Mangga & Blueberry Crepe

7:09 PTG

Assalamualaikum.
Jom makan Mangga & Blueberry Crepe. Amie masih lagi gunakan 7 jenis tepung yang masih banyak bakinya semasa membuat Crepe Durian. Begitu juga dengan intinya, masih lagi Amie gunakan fresh cream lebihan tempohari. Resepinya masih resepi yang sama iaitu dari  Sheila : Spices Journey.Terima kasih sekali lagi buat Sheila yang sentiasa bermurah hati berkongsi pelbagai resepi yang enak-enak. Boleh rujuk DI SINI untuk melihat resepi Crepe Durian yang Amie hasilkan pada minggu lepas.



Resepi : Crepe Durian 7 Jenis Tepung

Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik  sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair - Amie gunakan santan kelapa
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air
3 helai daun pandan  - Amie gunakan 1 sudu teh essen vanilla
sedikit pewarna hijau & kuning - Amie bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk warna hijau dan merah jambu. (Warna merah jambu bertukar pula ke warna tak berapa jambu!)

Cara:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisker.
2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata.
3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak.
5. Tidak perlu terbalikkan crepe sewaktu mengangkat dari kuali.
6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar.



Untuk intinya pula Amie gunakan mangga masak ranum untuk kulit berwarna hijau sementara kulit berwarna merah jambu pula Amie isikan dengan blueberry. Sediakan fresh cream yang diputar kental secukupnya.
Mula-mula, bentangkan crepe dengan sempurna, jangan ada yang terlipat-lipat. Kemudian ambil sesudu makan krim kental (kalau nak banyak boleh bubuh lebih), kemudian letakkan isi mangga atau blueberry dan tutup kembali atas isi mangga atau blueberry tadi dengan krim. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe. 
Proses terakhir, terbalikkan crepe yang sudah kemas dilipat tadi. Jangan lupa, untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati. 




Ada yang berminat? Ambillah crepe mangga atau blueberry yang disukai....


25 comments

  1. amboii.....tergoda saya!!!!. Bilalah saya ni nak 'mecrepe'.....angin rajin lom sampai!!!! tengok je hasil tangan orang lain dulu....

    BalasPadam
  2. amboiii kak Amie..rancak yer akak bercrepe...sedapnya..nak buat lg nti..

    BalasPadam
  3. Uda,
    ni sebab nak habiskan segala tepung & fresh krim yang siap diputar minggu lepas.. he he hehh

    Qasey Honey,
    tak sempat masuk peti sejuklah Qasey... kita melipat crepe semua dah ngadap ....

    BalasPadam
  4. nak jugak try buat blueberry crepe..tp xkesampaian.

    BalasPadam
  5. wah disini ada mangga crepe dan blueberry lagi adoiii nak pejam mata je lah tak mau tengok takut teringin hee

    BalasPadam
  6. dtng sini nak mintak barang sekeping dua crepe menggoda tu..alahaiii teringinlah plk nak rasa yg mangga tu...ada lagi ke....

    BalasPadam
  7. Faa,
    buat je... Amie pun hari tu tak mau buat, dah buat sekali... sambung lagi ni he he hehh

    Kak Nooriah,
    memang menggoda benda-benda gini ye kak...

    Yatie,
    silakan Yatie...ada lagi sikit dalam peti ais he he heh

    BalasPadam
  8. Macam macam tepung yang di pakai.. pasti sedap, belum pernah rasa crepe ini..bagi 2 ktul mau rasa enak nya.. ;)

    BalasPadam
  9. waaa...waaa...crepe sudah mari..mau bah..

    BalasPadam
  10. wahh akk cantik2 color tue..zila punya fc pun masih ada..malas tul nk godeh2 nie h ehhe:)

    BalasPadam
  11. akak sy teruja la ...tpnape la sy ni xsempat2 je nk taip blog sy tu hehhehhee

    BalasPadam
  12. durian crepe pun tak cuba lagi,hai mana satu nak buat ni semuanya nampak sedap.

    BalasPadam
  13. wahh..meriah nye crepe kak amie...nk ambik dua2 boleh..hihi...mcm2 perisa kan boleh buat crepe ni..cer try buh jem durian pulak..:-)

    BalasPadam
  14. Amboi berjenis2 tepung yang diguna.. kat rumah makchaq hanya ada tepung gandum dan tepung jagung je..

    BalasPadam
  15. kak..tak jemu makan crepe kan..kita dah byk kali juga buat..semalam pun buat lagi,permintaan anak2, crepe oreo..yg mangga tu tak rasa lagi...mesti sedapkan..

    BalasPadam
  16. Hi Salami, wow! Can see you ada black belt in baking cakes.
    These look fantastic, first time I see them. I think 5 pieces will do me fine, ha ha.
    Saya suka the colours....and the smooth texture. Very nice.
    Can see you made them with that special ingredient called, 'love'.

    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  17. Melly,
    saja cuba2 buat ni Melly... guna tak banyak jenis tepung pun jadi juga.

    Rahel,
    ayo bah.. kita mengerepe... durian sudah berlambak di tepi jalan...

    Zila,
    ni sebab nak habiskan fresh cream laaa...

    BalasPadam
  18. Sendukbesi,
    tak apa... ada masa boleh update blog.

    Suzana Ibrahim,
    dah buat sekali... ada lebih tepung & freash cream, tu yang nak dihasikan tu Suzana.

    Whitecappuccino,
    terima kasih WC.

    BalasPadam
  19. Ci Manggis,
    terima kasih CM.

    Sury Abil,
    silakan...ambillah mana yang disuka he he heh

    Makchaq,
    saja-saja je cuba buat Makchaq... nak tahu apa rasanya he he ehh

    BalasPadam
  20. sedapnya....tumpang tgk aje...Geram...jek....

    BalasPadam
  21. Rohah,
    bujangku yang 2 orang tu tak makan crepe durian... jadi kubikinkan mangga & blueberry... dimakan juga.

    Uncle Lee,
    Banyak tu 5 pieces Uncle Lee... tak payah makan nasi lagi he he heh

    BalasPadam
  22. Fazian,
    tak apa... tengoklah dulu ye, nanti ada kesempatan boleh juga buat...

    BalasPadam
  23. waduhh.. menggoda betul.. shiela suka sangat crepe mangga tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe