Khamis, 22 November 2012

Sarapan Pagi Dengan Mee Goreng Seafood

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Lama benar rasanya Amie tidak memaparkan hidangan sarapan pagi. Tapi sebelum itu Amie ingin berkongsi satu pengalaman yang sangat berguna buat diri Amie dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Kelmarin, semasa Amie hendak memaparkan hidangan tengahari (belum dipaparkan lagi sehingga kini), tiba-tiba Amie menghadapi masalah tidak boleh memuatkan gambar di sebabkan ruangan dalam Album Picasa sudah penuh 1GB. Terpaksalah Amie mencari mana-mana sumber dalam internet untuk mengatasi masalah tersebut. Tiba-tiba Amie teringat pernah terbaca masalah yang sama dihadapi oleh Qasey Honey. Jadi Amie pun terus ke blog beliau dan Alhamdulillah terjumpa TUTOTIAL BILA ALBUM PICASA PENUH. Amie terus link tutorial tersebut ke dalam blog Amie, untuk kegunaan pada masa hadapan dan juga untuk rujukan teman-teman yang lain. Minta izin ya Qasey Honey! 
Oleh kerana Amie agak sibuk, jadi Amie meminta jasa baik bujang sulung Amie untuk mengemaskini semula segala keperluan seperti dalam tutorial. Sayangnya bujang Amie agak letih setelah seharian menduduki kertas Fizik, dan sebelah malamnya pula guru Fiziknya mengajak bujang sulung dan rakannya makan  malam kerana ada sambutan hari jadi rakan kelasnya. Hampir pukul 11 malam baru bujang pulang ke rumah, dan pagi ini Alhamdulillah bujang sulung Amie berjaya membantu menyelesaikan masalah Amie. Dapatlah Amie berkongsi paparan gambar-gambar masakan bersama teman-teman pengunjung. Buat Qasey Honey, Kak Amie ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Tutorial yang diberi dapat menyelamatkan keadaan huru-hara yang Kak Amie alami kelmarin. Kalau ada di depan mata rasanya nak peluk ketak-ketat Qasey Honey...mmmuahhhh...mmmuaaahhhh.. terimakasih yang tak terhingga buat Qasy Honey sayang! Dan di bawah ini merupakan paparan gambar Amie yang pertama menggunakan alamat emel baru. Khas buat blogger masakan yang aktif memaparkan gambar-gambar masakan, sudah pasti suatu hari nanti akan mengalami masalah Album Picasa Penuh. Jadi, bersedialah dari sekarang untuk menghadapi kemungkinan itu.... jangan panik dan jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya! Kunjungi sahaja  TUTORIAL BILA ALBUM PICASA PENUH!


Resepi : Mee Goreng Seafood
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning - bilas dan tos
20 ekor udang kertas - bersihkan
2 keping kek ikan - potong memanjang
4 keping tauhu basah - belah 4 dan goreng
10 biji bebola ikan - belah 2
4 rumpun daun bawang - potong 4cm
2 biji cili merah - hiris serong
3 biji cili hijau - hiris serong
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis ABC
4 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi dan layu.
2. Masukkan cili merah dan cili hijau serta udang.
3. Apabila udang telah berubah warna, masukkan kek ikan dan bebola ikan, sos cili, sos tiram, kicap manis ABC dan kicap pekat. Gaul sebati.
4. Masukkan mee kuning dan jika terlalu kering, tambah secawan air panas.
5. Gaul sehingga kuah mengering, dan masukkan daun bawang serta tauhu goreng.
6. Tambahkan serbuk pati ayam Maggie. Kacau seketika dan tutup api.


Bila musim cuti sekolah, anak-anak suka sangat mencari makanan di dapur. Harap Mee Goreng Seafood ini boleh mengenyangkan perut anak-anak....


12 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

Assalamualaikum.. amie...
kalau dah musim cuti sekolah ni.. makanan mmg kena banyak dan cukup stok utk anak2 kat umah... masak je.. semua double triple banyak.. sbb ade je mulut nak makan nanti kan..

Amie berkata...

Jassnani,
waalaikumussalam... betul tu, balik2 anak-anak jengok dapur buka tudung saji... dahlah musim hujan gini memang perut asyik lapar manjang ye...

Yatie berkata...

ketok ehhh uweenaakkkk banget..njalok sitik mbakyu..

Amie berkata...

Yatie,
memang enak kok... dah masuk macam-macam sos! Ayok...mangan sepiring bareng2.

ummiross berkata...

Betul tu Amie, blog ummi pun jenis banyak gambar, hari tu dah penuh, nasib baik anak bujang juga yang tolong selesaikan masalah, hihi..boleh diharap juga anak bujang kita ye Amie.

Walla!, mee goreng seafood, bestnya!!

Tihara berkata...

as salam

thanks kak share pasal picassa tu..saya dah terdelete gambo2 lama dulu..

qemaishak berkata...

Terima kasih atas bagi link toturial tu k.amie , baru semalam ada kawan blog alami masalah ni, blh jadi rujukan..

terliur tgk mee goreng itu:)

Nens Collection berkata...

kak ami arini nens BW blog kawan2 dh 5 org nens jumpa picasa penuh..hehe..

nens pon duk nunggu2 gak bila penuh ni..hehe

mee goreng sefood..wallah!..org HB xleh makann..huhu

Chik Mimi berkata...

kak Amie sedapnya nampak mee goreng tu ,makan dengan cili jeruk dan bawang goreng best kan

Amie berkata...

Ummiross,
kalau dah terpaksa memang kena buat sendiri tapi malas nak study, syukurlah anak bujang kita boleh bantu ye Ummi.

Tihara,
waalaikumussalam... lepas ni tak payah delete gambar lagilah kan Tihara... sayang sangat!

Qema,
syukurlah ada kawan-kawan yang sudi kongsi info... kalau tak .. terhentilah berblogging atau buka blog baru he he he ehh

Amie berkata...

Nens,
kalau dah sampai giliran album picasa penuh.. taklah panikkan Nens..

Chik Mimi,
he he hehh... memang sedap tu Chik Mimi...tu yang terliur tengok di blog Chik Mimi.

Qasey Honey berkata...

slm Kak Amie sygg...

alhamdulillah kak..masalah dh selesai skrg..free lg..hihi..

nk peluk ketat2 yer ^_^..meh bg sepinggan besau mee grg tu kt QH...haha..kenyang perut ni nti..