ADSENSE

Selasa, 10 Julai 2012

Peach & Apple Smoothies

Dari pagi hingga menjelang tengahari berjemur di padang. Bermula dengan aktiviti senamrobik, sehingga ke acara padang dan balapan. Minggu ini sekolah kami mengadakan sukan tahunan. Bersambung hingga esok dan berakhir lusa. Apa kata kita hilangkan dahaga dengan segelas Peach & Apple Smoothies?


Resepi : Peach & Apple Smoothies
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 biji buah peach - potong-potong
2 biji epal buah  - potong-potong
150ml yogurt asli
2 sudu makan madu
ketulan ais

Cara:
1. Masukkan potongan buah peach dan epal bersama yogurt asli, madu dan ketulan ais ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga hancur dan lembut.
3. Tuang ke dalam gelas.
4. Sedia untuk dinikmati.

12 ulasan:

ummiross berkata...

Amie..sejuk tekak ni tengok smoothies Amie tu, kat sini panas sangat hari ni..

Kak yon berkata...

tak lama lagi puasa amie..boleh jadikan minuman buat berbuka puasa..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie.Lom pernah minum smoothies ni...tumpang segelas kat sini je la yer :D

Afasz berkata...

tak pernah minum... cam sedap n berkhasit je

Norzie hany berkata...

Belum pernah minum...bulan puasa nanti boleh cuba buat.

ibundo berkata...

mie,
boleh turun dua tiga kilo tu mie.

zila norazila berkata...

x pernah minum pun kak..share secawan kak:)

rahel berkata...

wah..okbah Kak Amie..dilayan..tapi punya gue mana?

Tihara berkata...

wow smooties, sedapnye minuman sejuk ni :)

Bicara Kak Noor berkata...

nampak sedap dan pasti sedap betul tu kata kak yon pasti akak nak try masa puasa nanti sejukkkkkkk kan masyuk perut..

MamaFaMi berkata...

Macam leh terbayang kesegarannya! Mmmmm

MulutPayau berkata...

sedapnya.....nanti nak try buat jugaklah....