Nasi Hue & Kerutuk Kambing

6:57 PTG

Assalamualaikum teman-teman pengunjung tersayang. Amie rasa macam dah lama tak masak nasi beraroma. Tengahari tadi sempat selongkar dapur rakan-rakan blogger masakan, dan akhirnya Amie dapat bawa pulang resepi yang sangat mudah dan ringkas cara penyediaannya iaitu resepi Nasi Hue. Dapur rakan blogger masakan Amie itu pun tidaklah jauh sangat, kira jiran terdekatlah juga walaupun perjalanan ke dapurnya terpaksa memakan jalan lebih 150km! Siapa lagi, kalau bukan rakan blogger kita dari Tawau.... si Rahel yang manis tu bhaaa..., yang hidangannya mantap-mantap belaka hingga berjaya menembusi majalah Jelita! Memang ada kelainannya dalam resepi ini kerana ia menggunakan kombinasi seakan-akan lebih ke arah laut, misalnya ada udang kering dan juga sos ikan! Pada mulanya Amie terfikir untuk menggandingkannya dengan makanan laut seperti udang atau sotong, tapi selera Amie lebih berminat pula untuk memilih haiwan darat iaitu kambing bebiri!


Resepi: Nasi Hue
Sumber: Rahel Masak Apa? daripada Buku Resepi Kompilasi Hidangan Nasi

Bahan-bahan:
250g beras wangi-Rahel guna beras basmati - Amie pun guna berasa basmati
400ml air-Rahel guna air panas
1 sudu makan udang kering-rendam dalam air panas
1 sudu makan bijan-digoreng dahulu
1 tangkai serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu makan minyak sayur-Rahel guna olive oil - Amie pun gunakan olive oil
2 sudu makan pati ayam-yang ni Rahel letak 1 sk aje
2 sudu makan sos ikan-yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam
1 sudu makan serbuk lada hitam-yang ni Rahel letak 1 sk aje
sedikit daun saderi

Cara:
1. Kisar udang kering, serai, bawang merah,bawang putih, cili merah dan gula pasir.
2. Panaskan minyak sayur dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau.
   Masukkan beras dan dikacau rata.
3. Kemudian masukkan air, pati ayam,sos ikan dan lada hitam.
   Gaul rata dan masak hingga nasi kering.Taburkan bijan dan hidang.


Inilah hasilnya Nasi Hue yang sedap itu!


Dan di atas ini tentulah Kerutuk Kambing yang sungguh enak! Amie masak ikut arahan di belakang bungkusan Serbuk Kerutuk Ayam & Daging keluaran ADABI. Oleh kerana rempah tersebut digunakan untuk daging sebanyak 2500 gram, jadi pandai-pandailah Amie buat sukatan sendiri untuk menghasilkan Kerutuk Kambing seberat 700 gram.

Resepi : Kerutuk Kambing
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
700 gram daging kambing bebiri - potong ikut suka
50 gram Sebuk Kerutuk Adabi Ayam / Daging / Kambing
3 sudu makan kerisik
3 cawan santan
3 batang serai - diketuk
gula melaka secukup rasa
asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
air

Bahan A: kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan B: kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3cm halia
1.5cm lengkuas

Cara:
1. Bancuh Rempah Kerutuk Adabi dan Bahan A dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis Bahan B bersama serai hingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan rempah dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kambing, kerisik, santan, pes asam jawa,  gula melaka dan garam secukupnya.
5. Masak sehingga pekat.


Rahel makan kambing ke? Ingatkan malam ni Amie nak hantar sepiring  Nasi Hue & Kerutuk Kambing ke rumah Rahel. Terima kasih banyak-banyak ye Rahel, minta izin dan halal resepi Nasi Huenya. Rakan-rakan yang lain, silalah klik DI SINI untuk menikmati hasil air tangan Rahel yang enak-enak belaka!

29 comments

  1. assalam amie..thanks share resepi yg menggiurkan ni.. :) ehem mama tak bolih mkn daging kambing banyak2 nanti darah up..he2x..nampaknya kena tuykar dgn dging atau ayam..hu2x..

    BalasPadam
  2. asslm Kak Amie...wah sedapnye menu petang ni...tp syg QH xmkn kambing tu..huhu..xpe la mkn nasinye aje la..hehe...

    BalasPadam
  3. Asslm...hmmm... tak tau kena panggil kak atau Amie je. im going to be 32 end this year. Selalu masuk sini ada je makanan sedap2...nyum3x.

    BalasPadam
  4. kak amie! mintak sepiring! nampak sedappppp!

    BalasPadam
  5. wahhhh!!!!!! tun terliur nengok.. tp xleh makan.. kalau termakan daging kambing, sure pening seminggu. hihi

    BalasPadam
  6. Salam kak amie, wah menu nasi pulak sudah, nampak sedap betul...

    BalasPadam
  7. salam Mie..
    sana sini kenkawan buat nasi hue tak boleh jadi ni akak pun kena bekuntau jugak ni kot haha mesti sedap kan, dengan kambing lagi suka tu heee

    BalasPadam
  8. salam amie, bestnya tgk nasi tu diganding dgn kerutuk kambing...ada lg tak? hihihii

    BalasPadam
  9. Salam. kak amie, ini pertama kali saya dgr ttg nasi Hue ni T___T

    adehh, huhu.

    Pasni,boleh la saya cuba memasak bersama ibunda..kami dirumah pun kering idea mau masak apa..hehehe

    BalasPadam
  10. Salam...singgah skejap intai2 nasi hue n kerutuk kambing...mungkin masih ada lagi..bole juga kami singgah menjamu selera..hidangan yang mantop ni..

    BalasPadam
  11. Olala!!!, kerutuk kambing, sedapnya Amie, rasa nak bersimpuh kat dapur Amie ni sambil menikmati nasi hue dan kerutuk kambing...

    BalasPadam
  12. nenek saya dulu selalu buat...tp kerutuk terengganu le :)
    nak minta pun jauhh

    BalasPadam
  13. waduh..nampak menarik dan sedap nasi hue nih..leh try nnti..insyaallah!

    BalasPadam
  14. Slurppppppppppppppppppppp kecur dah ni kak Amie cayang aii... datang memalam bute macam ni.. hadoiii... sedap semuanya!

    BalasPadam
  15. cam biasa kalau ke dapur amie tak pernah tak sedap!

    BalasPadam
  16. uwalah kak, bilalah nak dpt makan mcmni,sy tunggu akak balik Jeramlah ye..nti akak masak, saya serbu..

    BalasPadam
  17. Mama,
    betul tu Mama Aini, makan kambing banyak-banyak nanti tinggi kolesterol..

    Qasey Honey,
    memang ada orang tak makan kambing he he he hehh salah seorang ialah QH hikhikhikkk..

    FnF Simple Life,
    oo adiklah ni, tak kisah nak panggil apa, kakak boleh tak panggil kakak pun boleh ....:)

    BalasPadam
  18. Nani,
    sepiring aje tau, tak boleh lebih... sebab Nani tengah berdiet he he heh

    Puan Ros,
    alhamdulillah.. jom makan sama Kak Ros!

    Tun Telani,
    iye ke... siannya, bahaya ni Tun, baik jangan makan ye Tun.

    BalasPadam
  19. Evelyn,
    lama tak masak nasi beraroma!

    Kak Noor,
    tak sangka pula, Nasi Hue ni sangat mudah, bahannya pun memang ada dalam simpanan dapur kita... aromnya...mmmm mengancam!

    Liza,
    ada lagi... masak lebih sebab tahu memang sedap!

    BalasPadam
  20. Tinta Lama,
    cubalah masak, senang dan sedap! Bau udang kering & serai memenuhi dapur...

    Rahel,
    makasih kongsi idea Nasi Hue...senang & sedap tau Rahel!

    Ummiross,
    Amie pun kesedapan meratah kambing kerutuk ni Ummi... datang Ummi duduk bersimpuh lagi best!

    BalasPadam
  21. Kasih,
    sedapnya kerutuk... Amie tak tahu ni kerutuk negeri mana, ikut saja panduan di belakang bungkusan serbuk kerutuk tu ha ha hahh

    Inahar,
    silakan cuba, senang saja nak masak nasi hue ni.

    Shahriah,
    jom makan sama Sha... dah datang lewat malam terus sahurlah jawabnya ye he he hehh

    BalasPadam
  22. WhiteCappucino,
    alhamdulillah.... terima kasih WC!

    Rohah,
    insya-Allah.... ada umur panjang, murah rezeki bertemulah kita nanti ye Rohah... so nantikanlah kepulangan daku...

    BalasPadam
  23. saya masa tengok rahel buat nasi ni dulu duk salin resepi je..heheheh...bila2 rajin nak cuba juga....sedapnya kambing...suka!!!

    BalasPadam
  24. Sengap-sengap (mungkin masa tengah malam)Ayah nak masak kerutup kambing tu. Tak pernah sesiapa masak kerutup kat rumah ni. Lawan dengan nasi putih saja ok ke, sebab kalau nak masak nasi huenya sekali, mengantuklah Ayah di dapur tu.

    BalasPadam
  25. Quinnie,
    kena cuba buat dik... harum semerbak serai & udang kerig wooo

    Ayah Temuk,
    ooohh kena sengap-sengap ye Ayah, memang sedap tu kerutuk makan dengan nasi putih!

    BalasPadam
  26. Salam Kak Amie..sedap kan nasi ni..ada kelainan sikit dgn rs udang kering & sos ikan..yana dh bt ari tu tp mkn dgn ayam bistik..K.Amie punyer pun gandingan yg mantop jgk nii..kerutuk kambing lg haa ^^

    BalasPadam
  27. ssalam amie..acik belum pernah dengar nama nasi ni..sedap ye amie..teringin jugak nak cuba nanti..

    BalasPadam
  28. Yana,
    betul tu... bila wap naik, aromanya ikut naik sama... bau serainya, bau udang keringnya sekali.

    Acik erna,
    ada kelainan rasa dalam nasi hue ini Acik...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe