Daging Masak Kicap

7:42 PTG

Assalamualaikum.
Bujang kedua minta Amie buatkan Daging Masak Kicap. Senanglah kerja kita kalau sudah ada yang tentukan menu. Tidaklah asyik berfikir dan berkira-kira nak masak apa. Oleh kerana masih ada lebihan daging korban dalam simpanan, jadi Amie masak untuk memenuhi selera bujang kami. Amie pun kurang pasti daging bahagian mana yang Amie masak di bawah ini. Yang penting, hasilnya lembut dan mudah dikunyah serta ditelan!


Resepi : Daging Masak Kicap
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging - potong ikut kelebaran yang dikehendaki
3 biji kentang - potong dadu dan goreng hingga masak
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
2 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu  makan sos tiram
1 sudu makan
3 sudu makan kicap pekat
garam & gula - jika perlu
air secukupnya
minyak

Bahan tumisan:
1 labu bawang besar - hiris nipis
4 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Perap daging bersama halia dan bawang putih  serta lada putih selama 1 jam.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan daging dan balik-balikkan. Biarkan sehingga keluar air. 
4. Perlahankan api, dan jika daging belum empuk, tambahkan sedikit air.
5. Setelah daging empuk dan kuah mula pekat, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Gaul sebati.
6. Jika kurang masin atau cukup rasa, tambah sedikit garam dan gula.
7. Masukkan kentang goreng, capsicum merah dan capsicum kuning. Gaul seketika dan tutup api.


14 comments

  1. Mmg sedap....tambah lgi dgn lada hitam tu...mmg terangkat lah !

    BalasPadam
  2. meriahnya lauk dading kicap akak tu..mcm2 ade...tentu sedap ni..

    BalasPadam
  3. assalam amie..acik masa dok selangor dulu..paling suka makan masak kicap..ayam ke daging ke..sedap..pekat..acik suka kalau pi kenduri ada masak kicap

    BalasPadam
  4. Daging masak kicap makan dengan nasi panas2, pergh!!!

    BalasPadam
  5. sedapnya..boleh try ni..sbb daging korban pun ada kat dlm peti ais tak terusik...

    BalasPadam
  6. Cakk ! Cak!! Kak Amie..Wahhh sungguh menyelerakan kegemaran anak anak Ani ni kak.. trima kasih resepinya..

    BalasPadam
  7. ~ menu feveret kini dan selamanya.. sedapnya mkn dgn ns panas2 ^_^

    BalasPadam
  8. saya suka..saya sukaaaa....xleh tgk lauk yg ada kicap2 nie... mesti terliur punya lah!

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie Cayang,
    Nampak sungguh menyelerakan daging masak kicap tu. Pekena dengan nasi panas, fuhhhh.....berselerakkkkk, hehehe

    BalasPadam
  10. aduss..meleleh dh ni..dlm peti byk lagik daging org bagi..nens kurang makan daging..hubby plak hantuu..tp sbb die HB nens x bg die makan..skit2 buat rasa boleh lah..

    BalasPadam
  11. Masa buat korban hari raya tu pun saya masak menu daging masak kicap. Senang kerja.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Amie,

    Daging masih ada lagi nih nanti Kak Ros boleh try resepi ni nampak sedap sangat dan sungguh menyelerakan...terima kasih ya Amie kongsi resepi...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum....
    Salam perkenalan Amie.
    Sedapnya daging masak kicap tu. Sungguh menyelerakan. Bolehlah saya cuba resepinya nanti.

    BalasPadam
  14. Kalau Pak Inche punya daging kicap, memang kicap semata, Kak Amie, hihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe