ADSENSE

Jumaat, 8 Jun 2012

Jus Buah Habiu

Salam petang Jumaat. Cuaca agak panas. Kurang selera untuk makan. Jom kita nikmati segelas Jus Buah Habiu.


Mungkin ada yang tidak kenal buah habiu. Baunya macam bau buah ciku. Bijinya pun macam biji ciku juga, tapi saiznya besar sedikit. Boleh klik DI SINI untuk melihat gambar buah habiu dengan lebih jelas. 



Jom minum segelas untuk menghilangkan dahaga. Cara penyediaannya mudah sahaja. Lihat resepi di bawah.

Resepi : Jus Buah Habiu
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji buah habiu - kupas kulit dan buang biji - belah 6
2 sudu gula pasir (boleh gantikan dengan madu)
400ml air
1 sudu teh jus limau nipis

Cara:
1. Kisar buah habiu bersama air dan gula hingga hancur.
2. Masukkan jus limau nipis dan kacau sebati.
3. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Masukan ketulan ais.
5. Sedia untuk dinikmati.

6 ulasan:

wanie berkata...

nak rasa gak,mesti sedap tu....x pernah tgok buah ni..

wanie berkata...

sedap2 tu,,x pernah tgok buah ni..nak rasa jugak...

hazila berkata...

Salam kak amie,

First time dengar buah Habiu ni.

~~zana@pb~~ berkata...

Menarik ni, tak pernah dengar pun.....sdp eh?

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..1st dgr n tgk buah nii..mst sedap klu rsnya mcm buah ciku..segarnya rasanya klu dpt minum jus ^_^

mama aini berkata...

ehem mama tak pernah dengar tentang buah ni !! ..hu2x..