

Bahan:
1/2 kg kubis putih (anggaran) - bilas & toskan, hiris halus dan cincang 
1/2 biji lobak merah - hiris halus dan cincang
1/2 labu bawang besar - hiris dan cincang
4 sudu makan yogurt asli
8 sudu makan mayonis
4 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Cara:
1. Gaul rata semua bahan di atas hingga sebati.
2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Cara untuk membuat kentang lenyek pula, seperti di bawah ini.

Bahan:
1/2 kg kentang
2 sudu makan mentega
air untuk merebus seccukupnya

Cara:
1. Rebus kentang hingga benar-benar empuk.
2. Toskan air rebusan.
3. Lenyek kentang bersama mentega sehingga hancur lumat.



Untuk resepi Lamb Chop bolehlah semak seperti di bawah ini.Amie masih gunakan resepi yang sama pada minggu lepas.

Bahan-bahan:
4 keping daging biri-biri
3 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu makan Soso Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan Maggi Cukup Rasa
1 biji lemon - perah jusnya
3 sudu makan minyak zaitun

Cara:
1. Perap daging biri-biri bersama kesemua bahan di atas.
2. Perap selama 4 jam (perap semalaman dalam peti sejuk lebih baik kerana semua bahan meresap dalam daging).
3. Panggang daging biri-biri di atas kuali non-stick hingga masak.

Untuk sosnya pula Amie sediakan seringkas mungkin menggunakan sos lada hitam serta beberapa bahan campuran yang lain seperti di bawah.

Sos Lada Hitam
Bahan-bahan:
1 cawan sos lada hitam
3 sudu  makan SosTomato Maggi
3 sudu makan Sos Cili Maggi
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 labu bawang besar - cincang halus
3 sudu makan mentega
1 cawan air

Cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar hingga garing.
2. Masukkan kesemua bahan dan biarkan sos mendidih dan pekat.
3. Angkat dan tuangkan di atas kambing biri-biri yang sudah dipanggang.
4. Hidangkan bersama kentang lenyek @ putar serta coleslow.


16 ulasan:

Tina Othman berkata...

alahai sedapnya kak amie

terliur tengok hehe

Asyifa Mustaffa berkata...

x de kata2 lain hanya 1 word... LAPAR ! huhuhu....

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amieee..sedapnya!Dapo atie kat umah ni kurang berasap lg,masak pon yg simple2 jer sbb renovate dapo lom siap lgk:(

Kakzakie berkata...

Banyak kerja nie Amie kalau nak lengkap macam ini. Kalau rajin mesti menjadi. Kakak tengok sampai tak kelip mata.

azieazah berkata...

Yang lain tu saya boleh hold, tapi saya memang nak try Kentang Lenyek + Sos tuh! Sebab anak sangat suka!

whitecappuccino berkata...

sedapnya! adik wc(ibu rayyan) wat bisnes lambchop ni..dia jual area kajang bangi n putrajaya..

ummiross berkata...

Amie..kecur lagi air liur ummi ni. jauh benor pulak Sabah rasanya, kalau tidak dah lama singgah rumah Amie, hihi..

Tihara berkata...

wow beshh nyaer akak memang rajin, saya nak jadi adik akak laa..leh makan best2 :)

faa.rosli berkata...

akak...pos 1 set ke kuantan.hehehe

Wani berkata...

salam kak amie..... udah lama wani x singgah dapur kak amie ... moga kak amie n family sihat ... dah kerinduan nak memasak balik

Amie berkata...

Tina Othman,
terima kasih Tina...

Asyifa,
jom makan sama Syifa!

Azatie,
tak siap lagi renovate rumah ye... nanti dah dapat dapur baru terus merempit masak ye Atie!

Amie berkata...

Kakzakie,
sambil buat kerja lain (masak untuk makan malam), Amie sambil2 buat ni kak, jadi taklah rasa berat sangat.

Azie,
buat kentang lenyek memang mudah tapi kena sesuaikan rasanya kalau nak buat sos ikut selera, mungkin anak-anak Azie suka sos KFC jadi perlu ubahsuai sikit...

Whitecappuccino,
bestnya! mesti rfamai pelanggannya tu... orang kalau dah rasa sedap, dia akan datang ulangi lagi, sebab tak semua boleh hidangkan lamb chop yang sedap!

Amie berkata...

Ummiross,
alahai Ummi.... dah jauh rindu-rinduan pula...masa duduk berjiran negeri dulu tak pula kesampaian berkunjungan kita ye Ummi.

Tihara,
terima kasih mahu jadi adik Kak Amie... kalau gini memang selalu kena cuci pingganlah he he he ehhh

Faa,
boleh.... nanti kita berenang lintas laut china selatan ye Faa... tunggu!

Amie berkata...

Wani,
salam rindu too buat Wani... jom masak-masak Wani!

Sury Abil berkata...

Waduh2 kak..mengancam sungguh...dap2 je menu..rajin betul :-)

Nnnourah berkata...

Ini terliur!

Sedapnyaaaa.