ADSENSE

Ahad, 10 Jun 2012

Karipap Pusing Sedap

Jom minum petang! Amie buat karipap pusing lagi atas permintaan anak-anak. Alhamdulillah, menjadi dan semakin rangup pula kulitnya. Amie tambah sedikit vegetable shortening dalam adunan doh bahagian dalam seperti yang Ika buat. Untuk intinya pula Amie gunakan ubi kentang bersama udang kering. Untuk langkah demi langkah secara lebih lanjut bolehlah klik ke Dapur Ika di Bangkok DI SINI.


Jom kita semak resepi karipap Pusing DI SINI.

Resepi : Karipap Pusing
Sumber : Cita Rasa Kuih-Muih Satu Malaysia

Bahan A (kulit luar):
350 gram tepung gandum
180 gram air
30 gram marjerin
sedikit garam
2 sudu teh gula

Bahan B (kulit dalam - digaul sebati):
150 gram tepung gandum
100 gram mentega

Bahan C (inti):
150 gram daging ayam - potong kecil bentuk dadu - Amie gantikan dengan 1/2 cawan udang kering - rendam, dan tumbuk kasar
4 biji ubi kentang  - potong kecil bentuk dadu
2 sudu besar rempah kari
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 biji bawang besar - dipotong dadu
gula / garam / perasa pilihan
air secukupnya
4 sudu besar minyak masak

Cara:
1. Sediakan inti. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan bawang besar, rempah kari, ubi kentang dan air secukupnya.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk dan kuahnya kering. Angkat dan ketepikan.
4. Campurkan Bahan A kecuali air. Tuangkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Biarkan selama 20 minit.
5. Bahagiakan doh kepada 9 bahagian.
6. Adunan Bahan B yang telah diuli juga dibahagikan kepada 9 bahagian.
7. Doh dibuat bebola kecil dan setiap bebola Bahan B dibalut degan bebola Bahan A yang telah dileperkan terlebih dahulu.
8. Leperkan bebola doh dan canaikan memanjang dan gulung.
9. Kemudian canai lagi dan gulung sekali lagi.
10. Setelah digulung, potong kepada 4 bahagian.
11. Leperkan doh dan canai menjadi bulat / lonjong sedikit.
12. Masukkan inti, tutup lipatan dan buat kelim di tepinya.
13. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keemasan.




Jom makan Karipap Pusing yang sedap dan rangup ni!

15 ulasan:

eiramalik berkata...

sedapnya kak amie karipap pusing, ira x penah buat lagi..sbb tgk mcm rumit jekk nak buat...nnt nak cuba jugaklah.

mama sara nur berkata...

nak nak 5 ketul he he sedap ni k.Amie petang2 gini lapo

Delima Zamrud berkata...

my pebret nie best nyer kalau dpt bang 2 ketul :D

Qasey Honey berkata...

sedapnye..panas2 lagi..nk pusing2 jugak la kt tepi pinggan tu...nk curik bwk blik 5 ketuiii...hehehe

Nuwairani Ismail berkata...

kalau nani buat ni, berpeluh2 ha nak perabihkan 1 adunan. agak lama jugak x buat karipap sebenarnya.

whitecappuccino berkata...

karipap pusing memang sedap!

ummiaisyah berkata...

laponya tgk karipap!11 nk 10 ketul!

Liza berkata...

fuhhhh, karipap pusing mmg best...ada lagi tak? hihihihhi

Subhie Arun berkata...

sedanya karipap pusing amie...frst time kat blog amie...kemad n cantik...

hapi following u!

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Amie berkata...

Eira,
mula2 sebelum pernah buat memang rasa macam rumit, tapi bila dah tahu teknik, senang aje Eira.

Mama Sara Nur,
silakan Mama Sara... banyak ni...

Delima Zamrud,
cukup ke 2 ketul he he heh ambil lebih2 Delima.

Amie berkata...

Qasey,
boleh.. ambillah cayang QH...

Nani,
seronok buatnya Nani... lagilah kalau menjadi, rangup pula tu...

WhiteCappucino,
sedap luar dan dalam ye WC.

Amie berkata...

Ummiaisyah,
ada banyak tu...ambillah.

Liza,
ada lagi, memang sengaja buat lebih.

Subhie,
terima kasih sudi singgah dapur Amie.

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Assalammualaikum.. wah kak Amie terbaik ni.. semakin cantik dan kemas hasilnya.. betullah kan kalau kita rajin mencuba pasti hasilnya cantik!! sedap pun yaa tu.. bilalah nak cuba ni Pak Habibi punya fav ni..

Amie berkata...

Shahriah,
waalaikumussalam,
seronok bila nampak hasilnya menjadi... anak2 pun puas makan! Buatkan untuk Pak Habibi TembamBOM tu Sha... jangan tak buat ha ha ahh

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Amie,kak ros tak pernah buat karipap pusing.Entah bila nak cuba buat.