ADSENSE

Rabu, 18 Julai 2012

Serimuka Tak Menjadi!

Assalamualaikum.





Sesekali kita kongsi resepi yang tak menjadi! Apa salahnya. Betul tak? Sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan untuk membezakan mana satu resepi yang menjadi dengan yang tidak menjadi atau kurang menjadi. Encik Suami kata bukannya resepi Amie tidak menjadi tapi kurang menjadi! Yang menjadinya tentulah lapisan bawahnya. Yang kurang menjadi pula sudah tentunya lapisan bahagian atas. Itulah, orang kata kalau tamak selalu rugi he he hehh adalah kaitannya dengan sikap Amie kali ini. Walaupun baru pertama kali membuat kuih serimuka, tetapi Amie ingin hasilkan yang berlapis-lapis ala - ala pelangi! Akhirnya, serimuka ke makan, pelangi ke mana! Serimukannya memanglah tak berseri langsung! Pelanginya pula tak ada rupa langsung! Ha ha ha .... Amie tidak putus asa. Biarlah buruk kejadiannya, walaupun hodoh dipandang tapi Encik Suami kata rasanya sedap!!!! Katanya, boleh cuba lagi.


Senang sahaja jawapan kepada masalah Serimuka Tak Menjadi Amie ini. Terlebih air untuk bahagian atas! Insya-Allah lain kali akan diperbaiki. Jadinya, rupa bentuk kuih Serimuka Tak Menjadi yang Amie paparkan kali ini dapatlah Amie jadikan panduan untuk lebih berhati-hati jika ingin menyediakan kuih begini. Apa pun terima kasih kepada Chef Hanieliza yang sudi berkongsi resepi Serimuka Pelanginya. Jom kita semak di bawah.

Resepi : Serimuka Pelangi
Sumber :Hanieliza's Cooking

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi:
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

Pewarna:
kuning,hijau, merah, coklat paste

Cara :
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

10 ulasan:

hazila berkata...

Saya suka Kuih Serimuka, pernah buat tapi lapisan atas selalu terlembut...

myda_ahmad berkata...

x apalah kak Amie,lain kali buleh cuba lagi...

Amie berkata...

Hazila,
sedap tapi lembik lembut sangat... tercair!

Myda,
he he hehh akan kucuba lagi.

khairiah khaizu berkata...

tak pe tak cantik yg pasti sedapppp....nti blh buat lg kasi pelangi2 bagai...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, tak jadi pelangi pun tak apa amie, kalo dah sedap. Saya pun tak berani lagi nak buat yg pelangi2 mmg sah2 tak jadi hehe

Temuk berkata...

Ayah tukar tajuknya, bagi sedap bunyinya, macam rasanya (spt yg En. Suami kata):"Tak Serimuka MENJADI"!

che mid berkata...

Salam.. yang penting rasa, rupa jatuh tempat ke 2.. kalu en suami kata sedap ok la tu.. penaik semangat utk buat lebih baik lain kali...

Tihara berkata...

okeh je kak, still nampak menyelerakan :)

quinnie berkata...

biasa la tu kak..saya pun kadang2 resepi yg selalu duk buat pun boleh tak jadik..heheeh...

kuih ni pantang dia masa nak lapiskan tu kena pastikan bahagian yg nak dilapis tu dah betul2 masak baru la masukkan lapisan yg baru...moga lepas ni bleh tengok kuih pelangi akak ye..:)

zila norazila berkata...

best jgk nie kak amie share mana yg x jadi..zila mmg x pernah buat sri muka nie kak..mgkin sambutan kt umah tu kurang..klu teringin tggu balik kg..suruh emak buat..nk jgk cuba wt sendiri..nnt2 nk cuba jgk la..:)