Badak Keledek Ungu Berendam

7:30 PTG

Assalamualaikum.
Petang tadi Amie luangkan sedikit masa untuk memenuhi keinginan Encik Suami makan badak berendam. Sebelum ini Amie pernah beberapa kali membuat badak berendam tetapi versi kukus dan hasilnya kurang molek, jadi Amie tidak paparkan dalam blog. Setelah beberapa kali bertanya dengan Encik Google, rupanya badak berendam tidak semestinya dikukus. Jadi kali ini Amie tidak kukus, sebaliknya masak seperti buah melaka, dan kuahnya juga Amie didihkan dalam periuk tanpa mengukusnya. Salah satu sebab mengapa Amie tidak kukus badak berendam bersama kuahnya ialah disebabkan warna ungu keledek yang begitu kuat mempengaruhi cecair atau air di sekelilingnya. Takut nanti tak nampak rupa kuah santannya!

Biasanya kita lihat badak berendam berwarna hijau, tapi badak berendam Amie warna ungu sebab Amie tambahkan keledek ungu dalam adunan! Biasanya kalau ada pengubahsuaian, disebut sebagai suatu penderhakaan dalam resepi. Jadi, Amie namakannya sebagai Badak Keledek Ungu Berendam.


Sayang dengan keledek ungu yang entah berapa lama terbiar di sudut dapur, sampai tumbuh tunas dan daunnya! Sebiji keledek ungu yang Amie rebus dapat menghasilkan 1.5 cawan setelah dilecek halus. Kebetulannya, kelmarin Amie buat kuih ketayap dan ada banyak lebihan inti kelapanya, jadi memudahkan kerja Amie untuk menghasilkan badak berendam ini. Cuma Amie panaskan kembali inti kelapa dan tambah 1/2 cawan bancuhan air tepung jagung supaya inti kelapa melekit dan mudah untuk dibulat-bulatkan menjadi bentuk guli kecil.


Encik Suami suka makan badak berendam yang bersaiz kecil seperti guli, tapi Amie buat besar-besar macam bola ping pong supaya cepat siap! Jadi, dapatlah dalam lebih kurang 20 biji badak! 


Resepi : Badak Keledek Ungu Berendam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan kulit badak:
1.5 cawan tepung pulut
1.5 cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilecek halus - pilihan (badak berendam asli hanya gunakan tepung pulut, air, garam & air pandan untuk warna hijau)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air - boleh tambah jika perlu sekiranya adunan agak keras

Cara:
1. Campurkan tepung pulut, keledek ungu lecek, dan garam dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air sepaya adunan tidak terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti kelapa sebesar guli (seperti di bawah), tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan bebola badak tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat bebola badak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah santan.

Bahan inti:
2 cawan kelapa parut - buang kulit ari
1 cawan gula melaka yang telah dipecah-pecahkan - boleh campuran dengan gula merah untuk warna yang lebih gelap
1 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
secubit garam
1 helai daun pandan - siat dan simpulkan

Cara:
1. Larutkan gula melaka di dalam periuk. 
2. Masukkan daun pandan, garam dan kelapa parut. 
3. Masak sehingga hampir kering dan kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung. 
4. Sejukkan dan kemudian buat bulatan kecil sebesar guli. Ketepikan.

Bahan kuah:
2.5 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung beras
secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara:
1. Satukan santan pekat bersaa tepung beras dan secubit garam. Kacau sebati.
2. Tapiskan bahan kuah.
3. Masukkan daun pandan. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.


Okey.... Badak keledek ungu sudah direndam! Bolehlah kita sama-sama minum petang.



Alhamdulillah, tak jadilah tunas keledek tu menjalar keluar ikut tingkap dapur!

14 comments

  1. Sedapnya kak....lama x mkn nie....nmpk cntik je kuih2 tu duk posing dgn kuah2nya...:)

    BalasPadam
  2. Amie..!!!sedapnya, rasa nak terbang ke Sabah, nak makan badak berendam ungu, sedap dan cantiknya warna ungu tu.

    BalasPadam
  3. Salam Kak Amie.. aduhai menggamit selera betul lah badak berendam tu..cantik warna natural keledek purple tu kan.. hehe saya pun kenkadang sensorang kat dapur wat karipap dari memula kelim guna tangan.. trus pakai acuan je nak cepat abis punya pasal..haha yang penting sedappp ;)

    BalasPadam
  4. bulat cantik saja bebola keledek tu. lum pernah makan lagi badak berendam ni. mesti lemak manis ..

    BalasPadam
  5. alololo akak tomeinya badak berendam warna ungu...hai semangat saya tgk akak buat ni :)..

    BalasPadam
  6. dtng sini nak rasa badak berendam kaler pepel..cun abes lerrrrr...agaknya mcm makan kuih koci berkuah ya...

    BalasPadam
  7. Dari jauh ingatkan buah anggur yg tengah mandi manda...rupa2nya keledek ungu...hihi...sedap ni kak..

    BalasPadam
  8. comel-comelnya badak Amie tu,kat dapur saya ada juga keledek tapi warna kuning,dah nampak tunas nak tumbuh.nak kena buat juga ni..

    BalasPadam
  9. Kakak selalu makan buah melaka tu Amie tapi tak pernah lagi badak berendam ini. Dah baca cara Amie buat macam senang aje. Bila senang boleh kakak tiru...

    BalasPadam
  10. Salam kak amie... tun xpenah buat badak berendam nih. comel je nengok bila kaler ungu.

    BalasPadam
  11. cantik..kak amie klu inti guna gula melaka blh k..tk berapa suka kelapa parut..

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie..nampak menarik betul...macam teringin gak nak mencubanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe