Buah Melaka Keledek Dwiwarna

4:37 PTG

Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Hari ini hari terakhir kita berada di tahun 2012. Tentu banyak kenangan pahit manis yang telah kita kumpul dalam tempoh 365 hari yang telah berlalu. Moga dengan kedatangan tahun baru 2013 akan memberikan sinar dan harapan baru buat kita semua. Nampaknya hari ini tiada paparan menu dari dapur Amie kerana dapur tidak berasap untuk beberapa hari ini memandangkan Amie sibuk dengan tugas di sekolah. Tengahari tadi sebaik sahaja keluar dari pintu pagar sekolah selepas selesai program orientasi tingkatan satu, Amie terus telefon anak-anak supaya bersiap sedia di pintu pagar rumah. Kami terpaksa makan di luar kerana perut sudah berkeroncong! Wokey.... walaupun dapur tidak berasap tetapi Amie mempunyai beberapa resepi yang belum dipaparkan untuk perkongsian maya. Eloklah Amie hidangkan sebagai sajian petang buat para pengunjung budiman.


Gambar di atas ialah Buah Melaka Keledek Dwiwarna. Pihak majalah meminta Amie mengirim resepi ringkas dan berkhasiat. Jadi, salah satunya ialah Buah Melaka Keledek Dwiwarna yang menggunakan warna semulajadi daripada dua jenis keledek iaitu keledek ungu dan keledek jingga atau oren. Alhamdulillah, pada ketika itu (awal November 2012) memang Amie sibuk dengan tugas mengurus pendaftaran  pelajar tingkatan satu di sekolah, namun dalam kesibukan itu otak tetap dapat memikirkan beberapa resepi yang perlu disiapkan untuk memenuhi permintaan wartawan majalah AROMA setelah selesai kerja-kerja pentadbiran di sekolah. Yang di bawah ini ....kenapa buah keledek sampai tumbuh pulak?



Kalau ada sesiapa yang pernah melihat menu BADAK KELEDEK UNGU BERENDAM dalam paparan Amie yang lepas, tentu anda tahu ceritanya! Sebenarnya selepas Amie mengolah Buah Melaka Keledek Dwiwarna, keledek lebihan terbiar begitu sahaja sehingga tumbuh tunas dan daunnya seperti di atas! Syukurlah akhirnya timbul idea, sebelum pucuk keledek menjalar ke luar tingkap dapur, Amie dapat menghasilkan Badak Keledek Ungu Berendam seperti di bawah ini.


Ohhh... melalut pula tentang kisah lalu. Berbalik semula kepada kisah masa kini. Amie kongsikan bersama resepi Buah Melaka Keledek Dwiwarna yang Amie hasilkan seperti di bawah ini.

Resepi : Buah Melaka Keledek Dwiwarna
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan A:
1 cawan tepung pulut
1 cawan keledek ungu  rebus yang telah dilenyek halus
50ml air
secubit garam

Bahan B:
1 cawan tepung pulut
1 cawan keledek oren rebus yang telah dilenyek halus
50ml air
secubit garam

Bahan lain:
1 cawan gula melaka yang dipotong dadu
2 cawan kelapa parut  kukus – tambah secubit garam

Cara:
1. Bahan A : Gaul kesemua bahan hingga sebati .  Tambahkan sedikit tepung pulut jika adunan melekat di tangan. Jadikan 7 doh saiz besar dan 7 doh saiz kecil. Ketepikan.
2. Bahan B : Gaul kesemua bahan hingga sebati. Tambahkan sedikit tepung pulut jika adunan melekat di tangan. Jadikan 7 doh saiz besar dan 7 doh saiz kecil. Ketepikan.
3. Untuk 7 doh saiz besar dari Bahan A dan Bahan B: Leperkan dan isi seketul dadu gula melaka dan tutup kembali, gentel semula menjadi bulatan buah melaka.
4. Untuk doh saiz kecil dari Bahan A dan Bahan B : Leperkan  doh Bahan A dan isi seketul dadu gula melaka dan tutupkan doh bahan B. Gentel dan jadikan bulatan buah melaka dwiwarna ungu dan oren.
5. Didihkan air dalam periuk.
6. Masukkah terlebih dahulu 7 biji buah melaka warna oren. Setelah buah melaka timbul, angkat guna penapis dan golek-golekkan di atas kelapa parut.
7. Masukkan pula buah melaka dwiwarna dan ulangi prose 6.
8. Akhir sekali masukkan buah melaka warna ungu dan ulangi proses 6.
~ Keledek warna ungu mengeluarkan warna gelap yang akan mempengaruhi warna oren, menjadikannya berubah kepada warna hijau. Jika buah melaka warna ungu dimasak terlebih dahulu, buah melaka warna oren hendaklah dimasak dalam periuk yang berlainan untuk mengelakkan timbul warna yang tidak diingini.



Ada sedikit info tambahan tentang keledek ungu:
Keledek ungu mempunyai pelbagai khasiat seperti Vitamin B, C dan E, zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Kandungan anthoeyanin di dalamnya membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.


Selamat tinggal tahun 2012. Selamat datang tahun 2013.


13 comments

  1. Kak amie cayang..dalam almari tu ada tepung pulut hitam..kekonon plan dgn anak dara nak buat buah melaka pulut hitam la...kelapa parut pulak yellekkk hahha

    BalasPadam
  2. Cantik pulak warna2 semulajadi tu bila gabungkan ye Amie,ceria warnanya, tentu sedap rasanya.Ummi paling suka tengok gambar badak keledek ungu berendam tu,kalaulah dapat semangkuk, pergh!!!

    BalasPadam
  3. Kedua2 ubi tu pun dh sedp.Apatah lg,kalau dh jd buah melaka.Cntik...sama saiz jer suma cam buah guli hihi

    BalasPadam
  4. buah melaka dah buat baru2 ni... tapi badak berendam tu sungguh menggoda... best nye...

    BalasPadam
  5. siyes 1st timme tgk buah melaka warna purple..
    cntik sungguh akak plating..
    selamat tahun baru kak :)

    BalasPadam
  6. Selamat thn baru kAmie
    dua2 sedap tu, memang kegemaran buah melaka ni tak kira kaler atau ada tambahan lain he he

    BalasPadam
  7. Selamat tahun baru untuk kak amie sekeluarga....semoga sihat dan ceria selalu...
    Ermm..sedap buah melaka tu kak..suka banget.

    BalasPadam
  8. assalam amie..`selamat tahun baru 2013` dr mama..thanks juga sudi berkongsi resepi yg hebat2 kat entry amie ni..

    BalasPadam
  9. alahai ayunya kuih dia...nampak sedap pulak yg berendam tu..

    BalasPadam
  10. kelalen la mbak ayu..selamat tahun baru 2013..

    BalasPadam
  11. Hi Amie, love that potato with buds coming out, so cute.
    And your dessert looks soooo good!
    Wishing you and your family very happy new year.
    Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  12. nampak sangat sedap Amie, kena cari keledek yg kaler unggu lah ni menarik sangat kaler nya mesti sedapppp

    BalasPadam
  13. Buah melaka kalau dicampur keledek, lebih sedap, kan Kak Amie.

    Aduh, cantik gbungan warna kuning dan ungu tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe