ADSENSE

Selasa, 27 November 2012

Ikan Sembilang Goreng Berlada, Peria Goreng Hati Ayam & Sup Kaki Ayam

Assalamualaikum dan selamat petang. Tanpa banyak bicara dan mukadimah yang panjang lebar, jom basuh tangan, kita baca doa dan santap hidangan di bawah ini. Ada Ikan Sembilang Goreng Berlada, sayur Peria Goreng Hati Ayam dan juga Sup Kaki Ayam.


Resepi : Ikan Sembilang Goreng Berlada
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping ikan sembilang - lumur dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak dan ketepikan
10 biji petai
1 batang serai - diititik
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar (jangan terlalu halus):
7 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu makan udang kering - boleh gantikan dengan belacan

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar.
2. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Masukkan  serai, pati asam jawa, garam dan gula.
4. Setelah bahan tumisan kelihatan pekat seperti yang dikehendaki, masukkan petai.
5. Gaul seketika sehingga petai berubah warna.
6. Tuangkan kuah sambal ke atas ikan sembilang yang telah digoreng tadi.



Resepi : Peria Goreng Hati Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji peria - bersihkan, buang biji dan hiris nipis (jika ingin kurangkan rasa pahit peria, taburkan sedikit garam dan kemudian ramas hingga layu, kemudian cuci dengan air, toskan hingga kering)
3 ketul hati ayam - potong ikut saiz yang dikehendaki
2 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
1 sudu makan serbuk Maggi Cukup Rasa
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak yang secukupnya untuk menumis.
2. Tumis bawang putih, bawang merah hingga wangi dan layu.
3. Masukkan hati ayam, dan gaul sebati dengan bawang tumis. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4. Setelah hati ayam masak, masukkan cili merah.
5. Masukkan peria dan gaul rata.
6. Setelah peria berubah warna dan masak, perasakan dengan serbuk Maggi Cukup Rasa.
7. Gaul sebati dan tutup api dapur.


Biasanya kalau hidangan sup tentu ada bawang goreng dan hirisan daun bawang atau daun sup. Hidangan sup yang Amie paparkan ini ialah masakan ala Cina. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, tidak perlu lada putih atau lada hitam serta rempah-rempahan lain termasuk halia. Buah kurma merah dan cendawan shiitake yang Amie gunakan sudah cukup membangkitkan aroma yang wangi semasa direnih. Cara masakan sup ini Amie pelajari daripada kakak ipar Amie. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, sesiapa yang suka makan kaki ayam, kulit akan licin dan mendapat tenaga lebih kerana khasiat yang terletak pada kaki ayam. Mungkin sebelum ini, ramai yang terbaca tentang khasiat kaki ayam dan tidak kurang pula yang tidak menyenanginya. Amie terbaca dalam majalah SAJI keluaran November 2012 yang mengatakan kaki ayam mempynyai khasiat yang tinggi dan gelatin yang terkandung dalam kulit kaki ayam boleh memulihkan mereka yang mengalami penyakit tulang yang haus. Gel yang akan mengeras secara automatik bila sup kaki ayam sejuk itu kelihatan seperti agar-agar, tetapi bila dipanaskan ia akan cair. 

Resepi : Sup Kaki Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 pasang kaki ayam (5X2=10) - bersihkan dan potong 2
10 biji kurma merah (red dates) - buang sedikit kedua-dua bahagian hujungnya
4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang, dan belah 2
1 kuntum cendawan putih (white fungus) - rendam hingga kembang
2 biji kentang - belah 2
1 batang lobak merah - belah 2 dan potong 4
1 labu bawang besar - belah 4
1 sudu makan serbuk Maggi Cukup Rasa
1 liter air

Cara:
1. Masak air di dalam periuk. Masukkan kurma merah dan biarkan mendidih selama 10 minit.
2. Masukkan bawang besar, cendawan shiitake, lobak merah, dan kaki ayam. Biarkan mendidih lagi selama 10 minit.
3. Masukkan kentang dan perlahankan api. Renih antara 1-1 jam setengah.
4. Masukkan cendawan putih (white fungus) dan renih lagi antara 10-15 minit.
5. Perasakan denga serbuk Maggi Cukup Rasa.
6. Sedia untuk dihidangkan.

23 ulasan:

Evelyn Gemina berkata...

Fuhh kak amie, rajinya masak banyak2 ni, tumpang sekaki ya : )

Amie berkata...

Silakan Evelyn....

ummiross berkata...

Amie...ummi dah siap duduk bersila ni, nak makan kenyang kat rumah Amie, jangan lupa nasi tambah tau, hik!

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, lama tak menyinggah kat dapur amie. Tak tertahan tgk ikan semilang berlado tu, yg bestnya petai tu sedapnya.

Sup kaki ayam yg ni kita tak mkn heheh, selalu msk sup biasa je, En abe kita cukup suka kalo tgk sup amie ni

Melly Octaviana berkata...

Banyak nya makanan..tumpang makan yah kak ,Melly bawa tempe goreng.. slurrp

zila norazila berkata...

wahh kak amie..byk btl lauk harinie..zila nak mkn kaki ayam tue..lama x makan..pastu sambung mkn ikan tu pulak..hari nie ikan tue sama dgn zila ..sedappp masak kering2 camtu kan..

MulutPayau berkata...

alahai kak amie...semua menu tu mmng mnyelerakan....tetiba jer perut terasa lapar....

Nooriah Abdullah berkata...

wah Amie..
sedap semua makanan yg dihidangkan tu akak dah tertawan dngn peria mesti sedap esuk nak cari peria jugak lah..

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum kak.
Serius terliur tengok ikan sembilang kat atas tu.

Qasey Honey berkata...

slm Kak Amie..
skrg ni cuti sekolah..byk masa..leh la masak mcm yer..
sedap2 pula tu tgk..

sury_masury berkata...

Waduh2 kak amie...mengancam sungguh lauk pauk mu itu....paling suka peria tu...sedap sesgt..:-)

azieazah berkata...

Saya tak jeles sangat kali ini, sebab tadi saya masak Sambal Tumis Ikan Bilis dengan petai! hehehe

mama sara nur berkata...

banyaknya lauk k.amie, teringat kat kg je
feberet mak sy ikan sembilang , kalu makan kat kedai sah-sah ikan ni yg mak letak dlm pinggan dulu he hee
sy x berapa makan tp kalu masak berlado cili2nya tu makanlah jg

ummiaisyah berkata...

wah meriahnya mkn tgh hari kt rmh kak amie ni! lauk ikan sembilang yg paling meletops...sy tak penah mkn sup ala cina...asik buat ala melayu je!

hana berkata...

waduh kakk... dah tghr nih perot lapo.... kecur terus tengok lauk akak!

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..emmmm antara ketiga-tiga menu saya paling nak cuba peria goreng hati tu..mesti sedap ni.....

wanie berkata...

Salam Kak Amie...wah sedapnya lauk pauk ni..berselera tengok..sup kaki ayam plak tu,sambal kicap mana..?..jap lagi Waniey dtg,nak ikut pintu depan ke belakang..?

Shiela berkata...

aduhai Amieku sayang.. semuanya kok enak bangett.. ngences ni.. :b

Norzie hany berkata...

Rajinlah Amie ni,semuanya nampak sedap2 belaka.

Haryati Faizal berkata...

membalas kunjungan...
wah...bley try resepi amie ni...mcm besh je...

Dede Thea berkata...

SALAM HANGAT AMIE,APA KABAR CHEF AMIE,RESEPINYA SUNGUH SANGAT MENGGIURKAN,IJIN PULA UNTUK MENCUBA RESEPINYA ,,,

QasehnyaRania berkata...

baru tahu khasiatnya.
suami suka sgt mkn sup kaki aym..

Rama Herbal berkata...

Saya lebih memilih untuk menggunakan beberapa fitur dari blog anda yang dipasang pada di blog saya apakah Anda tidak keberatan. Tentu saja aku akan memberikan link di blog web Anda. Terima kasih telah berbagi.
obat herbal sinusitis
pengobatan asam urat secara alami