ADSENSE

Sabtu, 16 Jun 2012

Sup Biji Teratai & Buah Goji

Hari ini badan rasa melekit semacam, panas dan berpeluh-peluh. Mungkin beberapa hari kebelakangan ini asyik makan makanan berlemak seperti kambing dan daging lembu! Tengahari tadi memang Amie bersama rakan-rakan makan sate daging lembu, sup daging lembu dan lauk-pauk lain berasaskan daging di majlis perkahwinan rakan sekerja kami! Jadi, hidangan malam kami Amie renih seperiuk sup campur. Amie gunakan buah kundur, lobak putih dan lobak merah, cendawan shiitake dan tidak ketinggalan 15 biji teratai dan 15 biji buah goji. Atas permintaan anak-anak, Amie masukkan 15 biji bebola ayam. Sup yang Amie sediakan tidak ditambah dengan lada putih atau lada hitam yang akan menambahkan panas badan! Sup campur begini Amie ambil idea dari pelbagai jenis sup yang biasa Amie makan di rumah kakak ipar Amie. Katanya, campuran sup buah kundur mampu menyejukkan badan. 


Untuk maklumat lanjut tentang biji teratai bolehlah klik DI SINI dan DI SINI, untuk buah goji pula klik DI SINI dan DI SINI.

Resepi : Sup Biji Teratai & Buah Goji
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
15 biji teratai
15 biji buah goji
15 biji bebola ayam
2 mangkuk kecil hirisan kundur
1 batang lobak putih - potong serong
1 batang lobak merah - potog bulat
3 kuntum sendawan shiitake - cuci dan rendam dalam semangkuk air (Amie gunakan air rendaman cendawan shiitake untuk merenihkan sup)
3cm halia - hiris nipis
5 biji bawang putih - pecahkan
garam secukup rasa
1 liter air

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk yang berisi air kecuali bebola ayam. Masukkan sekali air rendaman cendawan shiitake.
2. Gunakan api yang kuat ketika mendidihkan bahan. Kemudian perlahankan api dan tutup periuk.
3. Renih sekurang-kurangnya 1 jam.
4. Masukkan bebola ayam dan garam / perasa pilihan.
5. Hidangkan panas.


Bagi yang tidak biasa makan sup begini mungkin akan terasa kurang keenakannya kerana tidak banyak campuran bahan perasa yang digunakan termasuk lada putih atau lada hitam, namun di sini Amie hanya ingin kongsi khasiat penggunaan bahan-bahan terpilih dalam sup untuk tujuan mengurangkan rasa panas badan. Oleh kerana kami sekeluarga biasa menikmati sup cara masakan begini, jadi memang habis kuah dihirup sehingga keluar peluh di wajah anak-anak. Sekurang-kurangnya hasil menunjukkan ada kelancaran dalam pengaliran darah dalam tubuh. Alhamdulillah.

7 ulasan:

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Komen yang kontot tetapi cukup dalam maksudnya... SEDAP DAN UNIK! <<< dah tu je hehehhe...

aeinio berkata...

sup tu rasa manis buah kundur tu ek amie.. tq 4 the info..

Nuwairani Ismail berkata...

nani pun tak pernah makan sup mcm ni. jumpa pulak kak amie cari bahan2 tu semua. biji teratai, buah goji tu. nani ni tengok pon tak pernah

adyna berkata...

belum pernah makan lagi sup mcm nie..letak fishball anak2 mesti suke.. :)

Amie berkata...

Shahriah,
biasa masak sup begini, ikut gaya ala Cina.

Aeinio,
kundur tak rasa manis Aeinio, khasiatnya saja untuk sejuk badan.

Nani,
banyak dijual di supermarket ni Nani, di pasar pun banyak, terutama peniaga Cina.

Adyna,
memang anak-anak makan fishballnya saja he he he hh

ainnoraini berkata...

Tak pernah lagi mkn sup mcm ni..
Mesti sedapkan amie..

Amie berkata...

Ainoraini,
tidaklah sesedap sup yang biasa kita buat, sebab tak banyak bubuh bahan perencah, hanya garam saja... tapi nak cari khasiatnya untuk sejukkan badan.