ADSENSE

Khamis, 26 Julai 2012

Iftar Hari Ke 6 : Soto Ayam

Assalamualaikum.  



Untuk juadah berbuka puasa pada hari ini Amie sediakan Soto Ayam. Oleh sebab tertidur di 'pertengahan jalan' jadi terlewat sedikit menyiapkan juadah ini. Apa pun sebelum waktu berbuka puasa tiba, semuanya sudah siap terhidang di atas meja. Untuk resepi Soto Ayam ini bolehlah klik DI SINI. Namun begitu, Amie tuliskan juga resepinya di bawah ini untuk rujukan rakan-rakan.

Resepi : Soto Ayam
Sumber: Amie's Litte Kitchen

Bahan -bahan:
1 ekor ayam sederhana besar - belah 4
3 kampit ketupat - rebus melebihi 90 minit - angkat, toskan, sejukkan dan potong kiub
1 cawan kacang tanah - goreng
1 mangkuk taugeh - (sebaik-baiknya tunas kacang hijau - buat sendiri lebih baik)
150gram soon - goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup

Bahan tumisan untuk kuah soto:
1 labu bawang besar - kisar
10 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
5cm bonggol pokok sup - kisar
5cm halia - kisar
5 biji buah keras - kisar (pilihan)
1 1/2 sudu lada putih - tumbuk
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga.
3. Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup / kuah yang sedang direnih.



Tidak lengkap rasanya Soto Ayam kalau tidak ada pegedil atau pergedil atau juga orang sebut begedil. Mana satu yang betul ye? Memang inilah satu-satunya bahan sampingan yang Amie suka sangat makan bersama Soto Ayam.

Resepi : Pegedil Kentang

Bahan-bahan:
6 biji kentang - kupas dan potong 8
3 tangkai daun sup - hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/3 sudu lada putih
1/3 cawan udang kering - tumbuk (tak bubuh pun tak apa)
garam / perasa pilihan
1 biji telur
minyak

Cara:
1. Goreng kentang hingga masak dan toskan minyaknya.
2. Lenyek kentang hingga hancur - Amie tumbuk dalam lesung.
4. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, udang kering, dan garam / perasa pilihan.
5. Bulat-bulatkan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit.
6. Pukul telur dan celup begedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya.
7. Gorenglah hingga masak atau berwarna kuning keemasan.




Sepertti biasa, kalau agak terlewat menyiapkan hidangan memang Encik Suami turun padang membantu. Dengan tulangnya yang ringan, akhirnya tersedialah Sambal Kicap sebagai penambah rasa dan penyedap Soto Ayam. Bagaimana pun oleh kerana bukan hasil air tangan Amie, terlupalah pula (macam selalu) untuk ambil gambarnya. Gambar Sambal Kicap di atas ini Amie ambil dari resepi Amie yang lepas.

Resepi : Sambal Kicap

Bahan:
15 biji cili padi
3 biji bawang putih - pilihan
4 sudu kicap manis - Habhals
3 sudu kuah soto
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa - pilihan

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih - jangan terlalu lumat
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan.


11 ulasan:

EmbunRosaliza berkata...

aSSALAM aMIE, TGK MASA KENYANG PUN LEH TERLIUR NI, MCM MANA, SEDAP SANGAT N MERIAH

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie,umah akak hari ni mee bakso kita tukar kuah je tapi rasanya lebih kurang ja kot soto ayam dgn mee bakso nampak sedap sambal Amie tu lagi pedas lagi besttt

Nuwairani Ismail berkata...

soto + pegedil + sambal kicap! memang maveles! kite suke semua tu!

ummiaisyah berkata...

ksatu lagi feberet saya!..bole makan sampai 3 mangkuk tawww!

Rohah berkata...

salam kak, paaaaaling aku sukeeee...tp malas sikit nak buat kalau bukan pada hari rayeee...

FnF Simple Life berkata...

Soto untuk iftar...best nye kak...siap ada begedil tu lagi... kalo saya letak sambal kicap banyak2...baru best

mama sara nur berkata...

selamat berpuasa k.Amie
seronoknya dpt masak2 utk juadah berbuka
emmm sedap, tp kita kena bungkus je nampaknya

eynda berkata...

Sedapnya.... tambah2 ada sambal kicap tu..

Tihara berkata...

saya lak plan nak buat soto raya nanti..best kan makan soto ni :)

Ayu berkata...

Assalam amie,
wah ada soto kat sini..kita semenjak bulan pusa ni belum lagi masak soto..menu wajib juga bulan puasa ni..sedap kita tengok soto amie ni..siap lengkap semuannya ada bagedil..

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie;
Salam Ramadhan;
Sedapnya tak terkata...leh cuba ni...Kak Lin mmg suka soto...