Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis, Sambal Belacan & Ulam

2:50 PTG

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Jom makan tengahari di dapur Amie dengan hidangan Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis. Amie tambah dengan Sambal Belacan & sedikit ulam kacang bendi celur dan tomato.


Memandangkan banyak lagi lebihan labu manis, jadi Amie cuba  campur dalam masakan kari dengan ayam. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya berkuranglah jumlah labu manis yang duduk menganggur tak berusik!

Resepi : Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam
1 mangkuk potongan dadu labu manis
400ml santan pekat - Amie gunakan susu cair
1 cawan air
4 sudu besar serbuk kari ayam / daging
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu makan cili kisar
2cm halia - hiris halus
3 ulas bawang putih- hiris halus
5 ulas bawang merh - hiris halus
1/2 cawan perahan air asam jawa
garam & gula secukup ras
minyak

Cara: 
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis halia,bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Perlahankan api, dan masukkan serbuk kari. Kacau seketika sehingga sebati dengan bahan tumisan yang lain.
3. Masukkan daging ayam dan gaul rata.
4. Masukkan air, dan biarkan mendidih. Tambah perahan air asam jawa dan biarkan sehingga kuah memekat dan daging ayam mula empuk.
5. Masukkan santan pekat / susu cair dan labu manis.
6. Kacau sekali-sekala sehingga daging ayam dn labu manis masak empuk.
7. Perasakan dengn garam dan gula.
8. Tutup api, dan sedi untuk dihidang.


Inilah rupa Ayam Masak Kari Dengan Labu Manis. Hadoiiiiii!!!! Terlupa bubuh daun karilah pulak!


Tidak ketinggalan... Sambal Belacan! Tapi.... minta maaflah, ini hasil tangan orang malas! Main kisar saja! Patutnya kena tumbuk dalam lesung, barulah nampak asli dan lebih sedapkan! Ulamnya pun setakat kacang bendi celur dengan hirisan tomato saja. Apa pun.... jemputlah makan yea....

10 comments

  1. sedapnye!!!! sangat terliur tengok...kalau makan sure2 berselera

    BalasPadam
  2. amnpi sedapnya menu kak amie.. nasib baik perut saya tengah kenyang, kalau tak makan hatiii tengok lauk akak.. hehehe

    BalasPadam
  3. SALAM KAK AMIE .. set yang lengkap !.. sedap neh.. lama dah x makan sambal belacan

    BalasPadam
  4. wes warek dhadhi ngeleh...kari tu menggoda..

    BalasPadam
  5. assalam Amie..sambal belacan dengan bendi rebus tu cukup dah..tak mandag dah lauk lain..sedap tu amie

    BalasPadam
  6. Asslmkum kak!
    Labu manis msk kari ayam? First time dgr ni. Tak pnh terfikir nak letak labu. Tp kompem sedap tu. :D

    BalasPadam
  7. sedap semuanya tu teringin tang sambal bacan tu dan bendi tu kalau akak tak mau yg lain nak makan dgn sambal je sedappp

    BalasPadam
  8. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

    Saygılar..

    BalasPadam
  9. Amie, singgah jap sebelum keluar meronda, hikhik. Hari2 nak kena tengok Amie masa apa, sebab kalau datang dapur Amie mesti berselera.

    BalasPadam
  10. sedap nye kak..ske tgk masakan orang :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe