ADSENSE

Khamis, 1 November 2012

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum.
Bujang kedua minta Amie buatkan Daging Masak Kicap. Senanglah kerja kita kalau sudah ada yang tentukan menu. Tidaklah asyik berfikir dan berkira-kira nak masak apa. Oleh kerana masih ada lebihan daging korban dalam simpanan, jadi Amie masak untuk memenuhi selera bujang kami. Amie pun kurang pasti daging bahagian mana yang Amie masak di bawah ini. Yang penting, hasilnya lembut dan mudah dikunyah serta ditelan!


Resepi : Daging Masak Kicap
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging - potong ikut kelebaran yang dikehendaki
3 biji kentang - potong dadu dan goreng hingga masak
1/2 biji capsicum merah - potong dadu
1/2 biji capsicum kuning - potong dadu
2 inci halia - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu  makan sos tiram
1 sudu makan
3 sudu makan kicap pekat
garam & gula - jika perlu
air secukupnya
minyak

Bahan tumisan:
1 labu bawang besar - hiris nipis
4 biji bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Perap daging bersama halia dan bawang putih  serta lada putih selama 1 jam.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan daging dan balik-balikkan. Biarkan sehingga keluar air. 
4. Perlahankan api, dan jika daging belum empuk, tambahkan sedikit air.
5. Setelah daging empuk dan kuah mula pekat, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Gaul sebati.
6. Jika kurang masin atau cukup rasa, tambah sedikit garam dan gula.
7. Masukkan kentang goreng, capsicum merah dan capsicum kuning. Gaul seketika dan tutup api.


13 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

Mmg sedap....tambah lgi dgn lada hitam tu...mmg terangkat lah !

Qasey Honey berkata...

meriahnya lauk dading kicap akak tu..mcm2 ade...tentu sedap ni..

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik masa dok selangor dulu..paling suka makan masak kicap..ayam ke daging ke..sedap..pekat..acik suka kalau pi kenduri ada masak kicap

ummiross berkata...

Daging masak kicap makan dengan nasi panas2, pergh!!!

Totie@Tomy berkata...

sedapnya..boleh try ni..sbb daging korban pun ada kat dlm peti ais tak terusik...

Choco Ani berkata...

Cakk ! Cak!! Kak Amie..Wahhh sungguh menyelerakan kegemaran anak anak Ani ni kak.. trima kasih resepinya..

Yana Shaiful berkata...

~ menu feveret kini dan selamanya.. sedapnya mkn dgn ns panas2 ^_^

Mas Sani berkata...

saya suka..saya sukaaaa....xleh tgk lauk yg ada kicap2 nie... mesti terliur punya lah!

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie Cayang,
Nampak sungguh menyelerakan daging masak kicap tu. Pekena dengan nasi panas, fuhhhh.....berselerakkkkk, hehehe

Nens Collection berkata...

aduss..meleleh dh ni..dlm peti byk lagik daging org bagi..nens kurang makan daging..hubby plak hantuu..tp sbb die HB nens x bg die makan..skit2 buat rasa boleh lah..

hazila berkata...

Masa buat korban hari raya tu pun saya masak menu daging masak kicap. Senang kerja.

Ros berkata...

Assalamualaikum Amie,

Daging masih ada lagi nih nanti Kak Ros boleh try resepi ni nampak sedap sangat dan sungguh menyelerakan...terima kasih ya Amie kongsi resepi...

Fadzillah berkata...

Assalamualaikum....
Salam perkenalan Amie.
Sedapnya daging masak kicap tu. Sungguh menyelerakan. Bolehlah saya cuba resepinya nanti.