Ikan Tenggiri Masak Cuka

6:44 PTG

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untk bersama rakan pengunjung yang tetap setia bertandang ke dapur Amie. Petang ini Amie kongsi satu lagi resepi berasaskan ikan yang mudah dan ringkas tapi menyelerakan. Amie kata 'menyelerakan' sebab setiap kali hidangan ini dijadikan menu antara lauk-pauk di atas meja, memang habis licin ikan dan kuahnya kecuali hirisan lada dan bawang sebab anak-anak tak pandai makan kedua-dua bahan ini. Amie tidak tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuah sebab Amie bubuh sedikit air sahaja, kalau pekat nanti anak-anak tercari-cari kuah! Dan satu lagi, Amie tambah satu sudu biji sawi semasa menumis bahan untuk kuah cuka ini.


Resepi : Ikan Tenggiri Masak Cuka
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri saiz besar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 labu bawang besar - mayang kasar
2 cm halia - hiris halus
1sudu teh biji sawi
4 sudu cuka masak
1 sudu makan gula
75ml air
garam / perasa pilihan
minyak

Cara:
1. Lumurkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, biji sawi,  cili merah, cili hijau serta halia hingga layu.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit garam, gula dan cuka.
5. Tutup api dapur dan tuangkan kuah cuka ke atas ikan tenggiri goreng.
6. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat malam & jumpa lagi!

17 comments

  1. Kalau masak untuk hidangan mama sahaja, okaylah, tapi kalau untuk my mother, tak boleh sebab ada cuka. Perut dia tak tahan..

    BalasPadam
  2. Masakan kegemaran anak2 saya juga ni..

    BalasPadam
  3. Mama Fami,
    memang ada yang tahan perut dengan cuka...

    Mawar Merah,
    alhamdulillah... masaknya pun ringkas saja!

    BalasPadam
  4. Salam Amie
    Resepi yang simple cam ni biasanya sedap!

    ringkas dan mudah di sediakan.. nanti nak cuba jugak! biasa anak-anak mmg suka kalau lauk yang macam ni

    TQ Amie

    BalasPadam
  5. makan ngan nasi panas, sedap tak keruan ni kak...selalu jumpa kat kenduri kendara..

    BalasPadam
  6. salam Amie
    lebih kurang masak cuka orang kedah jugak ni tapi agak berkuah sikit mmg sedap akak suka bubuh sikit lada hitam fav sorang2 kan..

    BalasPadam
  7. sedap lah kak,memang nampak menyelerakan..asam asam pedas yah.. hmm nasi tambah kalo macam ini.. ;)

    BalasPadam
  8. makan dengan nasi panas2, tentu sodap, nasi sepinggan amie, hik!

    BalasPadam
  9. sedap..zila suka msk camnie buh taucu kak..memalam lapor tgk..he hee

    BalasPadam
  10. wow pagi-pagi sudah dibuat lapar ini,disebabkan melihat ikan tenggiri masak cuka,,,,kirimkan ke sini Amie hehe

    BalasPadam
  11. Tengah salin resepi sedap kak Amie ni he he sebab dah takde idea nak masak ape..lepas ni boleh ke pasar cari bahan2...hmm tak sabar nak masak...:)

    BalasPadam
  12. salam....hidangan kegemaran saya nie..sedap.

    BalasPadam
  13. Azlita,
    betul tu.... lagilah kalau perut dah keroncong!

    Rohah,
    anak-anak berebut kuahnya Rohah!

    Kak Noor,
    ringkas tapi sedaplah Kak Noor kan...

    BalasPadam
  14. Melly,
    yang rasa asam masam manis itulah yang menambat selera!

    Ummiross,
    memang sodap Ummi...jom makan sepinggan dengan Amie...

    Zila,
    dah selalu sangat masak taucu, ni masak cuka pula...

    BalasPadam
  15. Dede Thea,
    ya... nanti Amie kirimkan ke sana ya...

    Amy,
    silakan... masak sedap2 ye..

    Noor Yusuf,
    alhamdulillah.. walaupun resepinya ringkas tapi tetap digemari ramai.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe