ADSENSE

Rabu, 14 November 2012

Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato

Assalamualaikum.
Masih cuti Deepavalli? Hari ini Amie agak lewat sedikit pulang untuk sediakan hidangan tengahari buat anak-anak kerana ada sedikit urusan di sekolah. Kasihan anak-anak yang menunggu di rumah, tentu perut lapar menunggu Amie pulang masak. Oleh kerana bujang sulung keluar makan dengan kumpulan rakan-rakan yang mengulangkaji bersama, jadi Amie telefon bujang tengah dengan si bongsu supaya bersiap untuk makan di luar. Sebaik sahaja Amie bunyikan hon di luar pagar, anak-anak terus meluru keluar. Apalagi.... masing-masing menyarankan supaya makan di KFC! Okey.... jadi kami tiga beranak makan nasi di KFC, anak-anak pilih set nasi Terayaki, manakala Amie pilih set Percik. Hei... kenapa di bawah ini ada ikan pula? Ini hidangan Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato beberapa hari lepas yang terlepas pandang untuk dipaparkan!


Resepi : Ikan Putih Goreng Sos Sambal Tomato
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 ekor ikan putih seberat 700 gram - bersihkan
garam
gula
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak

Bahan kisar:
3 biji tomato merah
4 biji lada merah
7 biji cili padi
1 labu bawang besar
7 biji bawang putih
1 batang serai - dititik
sedikit belacan
~ Boleh tambahkan sedikit pati asam jawa atau sekeping asam gelugur

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar.
3. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gula. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat.
6. Tuangkan sambal ke atas ikan goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan.


17 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

sedapnya Amie, pasti dua tga pinggan nasi kena tambah tu akak mmg fav ni tomat nya best kecik2 tu..

zila norazila berkata...

salam syg kak amie,
ikan mmg fav zila..ikan apa2 pun x kesah..x pernah jemu makan ikan..bertambah2 klu mkn nie:)

ummiross berkata...

Waa seronoknya outing 3 beranak, makan KFC lagi, kenapa tak ajak ummi sekali Amie,nak juga KFC, hehe..

hazila berkata...

Cuti lama ni tak kemana mana ke Amie?

JaSSNaNi berkata...

sedap.. nani kalau wat ni.. kejap je.. anak2 suka sangat masak sambal ke,.. sweet2 ke.. tomato ke.. janji merah.. :D

Amie berkata...

Kak Noor,
Ratah2 gitu pun sodapkan Kak Noor.

Zila,
salam sayang Zila... memang ikan diet terbaik!

Ummiross,
jemput Ummi he he he ehh

Amie berkata...

Hazila,
Anak ambil SPM, lepas tu 3-5 Dis ada mesyuarat, sepanjang Disember ada tugas rasmi dengan KPM... jadi memang tak kemana-mana.

Jassnani,
memang sedapkan Jassnani...kuahnya tu yang sedap!

Mas Sani berkata...

tulah pasal terkonpius juga bila baca akk cite psl mkn kfc tp gambar plak ikan sambal...bila baca hbs...oooohhh hihihi gitu rupenya :)

azieazah berkata...

Saya tak pernah beli ikan putih. Sedap dan manis tak ikan tu? Nanti nak cuba juga laa

sweethOneY berkata...

hehe kak amie, sekali2 makan luar best jugak kan. Tapi saya ni kalau sekali makan luar, kalau boleh esok2 pun nak makan luar jugak :p (kes malas masak)

Ikan tu nampak sedap, goreng garing garing sekali !

Jill Wind berkata...

aduii.. laparnya saya Amie.. >.<

Jill Wind berkata...

Oh ya, nak komen tentang gambar la pulak.. (sebab kak Amie ada menyuarakan ttg kamera baru Amie tu dgn sy)..

Memang kak amie nak gmbr tu kabur2 sikit kat blkg or mcmana? next time klau nak semua part (depan blkg sharp), kena tinggikan lagi kat setting kamera tu utk guna F8 dan ke atas.. F3.5 ke bawah tu sesuai utk gambar potret.. ^_^

Mamasya berkata...

Salam Maal Hijrah Amie.
ada lauk sup ikan kat bawah...ni ikan masak sos pula.kalau ikan besar gini anak2 kat rumah suka mkn..

Temuk berkata...

As-salam Amie
Adakah nama lain bagi ikan putih? Ayah tak boleh cam bila tengok dia dah berselimut kuah + bahan-bahan lain tu. Tapi, mungkin juga ikan itu tak banyak di Semenanjung. Sebenarnya, bagi Ayah, kalau ikan, jenis apa saja, "anytime"! Ikan darat saja ada "brek" sikit (kecuali yang dikeringkan), sebab dah berpuluh-puluh tahun tak memakannya.

Amie berkata...

Mas Sani,
tu mukadimahnya... he he heh

Azieazah,
kalau nak banding ikan terubuk, terubuk lebih sedap...lemak manis, banding dengan tenggiri... ikan putih lebih sedap sikit...

SweethOney,
tak apa makan di luar sesekali...

Amie berkata...

Jill,
okey terima kasih banyak2... ni memang kena tuntut ilmu fotography dari Jill, tapi tak sempat dah cuti pulak...

Mamasya,
salam maal hijrah... he he heh diet kami memang banyak ikannya Mamasya...

Ayah Temuk,
di sini memang dipanggil ikan putih Ayah, tak tahulah di semenanjung sebab tak pernah jumpa pulak di pasar Sungai Buluh. Ikan ini spesies dengan ikan bawal, cecupak & ikan nyok-nyok... mukanya lebih kurang sama.

MulutPayau berkata...

sedapnya..terliur tengok...
Kejap lagi nak try buat resepi ikan ni...skrang ni tengah kurangkan makan ayam...harap2 mnjadi..hehehe