ADSENSE

Sabtu, 8 Disember 2012

Ketam Kukus Masam Manis

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Tentu ada di antara rakan-rakan yang terbaca tentang Maggi Good to Great Campaign dari blog MIEZA : WHEN A WORKING MOTHER COOKS. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Amie sudah merancang untuk menyertainya, tapi disebabkan kekangan waktu walaupun musim cuti sekolah, tetapi Amie tidak bercuti seperti rakan-rakan yang lain kerana ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan sepanjang cuti ini. Bagaimana pun itu bukanlah satu alasan atau masalah, kerana Amie juga ingin menyokong dengan turut serta memeriahkan lagi suasana contest yang diuruskan oleh rakan blogger kita. Bila gambar sudah diambil, baru Amie sedar Amie tidak meletakkan barangan keluaran Maggi untuk menguatkan lagi penggunaan produk tersebut dalam masakan. Apa pun, in shaa Allah jika ada kesempatan untuk menghantar penyertaan seterusnya, harap Amie tidak lupa seperti kali pertama ini.


Amie masak Ketam Kukus Masam Manis. Sebelum ini Amie suka goreng ketam bersama bancuhan beberapa jenis tepung serta perencah Maggi Cukup Rasa. Anak-anak memang suka meratah ketam goreng apa lagi kalau ketam jenis kecil, habis kaki-kaki ketam kena baham! Mungkin ada yang belum pernah makan atau masak ketam cara kukus, dan sebenarnya ini merupakan kali pertama Amie masak ketam cara kukus! Apa kata kita kongsi bersama resepi yang sememangnya sehingga menjilat jari ini kerana bahan-bahan yang Amie gunakan sudah semestinya bahan keluaran Maggi!

Resepi : Ketam Kukus Masam Manis
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 ekor ketam seberat 1kg - bersihkan
1/3 biji nanas masak - potong ikut citarasa
hirisan mangga muda - jika suka
2cm halia - hiris halus
1 sudu makan Maggi Cukup Rasa

Bahan sos:
3 ulas bawang putih - kisar
5 biji bawang merah - kisar
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
3 sudu makan Sos Cili Maggi
5 sudu makan Sos Tomato Maggi
3 biji tomato hijau - belah 4
1 biji tomato merah - belah 4
air kukusan ketam
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
minyak

Cara:
1. Perap ketam bersama hirisan nanas, halia dan Maggi Cukup Rasa selama 15 minit.
2. Kukus ketam yang diperap tadi selama 30 minit.
3. Pada masa yang sama, sediakan sos untuk ketam. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga kekuningan.
4. Masukkan Sos Perisa Tiram Maggi, Sos Cili Maggi dan Sos Tomato Maggi. 
5. Keluarkan dulang pengukus ketam dan ambil air kukusan ketam tadi, masukkan ke dalam bahan sos yang sedang dimasak.
6. Setelah bahan sos mendidih, tambahkan bancuhan air tepung jagung serta hirisan tomato hijau dan tomato merah. Setelah kuah sos pekat, tutup api.
7. Tuangkan 3/4 kuah sos ke atas ketam dan kukus semula ketam tadi selama 5-7 minit.
8. Tutup api pengukus dan keluarkan dulang berisi ketam.
9. Ketam Kukus Masam Manis sedia untuk dihidangkan. Tuangkan baki 1/4 kuah sos ke atasnya dan jika suka, tambahkan hirisan mangga di atasnya.

Menggunakan bahan masakan keluaran Maggi sebenarnya membantu Amie menyelesaikan masalah di dapur terutama dari segi rasa. Amie tidak perlu memikirkan atau mencari bahan lain untuk menyedapkan rasa masakan. Dengan menggunakan bahan perencah, sos dan apa sahaja keluaran Maggi, selera makan keluarga sentiasa terjamin. Tidak berlaku pembaziran kerana lebihan hasil masakan. Jadi, sudah semestinya barangan keluaran Maggi sentiasa ada dalam kabinet dapur Amie untuk memudahkan kerja masak-memasak bukan sahaja masakan untuk keluarga tetapi juga ketika kami mengadakan rumah terbuka atau kenduri-kendara!



Untuk pengetahuan rakan-rakan yang berminat, contest ini bermula dari 26 November sehingga 25 Disember 2012. Hadiah yang ditawarkan pula sungguh lumayan berupa satu set Maggi Culinary Solutions dan Percutian Keluarga ke Legoland Malaysia bernilai RM1500. 

Syarat-syarat penyertaan:

1) Hendaklah menjadi FOLLOWER kepada blog When A Working Mother Cooks. Kalau belum jadi follower cepat-cepat tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni.

2) Memasak apa-apa sahaja makanan kegemaran dengan menggunakan barangan MAGGI (contoh Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.- apa-apa sahaja barangan MAGGI) - INGAT tau baragan MAGGI je jadi jangan pula guna Knorr ke, Lee Kum Kee ke etc

3) Mengambil gambar dan postkan entry tersebut di blog anda.

4) Ceritakan tentang pengalaman indah anda (testimonial) menggunakan barangan MAGGI dan bagaimana MAGGI menyumbang kepada kehidupan seharian anda.

5) Hantarkan entry blog anda beserta gambar masakan kepadaasliza.yusoff@live.com.my dengan menyertakan butiran berikut:
        a) Nama
        b) URL untuk post berkenaan
        c) Nama masakan 

6) Anda boleh post seberapa banyak post/entry yang anda suka dalam masa sebulan kempen. Setiap kali anda post entry tersebut ke blog anda, sila hantar email bersama butiran seperti di perkara (5) di atas.

7) Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan post yang terbanyak dan pengalaman (testimonial) yang paling unik.


SEBARKAN CONTEST INI kepada semua rakan-rakan anda...

CEPAT-CEPAT...jangan berlengah lagi..ayuh ke kedai beli barangan MAGGI dan hidupkan dapur anda sekarang...

7 ulasan:

Tihara berkata...

as salam

dapnye kak ketam..terasa sweet nya :)

adda syuhada berkata...

ketam yg betul2 menggoda ank tekak ku ini...

zila norazila berkata...

dh lama x mkn ketam kak amie..sedapnyaaa:)

whitecappuccino berkata...

sedapnya ketam ni

tun_telani berkata...

salam kak amie!! sungguh terliur!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mas Sani berkata...

salam...

kak... ketam tu saje je goda kita tau...kemain lg dia posing dlm pinggan tu ye..hehaiiii gatal dh tekak ni mkn hah hehehe walhal bukannya blh mkn seafood pun huhuhu....

Mieza berkata...

terima kasih kak amie sudi menyertai contest tu...mieza ucapkan selamat berjaya...semoga dpt gi legoland nanti...nnt jgn lupa tau hantarkan seberapa banyak penyertaan dan post....
ketam tu nampak ssedap sekali...mieza mmg ska dgn ketam..sedappp sgt kan kak cuma nak makan susah skit sbb cengkerangnya yg keras