Nasi Lemak Pandan & Ayam Goreng Kampung

9:29 PTG

Assalamualaikum.
Jom makan Nasi Lemak Pandan lauk Ayam Goreng Kampung and the gang!


Entah mengapa, mood untuk menyediakan hidangan malam belum timbul sepenuhnya dari dasar lautan. Malam kelmarin Encik Suami belanja kami sekeluarga makan  di luar. Malam ini terasa segan pula untuk menyuarakan hasrat ingin gantung apron! Bila terbayang rupa paras ikan atau ayam, terasalah semacam baunya dan terus mati kutu untuk mengolahnya dalam bentuk masakan apa. Akhir-akhir ini semacam 'alergik' pula bila hendak ke dapur! Agaknya sudah seronok sangat menghadiri undangan rumah terbuka raya! Ha...ha ha ahhh.. inilah gaya orang malas sebenarnya! Tak boleh ikutkan sangat kemalasannya tu Amie! Kasihan anak-anak, terutama si bujang tengah yang sentiasa mengharapkan kepulangannya dari sekolah disambut dengan aroma masakan dari dapur! Mengenang anak-anak yang sentiasa menjadi pelanggan setia air tangan kita, akhirnya siaplah menu hidangan malam kami sekeluarga. Nasi Lemak Pandan berlauk Ayam Goreng Kampung serta teman-temannya yang lain termasuk sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang gajus dan hirisan mentimun serta telur rebus. 


Amie hasilkan menu kali ini mengikut bahan yang ada serta kreativiti sendiri. Rupanya Amie kehabisan stok asam jawa dan asam gelugur. Kadang-kadang kerana kekurangan sedikit bahan, hasil masakan kita kurang menjadi tetapi Amie tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak menyediakan sambal. Amie teringat masakan Melayu Cocos yang menggunakan perahan air limau nipis dalam masakan sambal ikan. Oleh kerana limau nipis dalam peti sejuk masih boleh digunakan, jadi Amie gunakan jus dari sebiji limau tersebut sebagai pengganti asam jawa. Alhamdulillah, menurut anak-anak rasa sambal tetap lazat. Untuk Nasi Lemak Pandan pula, Amie gunakan jus daun pandan tetapi mungkin kerana jumlah daun pandannya yang Amie kisar sedikit, jadi warnanya agak pucat. Amie tambah setitik pewarna pandan dalam masakan ini. 
Untuk Ayam Goreng Kampung pula, Amie tambahkan 3 pelepah daun kari untuk menaikkan aromanya. Cukuplah hidangan untuk kami hari ini. Walaupun kebiasaannya nasi lemak dijadikan hidangan di sebelah pagi, tapi ia boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.


Resepi : Nasi Lemak Pandan

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi - cuci bersih dan toskan
600ml santan pekat
1/2 cawan jus daun pandan - Amie gunakan 3 helai daun pandan
setitik pewarna pandan
2cm halia - hiris
1 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus. Sementara itu letakkan kuali di atas api dapur dan tuangkan santan pekat.
2. Masukkan halia, serai, kulit kayu manis dan bunga lawang serta jus daun pandan. Biarkan seketika sehingga santan mulai mendidih.
3. Masukkan beras dan garam.
4. Kacau beras sekali-sekala  supaya tidak berkerak.
5. Titiskan pewarna pandan dan kacau sekali lagi.
6. Apabila beras telah kembang dan mengering, pindahkan ke dalam periuk pengukus.
7. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Resepi : Ayam Goreng Kampung

Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam - bersihkan dan tos
minyak untuk menggoreng
3 pelepah daun kari - lurutkan daunnya dan buang batang pelepah

Bahan kisar - jangan terlalu halus:
3 batang serai - hiris nipis
3 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
garam / gula / perasa secukupnya

Cara:
1. Perap ayam dengan semua bahan kisar bersama daun kari. Ketepikan selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan perapan tadi sehingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidang.

Bahan hidangan lain:
telur rebus
kacang tanah goreng / kacang gajus
ikan bilis goreng
sambal tumis
hirisan timun


Alhamdulillah. Siap juga akhirnya walaupun agak lewat sedikit sebab masak sambil berangan-angan naik ke bulan! Jom makan sama......

28 comments

  1. Salam lebaran Amie.
    Cantiknya warna nasi lemak tu....menyelerakan.

    BalasPadam
  2. sama la ngn adda ni k.amie...rasa malas betul nk ke dapur..mentang2 la cuti masak lama kan..hadoiii...mintk la nasi lemak ngn ayam goreng tuh ckit..kihkih

    BalasPadam
  3. Amie..kalau singgah teratak Amie, memang tak pernah kecundang, sedap sungguh nampak nasi lemak daun pandan dengan ayam goreng tu, lama ummi duk kat dapur Amie ni, renung nasi lemak sampai kenyang, hikhik!!

    BalasPadam
  4. Ambou semerbak sungguh bau nya. hehehe suka tengok kaler hijau tu.

    BalasPadam
  5. Salam kak :D dtg malam2 nmpk nasi lemak aduhhhh terus terasa2 kat tekak lama sgt tak buat n makan sbb lama tak buatlah kan :D puasa ada lagi 3 hari, esok nak kena puasa ehehe... buat nasi lemak sdp jugak niii utk buke :))

    BalasPadam
  6. Hmm...jadi mengugah selera nih mba.. :)
    Salam :)

    BalasPadam
  7. Teringin nak mencubalah Amie mana tahu bapak kakak suka sementara dia ada duduk lama dgn kakak sekarang nie..

    Ayam goreng tu kakak nak cuba...

    BalasPadam
  8. kdg kala guna jus limau lebih sedap tau Amie. Kakak kakpb masak kari biasa guna jus limau je.
    Akk pun malas jg ni nk kedapur tp terpaksa, cuti sabtu ahad sah2 mkn luar.

    BalasPadam
  9. Assalam Amie..lepas2 raya ni..bila tengok nasi lemak amie..tersangat la sedap nampaknya..macam dah terbau2 wangi pandannya

    BalasPadam
  10. Perghhhh...satu set yang menggiurkan... order sepinggan yer...

    BalasPadam
  11. comelnyer warna nasik tu..nk buat jgak ler..hehe..mcm sedapp bangatt ajek..hehe

    BalasPadam
  12. boleh ka gue tumpang makan nasi pandan?..hehehe..mengkilat jak nasi pandan tu kak...ayam goreng tu kecik jak..

    BalasPadam
  13. Salam Amie.nampak sedap set nasi lemak hijau dg goreng ayam kg....menyelerakan...
    samalah skrg ni mood memasak ke laut...nak gantung apron je...tak da idea nak masak tp masak juga yg simple2 utk famili.

    BalasPadam
  14. Pernah juga makan nasik lemak pandan..memang sedap

    BalasPadam
  15. teringin nk suruh org rumah buat jgk..

    sedap nampaknye nie..

    BalasPadam
  16. cantiknya nasi warna hijau lagi..hehe..nak sikit..

    BalasPadam
  17. Yang Ayah tahu (ajaran mentahlah ni!), untuk masak nasi lemak, mesti gunakan beras biasa. Malah ada yang kata, beras hancur pun baik. Kena cubalah guna beras basmati macam Amie buat. Nasi lemak Amie tu, kalau beli di kedai, + gorengan ayam kampungnya lagi pula, tentu jadikan Ayah saaangat lambat keluarkan duit dari poket!

    BalasPadam
  18. smlm dah buat menu nasik lemak ni tapi buat hat biasa jer....sedapnyer nmpk kaka...dok telan ayaq lioq ni ngeeee

    BalasPadam
  19. pagi2 ni nmpk nasi lemak mmg lapo perut. hehe..

    BalasPadam
  20. ya Allah!! sedapnya kak!! terliur tgk ayam goreng tu...sambal pun nampak sedap...

    BalasPadam
  21. kak amie.. dah lama x pekena nasi lemak.. ni terasa rindu nak masak nasi lemak ...

    BalasPadam
  22. sedapnya nampak nasik lemak akk ni..terus bebrbunyi perut saya..

    BalasPadam
  23. amboi memang menyelerakan, dapat sepinggan bagus ni he he

    BalasPadam
  24. salam kak amie..nasi lemak mmg selalu cepat lakuu.. tambah pulak ada ayam goreng. mmg cepat je ngadapnyer.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe