ADSENSE

Sabtu, 15 Disember 2012

Ketam Masak Singgang Bersama Nanas

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung yang budiman. Tengahari ini Amie cuba resepi Ketam Masak Singgang Bersama Nanas dari Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan. Resepinya mudah sahaja dan memudahkan anak-anak untuk meratah isi ketam!


Resepi : Ketam Masak Singgang Bersama Nanas
Sumber : Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan:
3 ekor ketam -bersihkan dan belah 2 (Amie gunakan 6 ekor ketam)
2 sudu besar udang kering - dikisar
2 batang serai - dititik
2cm kunyit hidup - dihiris
2 keping asa gelugur
2.5cm halia - dihiris
1/2 tangkai cili hijau dan 1/2 tangkai cili merah - dibelah dan buang biji (Amie gantikan dengan cili putih dan cili padi)
1 biji nanas - dihiris  (Amie gunakan 1/2 biji nanas masak)
garam / gula secukup rasa
250ml air (Amie gunakan 600ml air)
Amie tambah 5 ulas bawang putih dan 5 biji bawang merah ketuk

Cara:
1. Panaskan air di dalam periuk. Tambah kunyit, sertai, bawang putih, bawang merah, asam gelugur, halia serta udangkan kering. Didihkan.
2. Masukkan cili hijau dan merah (cili putih & padi) dan kemudian tambah nanas.
3. Masukkan ketam dan kacau sehingga ketam masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Hidangkan segera.



Biasanya kalau masak ketam.... memang habis diratah begitu saja. Jadi lauk sampingan lain diperlukan untuk makan dengan nasi. Amie tambahkan 2 ekor ikan cermin goreng bersama sambal belacan dan ulam-ulaman.



Selamat menjamu selera!

7 ulasan:

Cheq Sue berkata...

amboi, sedapnya ketam tu kak amie... mesti seronok meratah. tapi saya sekarang ni entah kenapa dah mcm ter'alergic' pulak kat makanan laut... jd gatal2 gitu, tu yang malas nak makan...

faa.rosli berkata...

sedapnya menu hujung minggu akak...

Mas Sani berkata...

kemain gemuk ketam singgan tu...batuk2 ni dpt makan lauk kak amie yg masam2 best ni...comfirm mkn tambah berkali-kali hehehe... tp lepas tu comfirm tgn gatal2 huhuu...

zila norazila berkata...

semalam baru lps mkn ketam kak amie..tgk kt sini kecur lagi hheh ehe

ummiross berkata...

Amie..nak ratah ketam jugak ni...nak banyak2, hehehehe...

victoria agumo berkata...

rindu nak mkan ketam..dapur kak amie best la..

Lesung Batu berkata...

adusss..sedapnya menu ni kak amie..singgang guna ketam sy blum penah buat lagi..