ADSENSE

Khamis, 28 Jun 2012

Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum dan selamat malam buat teman-teman pengunjung tersayang. Hari ini dapur Amie tidak berasap, kerana Amie ingin melayan keletihan setelah bersama-sama warga sekolah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Hari ini kami sekeluarga makan KFC sahaja, beli dan bawa pulang. Menu Nasi Goreng Kampung di bawah ini pula merupakan menu tertunggak (kalau tidak silap Amie, menu ini disediakan pada hari Ahad lepas!) Inilah masalah Amie .... kalau menu tertunggak, memang lupa-lupa ingat apa kisahnya dan apa bahannya. Tapi insya-Allah Amie ingat semua bahan yang Amie gunakan.


Resepi : Nasi Goreng Kampung
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan nasi  putih
1 cawan ikan bilis siap digoreng
1 cawan sayur kobis cincang
2 sudu makan cili kisar
3 biji bawang putih cincang
4 biji bawang merah cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
minyak

Bahan hiasan:
telur goreng mata kerbau
bawang goreng
daun sup
cili padi
kacang bendi celur

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah hingga pecah minyak.
2. Masukkan sayur kobis dan gaul rata.
3. Masukkan sos tiram dan sos kicap cair serta nasi putih. Gaul sebati.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis bersama bilis goreng.
5. Gaul seketika. 
6. Angkat dan hidangkan bersama bahan hiasan.



Nasi goreng tidak terhad dimakan sebagai hidangan sarapan sahaja, tetapi boleh dinikmati bila-bila masa! Dan tidak semestinya menunggu ada nasi lebihan atau nasi sejuk saja bartu boleh buat nasi goreng. Betul tak?


Mudah dan ringkas bukan?

11 ulasan:

kasihredha berkata...

banyakna cili api amie:)
sedappppp

Asyifa Mustaffa berkata...

sedapnya kak...

tgk bendi tu...segar semacam jer...sure klau gigit tu krup krap jer bnyinya...!

cili api pnydap tu..tp klau bnyk tu mknnya kak...berassappppp !!! :)

ummiross berkata...

Nasi goreng pon sodap...!!!

mama sara nur berkata...

assalam
wah sedap nasi goreng kampung k.Amie ni, selera nengoknya, siap ulaman tu bestttnya
anak dara sy dua2 hantu nasi goreng kampung

Norzie hany berkata...

Assalam Amie.
Nasi goreng kg mmg fav saya...sedap makan dgn telur mata.

Nuwairani Ismail berkata...

macam tersilap masuk rumah pulak tengah2 malam terjumpa nasi goreng ni. nani suke nasi goreng yang pedas2. kalau tak pedas, mesti nak picit2 cili api macam tu. peh!

whitecappuccino berkata...

td goreng nasi juga

ibundo berkata...

mie, kalau bundo makan, psati akan bundo gigit-gigit cili api tu mie..
sodapp..

myda_ahmad berkata...

sedapnya Kak Amie nasi goreng nie...
ha..ah betul tu kak,bukannya hanya utk sarapan pagi je malah utk lunch pun kadang2 saya buat nasi goreng je...ni dh kes malas hehehe....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

simple dan yang pasti sedap di sukai ramai gituew!!!

quinnie berkata...

aduii sedapnya nasi goreng...saya kalau malas nak masak memang menu nasi goreng le jawabnya..hehehhe