Ketam Masak Singgang Bersama Nanas

12:32 PTG

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung yang budiman. Tengahari ini Amie cuba resepi Ketam Masak Singgang Bersama Nanas dari Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan. Resepinya mudah sahaja dan memudahkan anak-anak untuk meratah isi ketam!


Resepi : Ketam Masak Singgang Bersama Nanas
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan:
3 ekor ketam -bersihkan dan belah 2 (Amie gunakan 6 ekor ketam)
2 sudu besar udang kering - dikisar
2 batang serai - dititik
2cm kunyit hidup - dihiris
2 keping asa gelugur
2.5cm halia - dihiris
1/2 tangkai cili hijau dan 1/2 tangkai cili merah - dibelah dan buang biji (Amie gantikan dengan cili putih dan cili padi)
1 biji nanas - dihiris  (Amie gunakan 1/2 biji nanas masak)
garam / gula secukup rasa
250ml air (Amie gunakan 600ml air)
Amie tambah 5 ulas bawang putih dan 5 biji bawang merah ketuk

Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Tambah kunyit, sertai, bawang putih, bawang merah, asam gelugur, halia serta udangkan kering. Didihkan.
2. Masukkan cili hijau dan merah (cili putih & padi) dan kemudian tambah nanas.
3. Masukkan ketam dan kacau sehingga ketam masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Hidangkan segera.



Biasanya kalau masak ketam.... memang habis diratah begitu saja. Jadi lauk sampingan lain diperlukan untuk makan dengan nasi. Amie tambahkan 2 ekor ikan cermin goreng bersama sambal belacan dan ulam-ulaman.



Selamat menjamu selera!

7 comments

  1. amboi, sedapnya ketam tu kak amie... mesti seronok meratah. tapi saya sekarang ni entah kenapa dah mcm ter'alergic' pulak kat makanan laut... jd gatal2 gitu, tu yang malas nak makan...

    BalasPadam
  2. sedapnya menu hujung minggu akak...

    BalasPadam
  3. kemain gemuk ketam singgan tu...batuk2 ni dpt makan lauk kak amie yg masam2 best ni...comfirm mkn tambah berkali-kali hehehe... tp lepas tu comfirm tgn gatal2 huhuu...

    BalasPadam
  4. semalam baru lps mkn ketam kak amie..tgk kt sini kecur lagi hheh ehe

    BalasPadam
  5. Amie..nak ratah ketam jugak ni...nak banyak2, hehehehe...

    BalasPadam
  6. rindu nak mkan ketam..dapur kak amie best la..

    BalasPadam
  7. adusss..sedapnya menu ni kak amie..singgang guna ketam sy blum penah buat lagi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe