Iftar Hari Ke 16 : Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus

10:32 PG

Assalamualaikum.


Oleh kerana semalam talian internet menghadapi masalah, jadi terpaksalah menunda entri hidangan berbuka puasa kelmarin hingga ke hari ini. Anak-anak dan Encik Suami membeli makanan di Pasar Ramadhan Sri Perdana termasuk kuih muih, nasi pilihan dan juga minuman masing-masing. Amie pula, hampir 20 minit waktu berbuka puasa baru ke dapur, masak Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus. Entah mengapa, akhir-akhir ini suka berbuka puasa dengan hidangan nasi panas yang lembik, lauk yang ringkas dan berkuah serta masam-masam sedikit. Sedap hirup kuahnya yang masih panas. 


Hidangan berbuka puasa dari Pasar Ramadhan Sri Perdana.


Agar-Agar Lumut @ Santan yang sempat Amie sediakan di sebelah pagi.



Kalau yang lain kata sedap dengan hidangan masing-masing, Amie pula sedap menikmati hidangan nasi panas bersama lauk Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus. Oleh kerana baru diangkat dari dapur, tentulah kuahnya masih panas! Bila dihirup, rasa segar dan badan pun terasa ringan berpeluh. Maklumlah Amie mengadap semangkuk! Masing-masing punya cita rasa! Yang penting selera untuk berbuka puasa itu ada, kalau tak ada selera itu yang jadi masalah tu!

Resepi : Ikan Bolu @ Susu Asam Rebus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 keping ikan bolu @ susu
10 biji kacang bendi - buang tangkai dan ekor
2 biji tomato - belah 2
3 biji cili hijau - potong 2
10 biji cili padi
4 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - kupas dan belah 4
1 batang serai
3 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
air secukupnya
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan di atas api.
2. Masukkan serai, bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk kunyit, asam gelugur, cili hijau dan cili padi. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan bolu @ susu dan masak selama 5-7 minit.
4. Masukkan kacang bendi, tomato dan garam / perasa pilihan.
5. Tutup api dan hidangkan panas.

8 comments

  1. Ikan masak asam rebus pasti menyegarkan. "Simple but very refreshing"! Boleh ditenggelamkan nasi dalam airnya....

    Ayah nak tanya, pernah tak Amie sediakan apa-apa masakan dengan menggunakan ikan salmon?

    BalasPadam
  2. bestnya asam rebus tu...cuma teringin nak makan ikan bolu tu...x pernah mkn

    BalasPadam
  3. sedap isi ikan susu ni..manis jer kan..tp kalau makan ngan anak2 kena cek betl2 takut tercekik tulang..sedap ikan ni wat asam rebus..pasti memikat selera

    BalasPadam
  4. Ayah Temuk,
    memang sedap makan nasi tenggelam dengan kuahnya yang masih panas Ayah.
    Ada, pernah Amie masak ikan salmon panggang...ala-ala barat.

    Kasih,
    ikan ni berlemak kasih, tulangnya halus-halus..ken hati2.

    Lina,
    Manis berlemak Lina, masak rebus-rebus gini Amie dengan Encik Suami je yang laju.

    BalasPadam
  5. Kalau lauk macam ni, ummi pun nak mintak tambah nasi, hik!

    BalasPadam
  6. salam syg kak amie..agar2 lumut tue nampak sedap la kak..:)asam rebus pun lama dh zila x buat..ank asik mintak ikan bakar jew smnjak2 nie..layankn dia jew la ;)

    BalasPadam
  7. Kak amie... kepengen sekali makam ikan bolu di sini ngga ada.. :( kita biasanya sebut ini nassu bale bolu..sedap sekali nih..huhuhu..mauuuu

    BalasPadam
  8. Ummiross,
    nampaknya selera kita sama Ummi... pilih yang rebus2 aje...

    Zila,
    mulanya cadang nak bakar tapi malasnya menyerang tiba-tiba... rebus ajelah senang he he heh

    Melly,
    oohh itu namanya ye Melly.... di tempat kakak memang masakan ni terkenal dalam kalangan orang Bugis deh...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe