ADSENSE

Jumaat, 2 November 2012

Ikan Tenggiri Masak Sambal Petai

Assalamualaikum.
Musim hujan begini perut cepat terasa lapar. Tekak pula teringin makan sesuatu yang panas dan boleh menghangatkan tubuh. Tiba-tiba terlintas di fikiran untuk makan yang pedas tapi tidaklah terlalu menyengat. Pada masa yang sama terbayang pula masakan bertaucu! Haiyaaaa.... akhirnya terjadilah kombinasi Ikan Tenggiri Masak Sambal Petai. Amie gunakan cili hijau dan 3 sudu taucu manis serta petai! Rasanya tidak pedas menyengat, dan seisi keluarga termasuk anak-anak membantu melicinkan lauk makan malam kami ini!


Resepi : Ikan Tenggiri Masak Sambal Petai
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri - lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - hiris kasar
5 helai daun limau purut
20 biji petai
3 sudu makan taucu manis
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan gula
secubit garam
sedikit air
minyak

Bahan kisar - jangan terlalu hancur:
15 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
2. Masukkan pati asam jawa, taucu, serai, petai, daun limau purut serta gula dan garam (jika perlu). Gaul sebati.
3. Masukkan kepingan ikan tenggiri goreng dan gaul seketika. 
4. Tutup api.
5. Ikan Tenggiri Masak Sambal Petai sedia untuk dihidangkan.



Sedap rupanya Ikan Tenggiri Masak Sambal Petai. Anak-anak tak makan petai tapi sukakan sambalnya!

4 ulasan:

Qasey Honey berkata...

sedap tgk lauk akak tu...QH pon xmkn petai tapi suka jugak akan baunya tu dlm masakan..hehe

SeputihSalju berkata...

alahai sedapnya... lapar plak bila tgk lauk akak...hheheh

ummiross berkata...

Amie, ummi tengok sambal tu dah kecur ni, suka sangat sambal kering macam tu.Duduk lama sikitlah kat dapur Amie,hidu bau,wanginya!, hehe..

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Kena banyak nasi makan dengan lauk ini