Nasi Ayam Penyet

9:05 PTG

Tengahari tadi  Amie jalan-jalan berkunjung ke rumah Nens Collection, ikuti perkembangan suami adik kita nan seorang ini yang baru keluar hospital. Alhamdulillah, sudah sihat dan Amie pula teruja dengan paparan Ayam Penyet yang Nens makan bersama suaminya di Megamall Kuantan. Bila tengok bekas lauknya, sama pula dengan bekas lauk Ayam Penyet yang pernah Amie makan di Pulau Jawa (masih terasa-rasa kepedasan sambal cabe rawetnya yang menyengat!) Teringat pula sedapnya makan Nasi Ayam Penyet di Tawau, sambil menikmati semilir angin laut! Paling tidak dapat dilupakan, sup yang dihidangkan dibubuh daun selasih @ kemangi! Baunya sungguh membangkitkan selera. Amie temui satu resepi Nasi Ayam Penyet di dapur Wana - Potret Kasih dan terpikat hati ini untuk mencubanya di dapur sendiri. Biasanya Nasi Ayam Penyet yang Amie pernah makan dihidangkan bersama nasi putih, tetapi kali ini Amie hidangkan Nasi Ayam bersama Ayam Penyet! Sebenarnya, Nasi Ayam Penyet yang berasal dari Pulau Jawa ini dinamakan demikian kerana setelah ayam digoreng, ayam tersebut hendaklah diketuk hingga penyet! Itulah kononnya asal-usul nama Nasi Ayam Penyet mendapat nama!


Wana menggandingkan Ayam Penyet bersama nasi biasa, sup, sambal, tauhu dan tempe goreng, ulam-ulaman dan juga serdak @ kremes. Amie pun baru pertama kali dengar adanya resepi serdak @ kremes ini, walaupun sudah makan beberapa Nasi Ayam Penyet tetapi tidak menyedari kehadiran serdak @ kremes dalam hidangan tersebut! Penerangan yang diberikan oleh Wana memang mudah difahami, kerana Wana sendiri yang mengolah resepi Nasi Ayam Penyet tersebut!


Amie memilih untuk memasak Nasi Ayam yang akan dimakan bersama Ayam Penyet. Amie oleh sendiri nasi ini dengan memasak cara kukus menggunakan beras biasa. Amie kongsikan sekali resepinya di bawah ini untuk tatapan bersama.

Resepi : Nasi Ayam
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan beras biasa - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan ayam - panas mendidih
3cm halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1 helai daun pandan - siat-siat dan simpulkan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk pati ayam Tumix

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan air rebusan ayam yang panas mendidih.
5. Masukkan serbuk pati ayam Tumix.
6. Kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
7. Pindahkan beras yang mengering tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.


Sekarang kita sediakan pula bahan untuk lauk-pauk Nasi Ayam tadi. Ketika menyediakan lauk Nasi Ayam penyet ini memang ruang dapur dipenuhi aroma rempah-rempahan yang sungguh enak! Teringat suasana kenduri-kendara di kampung, betapa sibuknya jiran tetangga yang datang rewang membantu menggiling lada dan rempah-rempahan, dicampur garam kunyit serta halia serai! Wangi semerbak!

Minta izin ye Wana supaya Amie boleh kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Resepi :  Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan:
1 ekor ayam  - potong dua dan asingkan bahagian isi dengan yang bukan isi seperti kaki, kepak, leher, tulang dada untuk di buat sup 
1 keping tempe -  dalam paket 
4  keping tauhu
tepung beras  - anggaran untuk tabur pada ayam,tempe dan tauhu goreng 
ulam - saya guna kobis, kacang panjang, timun dll - Amie gunakan timun, daun salad & tomato ceri
Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis kasar
1 sudu teh jintan putih kasar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam - Amie gunakan 2 sudu makan serbuk pati ayam Tumix
Bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan untuk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes.
Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan-bahan di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam yang telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa. - Amie potong bulat sebab tempe di tempat Amie bentuk selinder.


Terlupa nak tangkap gambar Ayam Penyet yang digoreng, gambar di atas ini sudah dipenyet dan dibubuh sambal!
Bahan Sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk -  dipotong- potong
Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih  - di tumbuk
3 ulas bawang merah -  di hiris 
1 biji bawang besar saiz kecil - ditumbuk 
1 inci halia - di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk 
rempah 3 sekawan secukupnya  - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga 
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup - bahan tabur  - Amie gunakan daun kemangi
Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api.



Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air ( saya guna cawan kecil )
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam
Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan-bahan diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis.
Untuk serdak @ kremes Amie gagal menghasilkan yang halus dan cruncy. Hasilnya jadi tebal sebab tak dengar nasihat Wana supaya cairkan adunan dan bubuh sikit-sikit dalam minyak gorengan! Cuba tengok atas tauhu goreng di atas tu, haaa itulah serdak @ kremes yang Amie hasilkan he he he ehhh.



Bahan Sambal



5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi - boleh kurang jika tak suka pedas -
Amie bubuh 7 biji saja
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar  - anggaran 1 1/2 inci 
1 sudu makan garam - Amie kurangkan kepada 1 sudu teh
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!
Paling senang memang sediakan sambalnya, ala-ala sambal belacan gitu... kan Wana.


Terima kasih sekali lagi buat Wana di atas perkongsian hidangan yang lazat ini. Walaupun hasilnya tidaklah sesempurna mana, tapi sekurang-kurangnya Amie telah berkenalan dengan resepi Nasi Ayam Penyet, dan serdak @ kremes!

30 comments

  1. As salam K.Amie,
    sy penah makan kat kedai jer ayam penyet nie...klau nak buat tu...x tau lah...mcm bnyk bhn pulak tu nak membuatnya tu...yg mknnya 2 3 molot jer...hehe...

    BalasPadam
  2. Amie..semenjak balik semenanjung, ummi belum lagi makan nasi ayam penyet.
    Semasa di Kuching, nasi ayam penyet ni lah jadi kegemaran ummi,boleh kata tiap2 minggu akan pergi makan kat satu kedai tu, sebab ayam penyet dan sambalnya tersangatlah sedapnya.Bila nampak sambal amie ni, meleleh2 air liur!, hehe..

    BalasPadam
  3. K.Amie sedap nie best nyer mau sepinggan buley hehheheheh

    BalasPadam
  4. Amie ,kak ros tumpang makan ya.Belum dinner ni..Bismillah....

    BalasPadam
  5. Asyifa,
    waalaikumussalam,
    sekali pandang memang bahannya banyak, tapi bahannya pun mudah didapati, bahan biasa-biasa saja, biasanya ada di dapur he he heh

    Ummiross,
    Amie suka sambal yang tak berapa pedas Ummi, kalau pedas sangat dengan rasa cili padi tu... he he heh terganggu konsentrasi makan nasi ayam penyet jadinya he he heh

    Delima,
    Boleh.... jemput Delima, makan sama.

    Kak Ros,
    Silakan.... nak cuci tangan ke, nak guna sudu garfu he he heh

    BalasPadam
  6. enak mbanget ni..tak pernah buat kak, selalu makan kat Giant Setia Alam , meru je..

    BalasPadam
  7. Hari jumaat ni mmg nak buat nasi ayam penyet ni kak. tq resepinya! hehe..

    BalasPadam
  8. Amie, selama ini tak terbuka hati pun nak cuba masak Ayam Penyet tapi dah tengok gambar gambar dalam blog Amie terus teruja utk mencubanya

    BalasPadam
  9. sedapnya! yang paling spesel tentang nasi ayam penyet ialah sambalnya. memang pedas malatop!

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Amie,
    wallaweiiiii meriah gitewww nasi ayam penyet ni....terliur yg amat sangat ni....minggu depan dtng rumah yatie ya tlng masakan menu mcm ni...sambil masak kita ngobrol2...he3..

    BalasPadam
  11. assalam amie..rajinnya memasak sendiri..respect sgt kat amie..mama tadi baru makan nasi ayam penget kat `harbour place` klang..hu2x menunjuk je kan mama ni..

    BalasPadam
  12. waa..sedapnya nasi n ayam penyet tu kak...mau banyak2 sambal ya..kasi byk cili padinya ya..ehehe..

    BalasPadam
  13. waduh - waduh enak bangat set nasi ayam penyet ni kak...lapar lak rasa perut ni..hehe

    BalasPadam
  14. mesti best resepi kak wana ni..nanti nak cuba lah..:) saya hari tu dah buat nasi ni tapi rasa semacam bila makan dgn nasi ayam..hehehe...

    kawan saya pun kata nasi ayam penyet kat sabah ke sarawak lagi sedap dari kat semenanjung...:)

    BalasPadam
  15. salam Mie.tak dpt disangkal lagi confem sedap sangat ni rasanya confem jugak tak cukup sepinggan heee kalau dpt makan aduiyaiiii berfeluh tu

    BalasPadam
  16. salam Amieeeeeee...atie dtg tadah pinggan ni.Ada lg tak nasi Ayam penyetnya tuh?
    Ramai yg dah dtg kat atas tu...:D

    BalasPadam
  17. ye! ye! ye!
    pepagi lagi arini nens buka blog kak ami..hehehe

    sedapppnyerr..lg menyelerakan tgk cara persembahan kak amie..oo..ayam penyet tu lps goreng dipenyet2 ye..sbb tu nama die ayam penyet...
    sedapppnyerrr...tgk sambal dh teliur..

    mcmtu buat serdak die ye..ala2 serdak goreng pisang gayanye..emmm...bestnye!

    BalasPadam
  18. Kak Amieeee...salam rinduuu..kak amie..mieza posa ni hari ni..tak tahu nak buka posa dengan apa hari ni..nasi ayam ni ada lagi tak? nak kenen sepinggan untuk buka posa petang ni boleh tak kak...plisssss sbb terliur dah ni huwaaaa baru kul 11 pgi nak teingin..dugaan org berpuasa huhuhuu

    BalasPadam
  19. Assalam amie, sungguh menarik dan teramat2 mengoda nasi ayam penyet ni, dulu nak juga cuba, bila tgk resipi tak ada sup pulak, jadi sampai la ni tak cuba2 juga.

    Kali ini bila tgk amie siap semua set nasi ayam penyet ni sangat mengamit2 utk mencuba, nampak sedap sanagt, yg best ada resipi serdak sekali. insyallah nak juga cuba ni

    BalasPadam
  20. Salam Kak Amie..yana xleh tenung lama2 set nasi ayam penyet tersebut..ari ni puasa..mmg sgt menyelerakan.. hihii

    BalasPadam
  21. yeah yeah my fav jugak
    mau plak sambal dia yang pedas tue khen...mmmg malatopppp sgt
    but x biasa lg makan kat kedai so tataw rasa sebenar mcm mana...asyik makan yg masak sendiri jer....ingat hari ni nak buat nasik ayam penyet gak but tekak ni sakit plak so cancel buat nasik ayam ipoh jer ngeeee...x blh mkn pedas2 selagik x baik tekak ni uwaaaaa!!

    BalasPadam
  22. Bila lihat hidangan ayam penyet Amie tu, mudah sangat jadi terpenyet azam berdiet!

    Isteri Ayah pernah bertanya, mengapa ayam dipenyet? Ayah kata, sebab dalam cerita asalnya, ayam si keluarga tu tak cukup. Bila dipenyet nampak "lebar", kemudian barulah dipotong-potong.

    Kalau guna ayam kampung tentu sukar untuk memenyetnya, kan?

    BalasPadam
  23. Rohah,
    aku ken buat sendiri, nang keney tak ada dijual, kecuali kalau pergi Tawau... adohnya...

    Asmara,
    selamat bernasi ayam penyet As... enaknya!

    Azie,
    sebenarnya Amie terpikat sungguh dengan aroma bahan pemerap ayam penyet tu!

    BalasPadam
  24. Nani,
    Kak Amie kurangkan cili padi sebab kerana terlalu pedas, boleh hilang selera nak makan banyhak he he he ehhh

    Yatie,
    boleh sangat Yatie... nanti Amie datang tapi Amie tak lulus lagi bab buat serdak @ kremes tu...hu hu huuu

    Mama Aini,
    seronoknya, Amie pun kalau ada restoran yang jual nasi ayam penyet di sini, malas nak masak ha ha ahh

    BalasPadam
  25. Rahel,
    kuatnya lu makan pedas! Adeeeiii deeiii...

    Nieza,
    alhamdulillah... jadilah seadanya Nieza, masaknya pun gaya lipas kudung.

    Quinnie,
    memang nasi ayam penyet biasanya makan dengan nasi biasa tapi kakak saja buat nasi ayam.

    BalasPadam
  26. Kak Noor,
    he he hehh jom kak kita pulun sama-sama!

    Atie,
    nanti Amie masak lagi ye Atie... dah habis ni sayang!

    Nens,
    terima kasih cetuskan idea nak masak nasi ayam penyet, serdak tu kak Amie tak lulus lagi laaa...

    BalasPadam
  27. Mieza sayangggg,
    selamat berpuasa, buat Nasi Ayam Penyet ni sebenarnya tak susah mana, guna nasi biasa aje, cuma ayam tu nak goreng, dipenyet, sedia sambal dengan tempe tauhu dan ulam-ulam he he he ehh

    Rosa,
    silakan cuba... mesti harum dapur dengan roma bahan pemerap tu! Supnya biasa aje macam sup ayam juga...

    Yana,
    Selamat berpuasa Yana. Memang tenunglama-lama nanti terliur pulak yea...

    BalasPadam
  28. Ayu,
    kak Amie guna lebih cili merah berbanding cili padi, tak tahan pedas cili padi...

    Ayah Temuk,
    boleh gunakan ayam kampung, sebab di Pulau Jawa memang hidangan ayam penyetnya dari ayam kampung, tidaklah keras ayam tu ayah.

    BalasPadam
  29. salam kak amie....
    hari ni nk try resepi akak untuk ifttar... mohon share resepi di blog saye yer....

    BalasPadam
  30. Join yuk di KENARI POKER.
    Tunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di KENARIPOKER .COM
    - Minimal Deposit 15.000
    - Bonus New Member 20.000
    - Bonus Next Deposit 20%

    Contact Person :
    WA : +855 7863 3569

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe