ADSENSE

Selasa, 6 November 2012

Ikan Tenggiri Masak Taucu

Assalamualaikum.
Nampaknya menu ikan lagi yang Amie hidangkan untuk paparan hari ini. Anak-anak minta Amie masak ikan bersos seperti dua hari lepas, tapi Amie ubah dengan menggunakan taucu manis dengan tambahan beberapa sudu Sos Cili Thai. Seperti biasa, kalau hidangan begini memang habis licin ikan, tinggal tulang dan aksesorinya saja.... kalau boleh anak-anak nak jilat pinggan lauk tu sampai licin!


Resepi : Ikan Tenggiri Masak Taucu
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri - lumur dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
3 biji cili hijau - hiris kasar
7 biji tomato ceri
4 sudu  makan taucu manis
2 sudu makan Sos Cili Thai
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - cincang
2cm halia - cincang
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh pati asam jawa
secubit garam
150ml air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar serta halia hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan taucu manis, dan Sos Cili Thai.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan hirisan cili hijau dan tomato ceri dan akhir sekali masukkan ikan tenggiri goreng.
5. Taburkan gula dan secubit garam. Gaul sebati.
6. Setelah kuah pekat, tutup api dapur.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.



Alhamdulillah....

15 ulasan:

Shiela berkata...

fuyyooo.. manyak sedap woooo.. masakan peberet hubby ni.. lama lupo nak masak kat dia.. hehehh..

Qasey Honey berkata...

slm kak Amie syggg...
sedapnya kak...mesti btmbh mkn kalau msk lauk ni..kena cuba nti ni...kecur tgk lama2

ummiross berkata...

Pergh!!!! sodapnya.Dapat menatap masakan Amie ni pun jadilah.

mama sara nur berkata...

selamat malam k.amie
lapar sy ni tgk lauk masak taucu yg sedap ni he he tadi ingat taknak makan nasi tp nampak je lauk ni rasa nk makan pula
rindu sebenarnya dgn masak taucu lama benar tak makan masakan gini, kalu mak sy suker masak taucu ikan keli

adda syuhada berkata...

alahaiii nampak sedap jer masak taucu cenggini...

Kamariah Awang berkata...

Amie... ini masakan kegemaran ma! Hmmm... sedaaaap!

thenunu berkata...

Ohhh sungguh mnyelerekannnnn

Mas Sani berkata...

dah malam2 ni tgk ikn masak tauchu...lapor la pulok huhuhu...

tgk lauk akk teringat pula kat mama sy, dia cukup suka masak ikn dgn tauchu...msk pedas2 mkn dgn nasi panas, sedapnya la...lps tu semua bibir tebal sbb pedas berapi hehehe...

myda_ahmad berkata...

sedapnyer,nak jamu mata jer malam2 gini....

ibundo berkata...

Aduhhh... tengok pun dah tau sedap.

Bicara Kak Noor berkata...

akak lambat sampai ni Mie mesti dah habis ni nampak sedap lah...boleh try suatu hari resepi Amie ni sbb big boss mmg suka ikan

Nens Collection berkata...

sedappnyer kak amie..mkn ngn nasik panas sure menambah ni..;)

JaSSNaNi berkata...

amie.. sedapnya.. lapar la tengok menu ni..

FnF Simple Life berkata...

bestnye kak. puas hati kan bila apa yg kita masak licin anak2 makan ;)

MulutPayau berkata...

wahhh...sedapnya..!!!!! tetiba jer perut terasa lapar tengok menu tu...