Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato

2:09 PTG

Assalamualaikum.
Masih cuti Deepavalli? Hari ini Amie agak lewat sedikit pulang untuk sediakan hidangan tengahari buat anak-anak kerana ada sedikit urusan di sekolah. Kasihan anak-anak yang menunggu di rumah, tentu perut lapar menunggu Amie pulang masak. Oleh kerana bujang sulung keluar makan dengan kumpulan rakan-rakan yang mengulangkaji bersama, jadi Amie telefon bujang tengah dengan si bongsu supaya bersiap untuk makan di luar. Sebaik sahaja Amie bunyikan hon di luar pagar, anak-anak terus meluru keluar. Apalagi.... masing-masing menyarankan supaya makan di KFC! Okey.... jadi kami tiga beranak makan nasi di KFC, anak-anak pilih set nasi Terayaki, manakala Amie pilih set Percik. Hei... kenapa di bawah ini ada ikan pula? Ini hidangan Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato beberapa hari lepas yang terlepas pandang untuk dipaparkan!


Resepi : Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 ekor ikan putih seberat 700 gram - bersihkan
garam
gula
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar:
3 biji tomato merah
4 biji lada merah
7 biji cili padi
1 labu bawang besar
7 biji bawang putih
1 batang serai - dititik
sedikit belacan
~ Boleh tambahkan sedikit pati asam jawa atau sekeping asam gelugur

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar.
3. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gula. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat.
6. Tuangkan sambal ke atas ikan goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan.


17 comments

  1. sedapnya Amie, pasti dua tga pinggan nasi kena tambah tu akak mmg fav ni tomat nya best kecik2 tu..

    BalasPadam
  2. salam syg kak amie,
    ikan mmg fav zila..ikan apa2 pun x kesah..x pernah jemu makan ikan..bertambah2 klu mkn nie:)

    BalasPadam
  3. Waa seronoknya outing 3 beranak, makan KFC lagi, kenapa tak ajak ummi sekali Amie,nak juga KFC, hehe..

    BalasPadam
  4. Cuti lama ni tak kemana mana ke Amie?

    BalasPadam
  5. sedap.. nani kalau wat ni.. kejap je.. anak2 suka sangat masak sambal ke,.. sweet2 ke.. tomato ke.. janji merah.. :D

    BalasPadam
  6. Kak Noor,
    Ratah2 gitu pun sodapkan Kak Noor.

    Zila,
    salam sayang Zila... memang ikan diet terbaik!

    Ummiross,
    jemput Ummi he he he ehh

    BalasPadam
  7. Hazila,
    Anak ambil SPM, lepas tu 3-5 Dis ada mesyuarat, sepanjang Disember ada tugas rasmi dengan KPM... jadi memang tak kemana-mana.

    Jassnani,
    memang sedapkan Jassnani...kuahnya tu yang sedap!

    BalasPadam
  8. tulah pasal terkonpius juga bila baca akk cite psl mkn kfc tp gambar plak ikan sambal...bila baca hbs...oooohhh hihihi gitu rupenya :)

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah beli ikan putih. Sedap dan manis tak ikan tu? Nanti nak cuba juga laa

    BalasPadam
  10. hehe kak amie, sekali2 makan luar best jugak kan. Tapi saya ni kalau sekali makan luar, kalau boleh esok2 pun nak makan luar jugak :p (kes malas masak)

    Ikan tu nampak sedap, goreng garing garing sekali !

    BalasPadam
  11. Oh ya, nak komen tentang gambar la pulak.. (sebab kak Amie ada menyuarakan ttg kamera baru Amie tu dgn sy)..

    Memang kak amie nak gmbr tu kabur2 sikit kat blkg or mcmana? next time klau nak semua part (depan blkg sharp), kena tinggikan lagi kat setting kamera tu utk guna F8 dan ke atas.. F3.5 ke bawah tu sesuai utk gambar potret.. ^_^

    BalasPadam
  12. Salam Maal Hijrah Amie.
    ada lauk sup ikan kat bawah...ni ikan masak sos pula.kalau ikan besar gini anak2 kat rumah suka mkn..

    BalasPadam
  13. As-salam Amie
    Adakah nama lain bagi ikan putih? Ayah tak boleh cam bila tengok dia dah berselimut kuah + bahan-bahan lain tu. Tapi, mungkin juga ikan itu tak banyak di Semenanjung. Sebenarnya, bagi Ayah, kalau ikan, jenis apa saja, "anytime"! Ikan darat saja ada "brek" sikit (kecuali yang dikeringkan), sebab dah berpuluh-puluh tahun tak memakannya.

    BalasPadam
  14. Mas Sani,
    tu mukadimahnya... he he heh

    Azieazah,
    kalau nak banding ikan terubuk, terubuk lebih sedap...lemak manis, banding dengan tenggiri... ikan putih lebih sedap sikit...

    SweethOney,
    tak apa makan di luar sesekali...

    BalasPadam
  15. Jill,
    okey terima kasih banyak2... ni memang kena tuntut ilmu fotography dari Jill, tapi tak sempat dah cuti pulak...

    Mamasya,
    salam maal hijrah... he he heh diet kami memang banyak ikannya Mamasya...

    Ayah Temuk,
    di sini memang dipanggil ikan putih Ayah, tak tahulah di semenanjung sebab tak pernah jumpa pulak di pasar Sungai Buluh. Ikan ini spesies dengan ikan bawal, cecupak & ikan nyok-nyok... mukanya lebih kurang sama.

    BalasPadam
  16. sedapnya..terliur tengok...
    Kejap lagi nak try buat resepi ikan ni...skrang ni tengah kurangkan makan ayam...harap2 mnjadi..hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe