ADSENSE

Ahad, 15 Julai 2012

Jus Tembikai Susu & Timun

Selamat berhujung minggu buat semua. Tentu masing-masing ada rancangan tersendiri untuk menghabiskan hari kelepasan ini bersama keluarga. Pagi ini cuaca cerah, langit kelihatan biru dan awan berarak perlahan. Bila Amie buka jendela dapur, terasa nyamannya tiupan angin yang menerobos masuk bersama sinaram matahari pagi yang terang-benderang! Alhamdulillah, Allah beri kesempatan sekali lagi untuk bernafas dan menikmati kehidupan pada hari ini. Sarapan apa agaknya pagi ini ye. Awal pagi tadi sebelum matahari terbit, Amie minum segelas susu dan itu memang rutin yang menjadi amalan hidup Amie sehari-hari. Menjelang pukul 9 pagi,si bongsu pula membuat jus tembikai susu sendiri dan menyuakan segelas kecil untuk Amie. Si bongsu tidak menapis tembikai susu yang dikisar, namun rasanya tetap lazat! Tiba-tiba Amie teringat tentang hasil bacaan Amie mengenai khasiat jus buah asli yang menyegarkan tekak dan berkhasiat dalam sebuah majalah tempatan iaitu RASA. Apa yang dipaparkan dalam majalah tersebut ialah sekiranya kita menghasilkan jus tanpa penambahan air, ia menghasilkan seratus peratus gula asli dan menyerap khasiat asli yang dimiliki oleh setiap buah. Namun begitu, kita perlu menggunakan mesin ekstrak untuk mengasingkan air daripada serat tanpa menggunakan sebarang tambahan air! Hasilnya tentulah tidak sama dengan penggunaan pengisar biasa. Amie belum memiliki mesin ekstrak tetapi pagi ini Amie ingin kongsi bersama Jus Tembikai Susu & Timun. 


Menurut RASA, gabungan kedua buah ini mampu mengekalkan kelembapan tekstur kulit dan paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kusam. Jus ini Amie hasilkan bersama sedikit air dan gula pasir kerana ketiadaan mesin ekstrak untuk mengasingkan air daripada serat buah!

Resepi : Jus Tembikai Susu & Timun
Sumber : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
300 gram tembikai susu - potong kecil
1/2 batang timun - potong kecil bersama kulit dan biji
150ml air
1 sudu teh gula pasir - Amie guna sedikit sahaja kerana tembikai susu sudah masak ranum dan manis


Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas di dalam pengisar.
2. Kisar hingga hancur.
3. Tapis bahan kisar.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.


7 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Amie..kat sini mendung.Awal pg dah sidai kain,sat lg klu hujan kena angkat kat ampaian la :(

quinnie berkata...

wahh rajinnya anak akak...bagus kecik2 lagi dah pandai buat jus sendiri....saya suka jugak minum susu kak...cuma kalau susu tepung tu malas nak bancuh sendiri..kekekek..kalau susu dlm kotak tu cepat je habis...kekeke

kat ipoh ni tengah musim panas...sangat2 panasnya...

myda_ahmad berkata...

saya suka mkn tembikai susu,setakat nie xpernah lg buat jus,kalau tembikai merah tu pernah buatlah...

Delima Zamrud berkata...

wahhhh D5 suker jus tembikai susu but xpenah lak campur ngan timun nnt nk cube lah thanks kongsi info n resepi Amie :D..

hazila berkata...

Cuaca kat Shah Alam pun mendung. Bagus minum jus timun.

hazila berkata...

Cuaca kat Shah Alam pun mendung. Bagus minum jus timun.

mama aini berkata...

ehem..mama akan cuba membuatnya..thanks dear..