ADSENSE

Jumaat, 23 November 2012

Ikan Bayan Masak Asam Pedas

Assalamualaikum.
Dah sarapan pagi? Apa agaknya hidangan untuk alas perut rakan-rakan ye. Pagi ini Amie paparkan Ikan Bayan Masak Asam Pedas, dan ini bukannya menu sarapan pagi kami. Sebenarnya resepi ini Amie tangguhkan paparannya disebabkan masalah album picasa yang telah penuh 2 hari lepas. Maknanya menu ini merupakan menu hidangan tengahari kami 2 hari lepaslah... Resepi masak asam pedas yang Amie gunakan kali ini memang resepi paling ringkas dan mudah. Tidak ada sebarang rempah-rempahan atau bahan lain kecuali bahan asas sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang mula berjinak-jinak dengan dunia masakan khususnya untuk menyediakan hidangan keluarga, bolehlah kongsi dengan paparan ini.



Resepi : Ikan Bayan Masak Asam Pedas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 kepingan ikan bayan
10 biji kacang bendi
1 kuntum bunga kantan - belah 2
3 tangkai daun kesum
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa - boleh gunakan asam keping / gelugur
garam / gula / perasa pilihan
minyak
2 cawan air

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
5  biji buah keras - tidak bubuh pun tidak apa ( Amie bubuh untuk pekatkan kuah)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun kesum dan bunga kantan. Gaul seketika.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih - Amie didihkan kuah sehingga nampak pekat sedikit sebab ikan bayan tidak boleh dimasak lama kerana isinya sangat lembut.
4. Masukkan ikan bayan dan masak dalam tempoh 4-5 minit sahaja. Jika dimasak agak lama, isi ikan bayan akan hancur. 
5. Pada masa yang sama bolehlah masukkan kacang bendi.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Tutup api dapur.

Amie banyak kali memaparkan pelbagai resepi ikan bayan dalam blog. Namun begitu kepada sesiapa yang masih belum mengenali ikan bayan, bolehlah lihat gambar ikan bayan di bawah ini.


Saiz ikan bayan tidak terhad, ada yang kecil, sederhana dan besar. Amie pernah beli satu bahagian kepala ikan bayan seberat 3 kilogram! Bahagian kepala sangat sedap terutama pipi ikan bayan, rasa lembut dan kenyal!


9 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

comey ikan bayan ni.. bela dlm akuarium pun lawa.. hik hik hik.. :)
amie.. tadi nani datang nak bodek paru.. tapi dah kuar entry ikan bayan plak.. nak ikan bayan lah.. bahagian pipi tu.. yg amie kata sedap sangat tu.. boleh? nani tunggu kat opis ye.. nanti bawakan tau.. :)
ikan bayan ni ikan sungai ek? tak penah tau kewujudan ikan ni sblm ni.. festime dengar ni.. hehehe kolot betul nani kan..

Amie berkata...

Jassnani,
ni ikan laut Nani... memang warna-warni, ada warna lain dari yang Amie paparkan... isinya sangat lembut! Di semenanjung pun ada juga tutapi mungkin jarang dijual di pasar. Amie belajar makan & masak ikan bayan ni dari keluarga suami.

Kakcik Nur berkata...

Kakcik suka masak dan makan lauk asam pedas, tapi tak pernah pula cuba guna ikan bayan ni (kakcik tak kenal pun sebenarnya ikan bayan - teruk kan?) :)

Melly Octaviana berkata...

Morning Kak Amie.. lapar nih melly belum sarapan lagi.. hmm baru dengar ikan bayan.. ikan apapun kalo di masak asam pedas pasti nikmat dan segar yah.. slurrp

Sue Sue berkata...

Hi, Amie

Would like to invite u to join in this Maggi Good to Great contest. Its is a blogger engagement contest from Maggi. Do check it out from my blog here www.cookingmomster.com

Thanks

fazian.batrisyia berkata...

sy juga x pernah makan lagi ikan bayan ni...nama pun baru tahu dr blok kak amie. Pernah nampak kat pasar tapi x pernah cuba beli. Kalau akak kata sedap lain kali boleh beli & cuba rasa ikan ni...TQ

ummiross berkata...

Amie, ummi pun tak kenal ikan bayan ni, tak pernah makan. Tapi kalau Amie yang masak, ummi tau mesti best punya!hehe..

Amie berkata...

Kakcik Nur,
Ikan ni jarang ada dijual di pasar terutamanya di semenanjung Kakcik Nur,
Amie pandai makan ikan ni pun sebab dah duduk Sabah, dan belajar dari mak mentua.

Melly,
suka makan asam pedas ye Melly... bikin ya.. yang enak2 gitu.

Sue Sue,
tq.

Amie berkata...

Fazian,
ada yang pernah nampak ikan ni di pasar tapi tak berani nak beli sebab tak biasa makan, lagipun warna-warninya tu agak berbeza dengan ikan yang biasa kita makan. Sebenarnya ikan ini sangat sedap... isinya lembut!

Ummiross,
alhamdulillah... ni mak & bonda mentualah yang suka makan, dan juga orang2 kampung (semasa kenduri memang ikan ini digunakan untuk dibuat sambal)...