ADSENSE

Sabtu, 10 November 2012

Jantung Pisang Masak Lemak, Sambal Udang Berpetai & Ikan Pelaling Panggang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang Amie hargai. Hari ini cuaca mendung dari pagi hingga menjelang petang. Selepas makan tengahari, rasanya mahu saja rebahkan kepala ke bantal! Lagi pun rumah terasa sunyi sepi. Apa tidaknya, hanya Amie dengan si bongsu saja di rumah sehinggalah tengahari baru rasa berpenghuni setelah Encik Suami pulang. Bujang tengah mengikuti perkhemahan pengakap di Tarakan, Indonesia selama 4 hari dan berangkat terbang dari Airport Tawau tengahari kelmarin. Bujang sulung pula, dari awal pagi belum lagi pulang ke rumah kerana guru-guru di sekolah mengambil kesempatan cuti dari kelmarin untuk membuat ulangkaji bersama dan memberi tips menjawab peperiksaan Fizik, Kimia dan Biologi serta Matematik Tambahan. Kelmarin, sehari suntuk bujang sulung berada di sekolah, dan selepas solat Jumaat kembali semua ke sekolah sehingga ke petang. Hari ini, sampai ke malam pula katanya gurunya akan membuat ulangkaji bersama sebelum menyambung kembali peperiksaannya pada minggu hadapan. Mudah-mudahan bujang sulung dan rakan-rakannya akan dipermudahkan oleh-Nya ketika menghadapi peperiksaan SPM. Rasa sangat terharu di atas usaha guru-guru yang terlibat, yang mungkin masih belum puas memberi tunjuk ajar kepada anak didik mereka. Semoga segala usaha guru-guru tersebut mendapat keberkatan daripada-Nya! Amin.
Kita sambung cerita tentang menu hari ini. Encik Suami membawa pulang pelbagai sayuran termasuk kacang botol, cili padi, pisang muda dan juga jantung pisang. Entah kali ke berapa Encik Suami membawa pulang jantung pisang tapi Amie tak masak! Bukan apa... tak ada idea untuk masak jantung pisang (yang sebenarnya malessssss....). Bila melihat jantung pisang, tiba-tiba teringat jantung pisang masak lemak di dapur Sheila SPICES JOURNEY. Nak lihat semula resepinya, tentulah tak sempat sebab jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari, dan nampaknya Encik Suami sudah bersiap mandi untuk solat Zohor. Biasanya selepas solat memang ke dapurlah jawabnya.... Jadi, Amie pun masaklah ikut kepala dan bahan yang sedia ada.

Resepi : Jantung Pisang Masak Lemak
Olahan: Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 jantung pisang - belah dua dan celur hingga masak
1 cawan isi kerang rebus
400ml santan pekat
1 batang serai - dititik
1 biji cili merah - belah 2
1 biji cili hijau - belah 2
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara:

1. Masukkan santan pekat dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan tumbuk kasar, serai, kerang dan jantung pisang.
3. Letakkan periuk di atas api sederhana.
4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan garam / perasa pilihan, cili merah dan cili hijau.
5. Kacau supaya tidak pecah santan.
6. Tutup api dapur.


Amie sempat masak Sambal Udang Berpetai. Kali ini Amie gunakan cili merah dan bukannya cili kering. Kemudian Amie tambah buah tomato. Kita lihat resepinya seperti di bawah ini:

Resepi : Udang Sambal Berpetai
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
15 ekor udang kertas - bersihkan dan belah belakang
1 cawan isi petai
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 batang serai - dititik
minyak
garam & gula

Bahan kisar:
7 biji cili merah
7 biji cili padi
2 biji tomato - belah 4
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Goreng udang hingga masak dan ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga terbit minyak.
2. Masukkan pati asam jawa dan serai. Gaul sebati.
3. Masukkan petai bersama udang.
4. Apabila petai berubah warna, tambahkan garam & gula sebagai perasa.
5. Kacau beberapa kali dan tutup api dapur.

Dan, sebagai pelengkap lauk-pauk tengahari ini, Amie panggang ikan pelaling. 


Nampaknya ikan pelaling panggang ini tak berteman. Oleh kerana sudah ada masak lemak cili api, ada pula sambal udang dan kedua-duanya memang pedas, tak perlulah Amie sediakan air asam untuk ikan pelaling panggang ini. Okeylah kan.... oooh! Tak tertahan mata ini....nak bummmmmmmm!

12 ulasan:

whitecappuccino berkata...

wow!macam ni makan mesti bertambah nasi amie!seeeedapppp!!!

Mas Sani berkata...

sedapnya kak... jantung pisang msk lemak kalo ada sambal belacan dgn ikn masin perggggh memang makan nasi tambah 2 kali! hihihi...

Yatie berkata...

waduh....waduhhhhhh..tak tahan tngk lauk Amie arini,menyelerakan sungguh.... lapor yg amat sangat di buatnya...gandingan yg mantoppppp...

Bicara Kak Noor berkata...

jantung pisang tu buat terletan air liur sendiri heeeee tambah lagi sambal petai dua tiga kali dok gulp gulpp ....

myda_ahmad berkata...

berselera betul saya bila nampak hidangan kak amie nie...

sury_masury berkata...

Sedap hye lauk kak amie...jantung pisang msk lemk tu mmg x prnh mkn...mesti sedap kn...:-)
Kite pun masak lemak jgk ari ni...masak lemak pucuk labu n labu....:-)

hazila berkata...

Lamanya tak makan jantung pisang. Buat kerabu pun sedap.

Tihara berkata...

as salam

memang best2 la kak..seronok la mai blog akak ni :)

ummiross berkata...

Good luck buat bujang sulung Amie,semoga dipermudahkan Allah SWT dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Amie sedapnya lauk pauk Amie tu, sampai kecur air liur ummi ni.

mama sara nur berkata...

selamat berhari minggu k.Amie
memang semuanya sgt2 menyelerakan...lama sudah tak mkn jantung pisang masak lemak tu asyik tiapkali blk kg kita rebus je cicah air asam

mama aini berkata...

ehem lamanya tak makan lemak jantung pisang..

Shiela berkata...

Jantung Pisang peberetku sepanjang masa.. paling tak tahan nengok tang taburan kerang ngan sambal udang potai tu.. duhhh.. :b