Ayam Goreng Kampung

12:43 PTG

Assalamualaikum.
Bertemu lagi di hari Jumaat nan mulia, penghulu segala hari dan mudah-mudahan kita akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Tengahari ini Amie hidangkan menu Ayam Goreng Kampung, bukannya ayam kampung goreng tapi ayam digoreng cara masakan kampung. Teringat masa duduk di kampung, beginilah cara orang kampung goreng ayam terutama untuk kenduri atau lauk nasi ambeng. Walaubagaimanapun, tentu ada bezanya sedikit dengan Ayam Goreng Kampung yang Amie paparkan sebab Amie bubuh sekali segala serdak rempah-rempahannya! Ayam Goreng Kampung ini memang sedap sangat kalau bertemu dengan nasi lemak! Amie cukup suka gaul serdaknya dengan nasi lemak! Orang dulu-dulu kalau buat perencah Ayam Goreng Kampung sudah tentulah menggunakan kudrat tulang empat kerat untuk menggiling atau menumbuk rempah-rempahan. Hasilnya memang lazat, ditambah pula dengan aroma pelbagai rempah yang semerbak menyucuk hidung! Amie masih ingat lagi kalau makan Ayam Goreng Kampung samada di rumah sendiri hasil air tangan Bonda atau makan nasi ambeng, masih kelihatan butiran rempahan terutama biji ketumbar dan juga jintan putih. Namun semua itu sebenarnya menambah kelazatan hasil masakan tersebut. Dan satu lagi, orang kampung Amie tidaklah menggiling atau menumbuk serai sehingga halus seperti yang Amie buat hari ini, melainkan menitik sahaja dan dimasukkan dalam perapan ayam untuk menambah aroma.


Amie buat sedikit penambahan semasa menggoreng ayam ini dengan meletakkan beberapa helai daun pandan dalam minyak gorengan. Ketika sedang menggoreng di dapur tiba-tiba muncul Encik Suami di pintu (pulang sebentar mengambil anak-anak untuk solat Jumaat). Katanya, aroma gorengan sangat harum dan katanya lagi, lepas solat Jumaat nanti dia ingin makan tengahari sebelum sambung kerja. Selalunya selepas solat Jumaat, selepas menghantar anak pulang ke rumah memang tak menyinggah untuk makan. Mungkin godaan Ayam Goreng Kampung tadi yang membuatkan tergerak hatinya untuk makan tengahari di rumah.

Resepi: Ayam Goreng Kampung
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 ketul daging ayam yang telah dibersihkan - tos hingga kering
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
5 helai daun pandan - siat-siat
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan ketumbar biji
3 batang serai - hiris kasar

Cara:
1. Gaul ayam bersama bahan kisar, serbuk kunyit, pati asam jawa serta garam / gula / perasa pilihan secukupnya. Perap sekurang-kurangnya 15 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan helaian daun pandan yang telah disiat dan goreng hingga harum. Kemudian masukkan daging ayam yang diperap tadi.
3. Goreng hingga masak. Terpulang ikut citarasa masing-masing kerana ada yang suka goreng garing dan ada yang suka lembab-lembab. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Jika suka boleh bubuh sekali serbuk serdak rempahan dalam hidangan Ayam Goreng Kampung.


Hidangan sedang menunggu orang balik solat Jumaat untuk dijamah. Jom makan sama....

21 comments

  1. Sedappppp nya.....laparrrrr! !!!blm mkn tghari...tgh tunggu asben abis smbhyg jumaat baru g mkn sm2...

    BalasPadam
  2. sedapnya ... ada sambal belacan, ulam sikit pun dah jadi lauknya.

    BalasPadam
  3. Sedapnya amie,dah lama tak makan ayam kg.

    BalasPadam
  4. alahai Amie sedap lah nampak ayam tu aduoiii nk minta seketoii jauh sngt lah nak seredak dia tu sedappp

    BalasPadam
  5. Qaseeh,
    makan satu family baru sedap.... sabar menanti he he heh.

    Mala,
    alhamdulillah...

    Norzie,
    kami pun lama tak makan ayam kampung... kena tunggu balik kampung kalau nak makan ayam kampung.

    Kak Nooriah,
    serdaknya pun memang sodap Kak Noor weiii!

    BalasPadam
  6. sedapnya kak amie

    tina kalau makan ni mesti nak serdak lebih hehe

    BalasPadam
  7. Kalau dapat ratah je ayam ni, alangkah nikmatnya!

    BalasPadam
  8. betul tu amie.. mmg ngam ayam berempah ni kalau kena ngan nasi lemak.. huhhh.. nyammyyy.. nani pun suka serdak2 rempah tu.. yg tu yg berasa tu..

    BalasPadam
  9. alamakkkk tetiba teringin plak nak makan ayam kg...cmne ni kak? hehe...
    serdak2 aym tu gaul dgn nasi...sedapnya lah :)

    BalasPadam
  10. sedapnye..saya ternampak petai la plok:)

    BalasPadam
  11. ai x pernah mkn ayam kg lg....siler la simpati uwaaaa
    org ckp isi dia liat sket compare isi ayam biasa ekkk??

    BalasPadam
  12. Sedapnya. Klo mkn kat kedai suka amik serdak byk2.

    BalasPadam
  13. aiyoo, sangat sedap, makan dengan nasi lemak, just perfect!

    BalasPadam
  14. Lama ndak mkn petai...mau yang petai saja..ndak mau ayam goreng tu..tak biasa..

    BalasPadam
  15. Tina,
    kena lebihkan rempahannya ye Tina biar banyak serdaknya.

    MamaFami,
    betul tu... habis berketul2...

    Jassnani,
    serdaknya memang sedapkan Nani sebab bahan perasanya semua lekat kat situ.

    BalasPadam
  16. Mas,
    kak Amie goreng ayam ala kampung...tetiba dia teringin pulak makan ayam kampung ye... ni kena balik kampung kalau nak makan ayam kampung ni.

    Tihara,
    ohhh... lauk sampingan tu Tihara.

    Lady Ayu,
    aduhai di Ayu... Kak Amie bukan goreng ayam kampung tapi buat ayam goreng kampung dik...

    BalasPadam
  17. Fiza,
    betul tu Fiza... kena ambil lebih biar puas makan!

    Sonia,
    setuju...kalau dah ada ayam goreng kamoung, boleh lupa ikan bilisnya!

    Rahel,
    alahai... ndak makan ayam gorengkah Rahel... ini ayam daginglah goreng cara kampung, bukannya ayam kampung he he he heh

    BalasPadam
  18. salam kak amie...tgk bahan2 perap pun dah agak memang sedap nanti bila ayam digoreng lagi2 letak daun pandan..aish memang sifu sayala kak amie ni :)..mudah masak n sedap :)

    BalasPadam
  19. Amie..ada lagi ke ayam kampung, wanginya sampai ke Bangi ni..

    BalasPadam
  20. Amy,
    kalau rindu kat kampung terutama pada Bonda, memang kak Amie suka masak ikut cara orang kampung, cuma ayam goreng ni kakak tambah daun pandan untuk aroma wangi.

    Ummiross,
    Alahai... Ummi datang lambat, ayam goreng kampung dah habis, kenalah buat lagi untuk Ummi... datang awal sikit ye Ummi sayanggg!he he heh

    BalasPadam
  21. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe