ADSENSE

Sabtu, 2 Jun 2012

Tenggiri Asam Pedas Tempoyak

Jom makan tengahari dengan lauk Tenggiri Asam Pedas Tempoyak. Terpekatlah pula kuahnya! Tak kishlah kan... yang penting sedap! Untuk melihat ikan asam pedas tempoyak yang lain bolehlah selongkar dapur Amie DI SINI


Resepi : Tenggiri Asam Pedas Tempoyak
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri
3 sudu tempoyak 
5 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan - belah 4
3 biji terung - potong 2 & belah 2
1 biji tomato - belah 4
3 cawan air
garam & gula 
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah 
2cm kunyit hidup
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan terung, daun limau purut, bunga kantan dan tempoyak. Biarkan seketika.
3. Masukkan ikan tenggiri. Terus didihkan sehingga ikan masak.
4. Masukkan tomato garam dan gula.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Alhamdulillah... rezeki Allah.

6 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

aduh kat sini ada tmepoyak lah best tu lawan dgn petai kak Noor hahaha mengancam sangat tpi kalau akak masak tempoyak sorang je makan kecuali anak UK balik boleh lah ada geng jadi 2 orang yg lain pandang2 je kalau tempoyak ni kesian kami tkde kawan heeeee

myda_ahmad berkata...

sedap jugak,kalau ptg gini dpt tambah sepinggan 2 nasi utk cover mlm sekali...hihihi..

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik belum pernah masak tenggiri letak tempoyak..sedap ye amie.

rahel berkata...

Selamat sore Bu' Amie..hihihi..cakap Indon kejap ye..ni semua pasal nampak asam pedas ikan tenggiri..pasti enak skali yah..

kasihredha berkata...

tak pernah letak tempoyak dlm asam pedas...tapi sgt suka tempoyak...nanti boleh try

Kunang-Kunang berkata...

Salam Amie,

Kak ani kalau masak asam pedas mesti simpan hingga besok pagi. Selalunya akak lawan kuah asam ni dgn lemping gandum, sedap