ADSENSE

Rabu, 20 Jun 2012

Wanita Istimewa: 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang

Assalamualaikum teman-teman yang disayangi. Hari ini Amie ingin berkongsi tentang Wanita Istimewa : 5 Gaya Hidup Wanita Cemerlang, tulisan Dr. Karim El-Shazly. Buku ini merupakan pemberian daripada seorang rakan sekerja Amie yang dibeli semasa percutiannya di Terengganu. Rakan Amie ini suka mencadangkan pelbagai bahan bacaan dan sering meminjamkan bukunya untuk Amie baca.


Buku setebal 187 muka surat ini sarat memuatkan tentang kehidupan wanita yang mencapai kecemerlangan dalam hidup. Menurut Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj, dalam tulisannya di belakang kulit buku:

"Saya tertarik melihat bagaimana penulis menghuraikan tentang siapa itu 'wanita berinisiatif' dan 'wanita beremosi'. Contoh-contoh yang diambil juga  meliputi setiap zaman dan tempat, menggambarkan betapa meluas kajian dan penyelidikan oleh seorang penulis yang bertanggungjawab, yang hanya mahu memastikan fakta tepat yang dijadikan bahan analisis agar pembaca beroleh maklumat dan pengetahuan yang segar, bugar dan membangkitkan semangat.

Benar, semangat pembaca pastinya bangkit selepas membaca beberapa helai muka surat dari buku ini. Pembaca akan melalui satu pengalaman dan perjalanan kembara ilmu yang memanfaatkan semua pengetahuan asas yang sememangnya sudah ada dalam diri kita semua, untuk memahami dan menelusuri topik perbincangan mengenai potensi wanita yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya. Pengolahan gaya bahasa dan input daripada al-Quran al-Karim, sunnah serta kata-kata hikmah para sahabat dan ilmuan menambah kemantapan hujah yang diberikan. Rujukan kontemporari yang digunakan menambat perhatian kelompok pembaca yang lebih biasa dengan nama Steven Covey, Tony Buzan dan Steve Chandler agar memilih buku ini sebagai satu lagu bacaan pilihan.

Saya yakin, sekiranya Cinderella pernah membaca buku Wanita Istimewa karangan Dr Karim El-Shazley ini, dia mungkin mampu mengumpul azam dan tekad untuk membebaskan dirinya dari belenggu penindasan dan menuntut hak serta maruahnya sebagai seorang manusia yang diberikan keistimewaannya oleh Tuhan."

Catatan Amie: 
Mungkinkah ada di antara kita merupakan 'Cinderella' yang masih tercari-cari diri sendiri? Dengan membaca buku ini mjudah-mudahan kita mampu mencapai tahap motivasi dan keyakinan yang mantap, dan percaya bahawasanya Allah SWT telah menciptakan kita sebagai manusia yang istimewa, berbakat dan berpotensi

Untuk mengetahui adakah diri kita tergolong dalam Wanita Berinisiatif atau Wanita Beremosi, bolehlah klik WANITA ISTIMEWA. Jom, kita kenali diri kita.

10 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

lama dah xbaca buku motivasi camni..huhu..

ummiross berkata...

Waa kena cari juga buku ni Amie, ummi suka juga spend masa membaca..

Ucu Faridah berkata...

kena cari buku ni...

EmbunRosaliza berkata...

selalunya buku2 yg macam ni tak berapa ramai yg nak baca, kalo novel laju je. Kita ni mmg dh lama tak baca n beli buku2 motivasi nih heheh. Tq amie berkongsi kat sini

Nieza berkata...

Assalam kak Amie, menarik buku ni kak..kalau dok Malaysia dah lama saya cari buku ni.saya suka baca buku motivasi gini:)

zila norazila berkata...

salam kak amie
buku yg baik utk dibaca..sy mmg gemar membaca.

rahel berkata...

Wah..menarik ni..harus dibaca bukunya tu..

Wani berkata...

wani suka kalau buku motivasi camni... thanks kak amie .. sudi kongsi2 dengan kita semua..

Tihara berkata...

mekasih kak mie share info pasal buku ni :)

Nuwairani Ismail berkata...

mcm pernah jumpa dr harlina sebelum ni. rasanya zaman2 belajar di upm dulu. kami ada buat program dengan beliau. sangat humble.