Ikan Cupak Masak Asam Rebus

1:22 PTG

Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali. Nampaknya  masa untuk bersama di alam maya agak terhad dan Amie tidak boleh celoteh panjang lebar untuk kali ini. Namun begitu, betapa pun sibuk dengan pelbagai urusan, masak tetap diutamakan, dan perut keluarga pasti didahulukan! Sekali lagi Amie hidangkan masakan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. 4 hari menginap di hotel bersama keluarga, sudah tentu tubuh badan telah mengumpul banyak kolestrol dan jumlah gula yang agak tinggi dalam darah, maklum sahajalah kalau boleh semua hidangan hendak dirasa! Jadi, balik ke rumah sendiri eloklah sediakan menu rendah lemak sekaligus mengurangkan jumlah kolestrol. Jadi, Ikan Cupak Masak Asam Rebus merupakan pilihan terbaik pada pandangan Amie.


Jangan lupa ulam petai jika suka! Dan kalau rajin, bolehlah tambah sambal belacan!

Resepi : Ikan Cupak Masak Asam Rebus
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 ekor ikan cupak - bersihkan dan potong 2
1 biji terung taiwan - belah 2 dan potong 3 setiap belahan
2 biji tomato hijau - belah 2
1 biji tomato merah - belah 2
1 kuntum bunga kantan - belah 2
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
600ml air

Bahan kisar:
5 biji cili kering
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama serbuk kunyit dan bunga kantan serta asam gelugur. Biarkan mendidih seketika.
2. Masukkan ikan bersama terung taiwan - jika suka goreng terlebih dahulu terung dan masukkan ke dalam masakan apabila ikan telah masak.
3. Setelah ikan masak dan terung layu, masukkan tomato hijau dan tomato merah.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.



Jemput makan....

15 comments

  1. Sedapnya masam2 lauk ni, ikan cupak tu bersaiz mcm ikan kembung ke amie, tak pernah tgk la

    BalasPadam
  2. amboi besarnya mata petai tu, geram tengok...

    BalasPadam
  3. as salam

    saya pun suka masakan ni :)

    BalasPadam
  4. Kak Mie, tumpang makan tengahari... lapar nih

    BalasPadam
  5. Whitecappuccino,
    hidangan ringkas dan berkhasiatkan WC.

    Rosa,
    ada saiz besar ada saiz kecil, bentuknya leper sikit dan agak membulat macam ikan putih, ada sikit rupa ikan nyok-nyok tapi nipis sikit.

    Yati Ali,
    he he he hehh... petai tu Amie panggang, sedap rangup macam kunyah kacang pulak (tak ambil gambar petai gambar).

    BalasPadam
  6. Qaseeh,
    mungkin spisies ikan putih dan ikan cermin tapi cupak putih sikit dari ikan cermin.

    Tihara,
    waalaikumussalam... terima kasih Tihara.

    Gee,
    jemput Gee makan sama.

    BalasPadam
  7. beza dgn asam pedas cuma sbb xde daun kesum ye kak.. tun suka mkn kuah2 camnih.

    BalasPadam
  8. Selama nie sy igt kn semua tu geng2 ikn putih..x prna dgr plk nm ikn tu..sy gelar ikn putih bulat...leper..tebal. ..itam...semua nya sdp klu beli yg mc fresh...hihi

    BalasPadam
  9. sedapnya, ni menu kalau nak diet kan, sebab takde tumis2 ni semua

    tapi kan, tina tak kenal pun ikan cupak ni hihi

    BalasPadam
  10. memang tak boleh lawan dengan amie bab2 ikan... ratna masih byk yg tak kenal nama2 ikan... heee... asam rebus my feberet oso..hehe..

    BalasPadam
  11. Tun Telani,
    hidangan begini elok dinikmati waktu perut keroncong di kala tengahari!

    Qaseeh,
    macam juga burung Qaseeh... ayam, itik, angsa pun masuk spesies burung juga he he he ehh

    Tina,
    Kak Amie pun jarang jumpa ikan cupak @ ikan cecupak di pasar Sungai Buluh, tapi sesetangah tempat memang ada.

    Madiha,
    kita kongsi info ye Madiha... he he heh sebenarnya Amie tahu sikit2 je, itu pun ikan yang biasa kami makan... banyak ikan di pasar yang tak tahu nama...

    BalasPadam
  12. asam pedas my favourite..bestnya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe