Murtabak Maggie Mini

8:17 PG

Antara menu dari Amie's Little Kitchen yang sedang berbaris menunggu giliran dihidangkan ialah Murtabak Maggie Mini. Minggu lepas jalan-jalan lagi ke dapur kawan-kawan dan terjumpalah Murtabak Maggie 15 Minit Siap - Shahriah Masterchef. Terima kasih Shahriah kerana beri idea untuk buat murtabak! Sebenarnya lama sangat Amie tak buat murtabak maggie yang suatu ketika dahulu (zaman bujang) sangat kami gemari hingga dibawa ke sekolah dan makan bersama-sama rakan di bilik guru! Untuk mengembalikan nostalgia lalu yang penuh dengan kenangan manis (terutama makan bersama rfakan-rakan yang sudah berpindah dan entah di mana mereka berada kini), Amie sediakan hidangan Murtabak Maggie Mini untuk sarapan pagi anak-anak menggunakan resepi pertama yang Amie pelajari melalui seorang rakan, Mahani Awang! Terima kasih Cikgu Mahani (juga tidak tahu kini berada di mana), kerana memenuhi keinginan kami untuk makan murtabak. Al-maklum, zaman 1990-an, di Lahad Datu tidak banyak kedai makan, jadi memang kalau ada sedikit kepakaran memasak, dan rajin bawa hasil masakan ke tempat kerja, alamatnya akan dihurunglah meja guru terbabit!


Resepi : Murtabak Maggie Mini
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 bungkus maggie kari - celur mee sehingga kembang dan toskan airnya
7 biji telur - pukul ringan
1 cawan mix - vege
10 biji udang basah - bersihkan, buang kulit dan cincang kasar
1 labu bawang besar - cincang 
mentega

Cara:
1. Masukkan mee ke dalam mangkuk besar.  Campurkan mix-vege, udang cincang dan perendah maggie kari. Amie masukkan 3 paket perencah.
2. Masukkan separuh telur yang sudah dipukul ringan ke dalam adunan mee dan gaul rata.
3. Panaskan kuali kecil dan masukkan sedikit mentega sehingga cair.
4. Masukkan adunan mee maggie ke dalam kuali.
5. Ambil telur pukul lebihan tadi dan tutup permukaan murtabak maggie di dalam kuali dengan menggunakan 3-4 sudu telur.
6. Panaskan kuali lain dan masukkan sedikit mentega sehingga cair.
7. Apabila murtabak maggie masak di bahagian bawahnya, pindah telangkupkan di dalam kuali yang baru dipanaskan tadi.
8. Biarkan seketika sehingga murtabak maggie mini masak.
9. Angkat dan hidangkan panas.
10. Jika suka, boleh dihidangkan berfsama sos pilihan.


Amie dapat menghasilkan 7 keping Murtabak Maggie Mini dengan menggunakan 3 bungkus mee maggie kari. Gambar di atas merupakan bahagian permukaan Murtabak Maggie Mini.


Murtabak Maggie Mini bahagian dilihat dari bahagian bawah. 



Jom sarapan dengan sekeping Murtabak Maggie Mini yang comel ini!

Walau di mana kau berada Cikgu Mahani Awang, Amie sentiasa doakan agar sentiasa berbahagia bersama suami dan keluarga tercinta. Kenangan bersamamu tetap dalam ingatan terutama masakan ikan kembung tempoyak yang kau hasilkan dan kita sama-sama makan di bilik guru!

18 comments

  1. as-salam kak Amie
    Amboi!!! sedapnye..pagi2 dah dihidangkan dgn murtabak maggie..lagi sedap kalau dapat rasa...

    BalasPadam
  2. sedapnya kak amie.. comey2nya murtabak akak, nmpk sama saiz je, mcm pakai acuan gitu..:) nt sy cuba, kita tgk camne plak rupanya..:)

    BalasPadam
  3. sy ade sekali jumpa murtabak megi..mula2 mcm pelik..rupanye mmg ade..hehe..

    nampak sedapp sgt..tetiba rs ramadhan dh hampir tiba..;)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Amie,
    waduhhhh pepagi tayang murtabak maggie..buat perutku berlagu rianglahhhhh...lapar yg amat sangat ni....nak buat dari aritu, tapi tak terbuat2...nak cepat makan maggie kari berkuah jek...he3..

    BalasPadam
  5. sedap plak nmpak murtabak maggi ni kat sini kak amie. nak buat jugaklah... kempunan dah tekak ni!

    BalasPadam
  6. salam Mie
    alahai time puasa ni ada murtabak maggi lah oleh lah try petang nnt heee menariksss dan dah tertariksss ni

    BalasPadam
  7. Amie, datang sarapan murtabak maggi ni, sedap, smoothie pun dah abih segelas, ummi balik dulu ye,hehe..sopan je datang makan kat dapur Amie.

    BalasPadam
  8. assalam kak Amie..comey jer mertabak megi ni size pancake gitew..sedap ni wat minum petang

    BalasPadam
  9. sedapnya...dulu masa bujang selalu jugak buat...dah kawen ni tak pernah teringat pulak nak buat...huhu...


    ingat nak buat lah nnt..
    tengs kak!!

    BalasPadam
  10. salam kak amie cyg..dh lama zila x buat...aritu si sha show kt blog..mggamit memori btl..sebb dh berzaman x mkn ..he hehee kasi sikit kt kita kak:)

    BalasPadam
  11. Assalam Amie...sedap jek nampak murtabak maggie ni...anak2 akak pun suka nih! Mood R ada, tp kerajinan nak masak2 xda lgk...hehe

    BalasPadam
  12. Ady,
    waalaikumussalam... makan ramai-ramai sedap ni Ady.

    Puan Hazel,
    pakai kuali kecik.

    Nens,
    mula-mula pun kak Amie rasa pelik juga.

    BalasPadam
  13. Yatie,
    waalaikumussalam...
    memang sedap Yatie, anak-anak tak sabar makan, angkat dari kuali terus dingap!

    Izan,
    senang aje buatnya ye Izan...

    Zurina,
    silakan, mudah saja dan memang sedap!

    BalasPadam
  14. Kak Noor,
    inilah kenangan pilihan terakhir nak makan murtabak tapi tak ada murtabak original masa tu. Silakan Kak Noor & selamat berbuka...

    Ummi,
    he he hhh dah terpejam-pejam hirup smoothie, makan murtabak maggie pulak ye Ummi... elok-elok jalan pulang ye Ummi.

    Lina,
    betul tu macam pancake, dulu selalu buat besar sebab makan berdua dengan suami, sekarang kena buat kecik-kecik sebab kena bagi sama rata dengan anak-anak he he heh

    BalasPadam
  15. Wahida,
    seronok buat murtabak maggie ni dengan syarat ada tukang makannya he he heh

    Zila,
    nasib baiklah Shahriah tayang murtabak siap 15 minit dia, kalau tak memang dah lupa terus murtabak special yang pernah digilai zaman remaja dulu!

    Ummi,
    waalaikumussalam... tak apa, nanti datang kerajinan, jadi juga tu.

    BalasPadam
  16. As'kum Kak Amie cayang waduhhh terima kasih kerana mentioned nama sha lagi ya kak Amie.. cayang dia sangat sangat... waduhh versi murtabak kak Amie ni lagi menarik!! cantik.. i like.. muahzzz cayang kak amie.. :))

    BalasPadam
  17. Shahriah,
    waalaikumussalam... terima kasih banyak2 sebab Sha selalu kongsi idea masak yang keratif!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe