ADSENSE

Ahad, 4 November 2012

Cucur Udang Berjagung

Assalamualaikum.
Alahai.... entri Amie terpadam tanpa disengajakan! Tak sempat baca komen dari kawan-kawan! Apa pun untuk kenangan anak-anak kami yang sangat suka makan Cucur Udang Berjagung, Amie tuliskan kembali resepinya untuk rujukan akan datang. Amie pun sudah terlupa apa yang Amie bebelkan dalam entri tersebut pagi tadi. resepi ini sangat mudah, tanpa sebarang bahan penaik, tidak menggunakan air panas mendidih atau pun telur. Memang inilah menu kegemaran anak-anak sehingga kalau Amie tidak sempat sediakan, mereka sendiri akan buat. Cuma, atas permintaan anak-anak, Amie tidak bubuh daun kucai atau daun bawang.
Lain kali jari-jemariku sepatutnya lebih berhati-hati! Jangan klik sebarangan, nanti menangis tak berlagu... sib baik entri pasal cekodok, kalau menu lain yang lebih special,  yang penat-lelah menyediakannya, memang haru dibuatnya!


Resepi : Cucur Udang Berjagung
Idea dan Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
15 ekor udang kertas saiz besar - buang kulit dan kepala, potong 4-5  tiap seekor
1 tin jagung - toskan airnya
1 labu bawang besar - hiris halus
garam / perasa pilihan secukupnya
2 1.4 cawan air
minyak 

Cara:
1. Adun kesemua bahan di atas kecuali minyak hingga sebati.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Apabila minyak telah benar-benar panas, sendukkan satu sudu makan adunan ke dalam kuali. Buat beberapa kali tetapi jangan sampai terlalu penuh isi kuali.
4. Apabila cucur masak dan kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan toskan.
5. Hidangkan dengan sos pilihan.



Anak-anak suka cicah Cucur Udang Berjagung dengan Sos Cili Thai dan juga mayonis.

6 ulasan:

hazila berkata...

Sedapnya. Saya suka cucur macam especially bila cuaca lembab sambil lepak depan tv.

Bicara Kak Noor berkata...

aduii terliur lah tengok coq jagung ni, kalau dpt makan petang2 macam ni mmg terbaik lah Mie pos mai sikit kat brunei ni heee

JaSSNaNi berkata...

As salam... selamat petang amie... :)
sedap ni.. makan cucur udang utk sarapan or minum petang kan.. :) kat umah tak de plak stok udang.. kalau tak boleh wat gak.. hihihih sbb cucur ape pun fev kitorang 1 family tau..

Asyifa Mustaffa berkata...

Hujan2 nie....mmg sedap mkn time panas tu....tmbh lgi dgn kopi o....perghhhh...mmg mengancam!

ibh_sue berkata...

Asslmkum.
Sedapnya. . Cucur paberat sue ni. Sue pun kalau buat cucuq ni main bubuh bahan simple mcm tu jg. Ada rupa cucuq dah ok dah. Heheee. . Time2 hujan ni lagi lah sedap layan cucuq jagung ni kan.

ummiross berkata...

Amie, mesti sedap ni. Masa kat Sarawak ada kawan suka buat ni, memang sedaplah, Tq share resepi, nanti boleh ummi cuba, insyaAllah.