Nasi Keluban @ Kerabu

7:42 PTG

Salam petang Jumaat. Petang ini Amie perkenalkan Nasi Keluban @ Kerabu, hidangan tradisi masarakat Jawa. Orang Jawa pun ada Nasi Kerabu tau! Cuma sebutan dan namanya sahaja yang berbeza. Di sesetengah tempat kerabu dipanggil 'kerawu' yang membawa maksud 'gaul'. Setengah tempat lain pula dipanggil keluban. Kerawu dan keluban merupakan hidangan pelbagai jenis sayuran, dan sudah semestinya ada campuran isi buah kencur di dalam sambal yang akan digaul bersama kelapa parut untuk menimbulkan aroma yang membangkitkan selera. Amie kongsikan resepi Nasi Keluban @ Kerabu yang diambil daripada Himpunan Masakan Jawa oleh Suwarsi M. Arukin. Menurut buku tersebut, Nasi Keluban atau Nasi Kerabu biasanya dihidangkan di majlis 'among-among' iaitu meraikan kelahiran bayi yang baru lahir. Kebiasaannya ia dilakukan pada hari ke 36 hingga ke 40 selepas bayi dilahirkan dan diulangi beberapa kali hingga bayi tersebut boleh bercakap. Tradisi ini diamalkan di sesetengah tempat, sebab sepanjang pengalaman hidup Amie, memang selepas membaca buku tersebut, barulah Amie tahu adanya tradisi seperti ini. Kalau di kampung Amie, majlis tersebut disebut 'muputi' atau dalam bahasa Melayunya, majlis cukur jambul. Biasanya Amie temui 'keluban' ini semasa majlis 'mitoni' sempena kandungan ibu berusia 7 bulan. Bahan 'keluban' perlu ada 7 jenis sayur-sayuran, dan ada lagi hidangan iringan termasuk isi ubi-ubian yang direbus sebanyak 7 jenis juga. Amie masih ingat lagi, semasa kecil-kecil dulu, kalau ayahanda dijemput menghadiri kenduri 'mitoni' pada waktu malam, memang seronok benar kami berebut adik-beradik makan 7 jenis ubi seperti ubi kayu, ubi keladi, ubi keledek, ubi ganyong, ubi kentang, termasuklah juga kacang tanah dan ubi-ubi lain yang Amie lupa namanya!


Resepi: Nasi Keluban
Sumber : Himpunan Masakan Jawa - Suwarsi M. Arukin

Bahan-bahan Nasi Keluban:
nasi putih secukupnya - untuk hidangan 3-4 orang
ikan masin bulu ayam - digoreng
ayam goreng - 1 ekor dibelah 4
hirisan timun secukupnya
keluban secukupnya
daun pisang dan talam

Bahan-bahan keluban:
100 gm daun selom - hiris nipis
100 gram daun pegaga - hiris nipis
100 gram kacang panjang - hiris nipis
100 gram pucuk ubi - celur hingga empuk
100 gram taugeh - celur
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus
1 biji kelapa parut - ambil putihnya saja
10 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji bawah merah - dibakar
3 ulas bawang putih - dibakar
3cm belacan - dibakar
3cm ubi cekur - dibakar
1 biji limau nipis / kasturi
garam & gula secukup rasa

Cara:
1. Bersihkan bawang merah, bawang putih dan ubi cekur yang telah dibakar.
2. Tumbuk bersama cili padi, cili merah dan belacan bakar hingga semua bahan lumat.
3.Perahkan jus limau dan gaulkan bersama bahan tumbuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
5. Di dalam bekas lain, campurkan semua jenis sayur dan ulam-ulaman.
6. Tambahkan campuran kelapa parut dan bahan tumbuk tadi. Gaul sebati dengan kelapa parut dan sesuaikan rasanya.



Untuk menghidang Nasi Keluban, sediakan talam atau pinggan besar yang dialas dengan daun pisang secukupnya. Letakkan nasi dan ratakan. Ambil sehelai daun pisang yang telah dibentuk rapi lalu letakkan di atas nasi. Sendukkan keluban dan ratakan. Tambahkan semua bahan-bahan lain dan hidangkan.


Bahan-bahan sampingan yang dihidangkan dalam Nasi Keluban sebenarnya boleh ditokok tambah mengikut kemampuan sesebuah keluarga dalam menyediakannya. Jenis-jenis sayuran atau ulam-ulaman juga boleh dipelbagaikan.

Walaupun tidak seorang daripada anak-anak Amie yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Nasi Keluban, namun sekurang-kurangnya dengan paparan di Amie's Little Kitchen ini akan menjadi rujukan anak cucu pada masa akan datang sekiranya mereka ingin menelurusi susur galur keturunan serta mengenali budaya hidup orang tuanya!


9 comments

  1. Salam kak amie, wah3x, jadi macam pakar makanan jawa sudah ya, siap ada huraian lagi, hehe....tapi mmg nampak sedap menu ni, kerabu tu mmg biasa saya tgk org2 jawa ditawau hidangkan...

    BalasPadam
  2. bagusnya n3 k amie kali ni......nagi yg tak tau cam kami ni..byk bole belajo..uniknya mknn yg ada 7 jenis ubi tu yea...ubi ganyang tu camne kamie?

    BalasPadam
  3. Pulak???orang jawa pun ada nasi kerabu???ingat kan kami org pantai timur je makan nasi kerabu.Tak pe le kita payah gaduh dan berebut nak jadi tuan nasi kerabu ya...macam perang Indon dan Malaysia sekarang kan????

    BalasPadam
  4. As'kum Kak Amie cayangg muahzz sha kiss dulu sebab minta maaf dah lama tak singgah di dapur kak Amie sha busy sekarang ni.. hari ni sha memang dah luangkan masa nak jelajah rumah kawan2..:)))

    Kak Amie sha pernah makan nasi keluban beberapa puluh tahun yang lalu.. masa tu masih kecik... balik ke kampung Arwah Ayah.. ada kenduri masa tu.. memang sedappp!!! sebab nasinya di timbun dan makan dalam dulang ramai2 masa tu sha kecik lagi tapi sampai laa sha masih ingat dan sha selalu cerita kat bonda teringin nak makan nasi keluban.. dah tak dapat dah sekarang ni kak Amie.. hmm.. jamu kat rumah kak Amie ajelah ya...:)

    BalasPadam
  5. saya terliur tengok ayam tu kak..huishh :)

    BalasPadam
  6. salam kak amie..
    saya x pernah dengar nasi keluban...nie 1st time tahu dr blog kak amie ...kalau x sampai bila2 pun x kan tau....thanks yea kak..

    BalasPadam
  7. Salam kak Amie...sedapnye kak...tengok kerabu keluban tuuuu...aduh...i know this is definitely super delicious...terliur....dah la baru bangun pagi tak bekfast lagi nih...ngadap lappy nampak nasik kerabu kak Amie plak...telan ayaq lioq...uhuks...

    BalasPadam
  8. pagi2 dh nmpk pulak ns kerabu jawa.. suka sgt kerabu..nnt kita try pulak ns kerabu stail jawa.. ^_^

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Amie,
    waduh berderet menu yg sedap2, tak terkejar yatie taw...nasi kerabu ni mmng sedap, yatie suka bau cekur/kencur dari kerabu tu..maunya makan bertambah2..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe