Ikan Bayan Kukus Kam Heong

8:24 PTG

Teringin makan masakan kam heong lagi! Amie kukus ikan bayan, dan kemudian tumiskan bahan-bahan perencah kam heong, seterusnya tuangkan bahan tersebut di atas ikan kukus tadi. Oleh kerana saiz ikan bayan Amie agak besar, jadi tidak muat masuk ke dalam dulang. Amie letakkan daun pisang sebagai pengganti dulang kukusan, itu pun ekor ikan bayan terpaksa dinaikkan ke atas sedikit.


Resepi : Ikan Bayan Kukus Kam Heong
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bayan - bersihkan dan kelar-kelar
3cm halia - hiris halus
1 sudu makan sos ikan

Bahan tumisan:
1 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
1/2 cawan daun kari
10 biji cili padi - hiris
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan sos tiram
10 biji bawang putih cincang
minyak

Cara:
1. Letakkan ikan bayan di dalam dulang pengukus. 
2. Susun hirisan halia di atas ikan bayan.
3. Renjiskan sos ikan. Kukus hingga masak.
4. Sementara itu panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih sehingga kekuningan.
5. Masukkan udang kering dan gaul sebati.
6. Masukkan rempah kari diikuti dengan daun kari.
7. Masukkan cili padi dan tuangkan sos tiram dan biarkan seketika. Kacau rata.
8. Bubuh bahan tumisan kam heong tadi di atas ikan bayan yang sedang dikukus.
9. Tutup periuk pengukus, dan kukus lagi selama 3 minit.


Dikatakan bahawa terdapat lebih 40 spesies ikan bayan di perairan negara kita. Gambar di atas merujuk kepada salah satu spesies yang ada, yang sudah Amie masak! Isi ikan ini sangat lembut, jadi terpaksa berhati-hati kalau ingin memasaknya terutama sekali jika kita ingin menggorengnya. Amie lebih gemar mengukus atau masak sup sahaja!

21 comments

  1. tak pernah mkn ikan ni amie...disana banyak jenis ikan kan :)

    BalasPadam
  2. haaaaa ikan ni saya kenal. masa snorkel dekat pulau perhentian memang banyak ikan ni, dekat ch pun sesekali ada orang jual tapi tak sampai hati nak makan...lawo sangat...

    BalasPadam
  3. ini pun first time kenal. hehe..

    BalasPadam
  4. kenapa nani tak pernah jumpa pun...? ke memang tak kenal ikan...huhuh... tengok kak amie masak pun dah tahu ikan ni lembut. mesti sedap aje ni.

    BalasPadam
  5. assalam amie..pertama kali mama tgk ikan bayan ni..hu2x..

    BalasPadam
  6. Cm tak pernah makan ikan bayan ni tak tak pernah lihat.ada rupa ikan kerisi ya?

    BalasPadam
  7. mcm ikan talapia ada jugak..sedap je menu kak amie ni...:-)

    BalasPadam
  8. Kak Amie cayangggg...ikan bayan ni bersisik tebal ye kak? mieza tk pernah makan ikan ni..pasti sedap rasanya..kat Tg Malim ni asek2 ada ikan siakap, kerapa nyok2 itu je la...nnt mieza datang sana kak amie masak mcm ni ekkk..mieza nak makan!

    BalasPadam
  9. Mcm2 jenis ikan ada kat dapur kak Amie... sedap2 pulak tuuu... ish...terliur sy...

    BalasPadam
  10. wah kak amie memang dah pakar kenal betul dengan ikan hihi ..sekali tengok mcm ikan tilapia.. ikan laut ke kak amie.. tapi apapun menyelerakan la ikan kukus kam heong tu

    BalasPadam
  11. x pernah lg msk ikan yg besor2....agaknya kalau msk ada x org kt umah nk mkn......

    BalasPadam
  12. As'kum Kak Amie cayanggggg... waduhh sha sampai pagi bute ni Kak Amie tengah bermimpi indah agaknya tu.. waduhh ni dah tak tahan dah ni meleleh aje ni.. ni ler bahana jengah tudung saji kengkawan tengah malam ehehe.. dah tu kak Amie ni aje masa yang ada untuk sha BW... muahzz cayang kak Amie..

    BalasPadam
  13. salam kak amie

    mesti sedap kan, terliur tgk

    BalasPadam
  14. ada 40 spesis kak? saya kalau ada ikan ni depan mata mesti ingat ini ikan merah...hahaahha


    sedapnya makan ikan kukus...sukaaaa!!

    BalasPadam
  15. Kasih,
    memang banyak.... dulu tak pandai makan, tapi belajar makan macam-macam jenis ikan dengan mak mentua.

    Cheq Sue,
    ni bayan kurang lawa sikit Cheq Sue, yang hijau biru oreng tu lagi lawa... tapi makan je sebab sedap!

    Asmara,
    Kita berkenalan dengan ikan bayan ye As.

    BalasPadam
  16. Nani,
    ramai juga yang tak berapa pandai makan ikan ni, sebab isinya sangat lembut... nak goreng pun kena hati2 takut pecah! Memang tak banyak di pasaran, kalau adapun beberapa ekor aje Nani.

    Mama Aini,
    ada banyak jenis bayan Mama Aini.

    Cik Manggis,
    ikan kerisi isinya keras sikit dari ikan bayan.

    BalasPadam
  17. Sury,
    ada rupa ikan talapia ye...

    Mieza,
    memang sisiknya tebal tapi lembut dan besar, senang nak tanggal tapi hati2 waktu menyiangnya sebab takut isinya yang lembut tu terkoyak,
    bilalah Mieza nak sampai sini ye Mieza... banyak ikan sedang menunggu Mieza di sini, he he heheh

    FnF,
    memang banyakm pilihan ikan di sini FnF, terpuang kepada kita nak pilih yang mana berkenan di hati...

    BalasPadam
  18. Wani,
    ikan laut ni Wani...

    Myda,
    Amie memang suka mencuba pelbagai jenis makanan termasuk ikan, keluarga Amie pun sama citarasa macam Amie...

    Shahriah,
    waalaikumussalam... kesiannya dia, datang pepagi buta orang tengah mimpi... jadi kena layan dirilah ye he he heh

    BalasPadam
  19. Tina Othman,
    alhamdulillah... memang isi ikan bayan sedap!.

    Quinnie,
    40 spesies ikan bayan tu... yang membezakan antara satu sama lain termasuklah warnanya yang pelbagai, ada bayan macam dalam gambar di atas tu, ada bayan hijau biru dan macam-macam lagi.

    BalasPadam
  20. kak ami legi terrer bab2 ikan ni..
    sy sakat ikan gelemer2 yg slalu naik jeti kenal la..hehe..

    BalasPadam
  21. Tak pernah makan ikan bayan ni...or maybe pernah jumpa tapi tak tahu nama...heehee...lagi pun mmg saya susah kenal nama ikan...

    nampak sedap ikan tu..isi nampak lembut sgt...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe