ADSENSE

Selasa, 26 Jun 2012

Jeli Soya Gula Melaka

Selamat petang dan selamat berbuka puasa kepada yang akan menghadapi juadah berbuka sebentar lagi. Petang ini Amie kongsikan Jeli Soya Gula Melaka. Amie gunakan minuman kacang soya dan juga gula melaka. Minta maaf sebab Amie tersilap tulis dalam gambar di bawah... sebenarnya Gula Melaka dan bukannya Gula Merah!


Jom santai-santai sambil menyudu Jeli Soya Gula Melaka di tepi jendela dapur. Hari sudah menjelang petang, matahari pun sudah condong ke ufuk untuk kembali ke tempat peraduannya. Untuk yang berpuasa pada hari ini, dipersilakan ambil segelas seorang Jeli Soya Gula Melaka sebelum tingkap ditutup.


Kegelapan akan menyelubungi alam sebentar lagi. Sebelum matahari terbenam, baiklah Amie kongsikan dahulu resepi Jeli Soya Gula Melaka seperti di bawah ini.

Resepi : Jeli Soya Gula Melaka
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan A:
2 gelas air minuman kacang soya / 400ml
4 gram serbuk jeli

Bahan B:
2 gelas air / 400ml
100 gram gula melaka / ikut kemanisan yang diingini
4 gram serbuk jeli

Bahan C:
1 gelas minuman kacang soya / 200ml air
2 gram serbuk jeli

Cara:
1. Bahan A: Didihkan air kacang soya. Masukkan serbuk jeli sedikit demi sedikit dan kacau hingga larut. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan di dalam peti sejuk bahagian beku selama beberapa minit. Sementara itu boleh sediakan untuk Bahan B pula.
2. Bahan B: Didihkan air bersama gula melaka. (Jika takut ada sampah gula, boleh tapis air gula melaka tadi dan didihkan semula). Masukkan serbuk jeli sedikit demi sedikit dan kacau hingga larut. Keluarkan acuan Bahan A dari peti sejuk dan tuangkan Bahan B ke atas Bahan A tadi. Masukkan semula ke dalam peti sejuk. Langkah seterusnya ialah menyediakan Bahan C.
3. Bahan C: Didihkan air kacang soya. Masukkan serbuk jeli sedikit demi sedikit dan kacau hingga larut. Keluarkan acuan Bahan A dan Bahan B dari peti sejuk dan tuangkan Bahan C ke atasnya. Masukkan semula ke dalam peti sejuk bahagian bawah.
4. Setelah beku bolehlah dinikmati.



Kita buka tingkap luas sedikit supaya cahaya matahari yang hanya tinggal serpihan itu dapat memancarkan cahaya petangnya yang terakhir pada hari ini di penjuru ruang dapur Amie's Little Kitchen.


Demikianlah kisahnya tentang pembikinan  Jeli Soya Gula Melaka Amie pada petang ini......

14 ulasan:

KhaiRin : anies berkata...

simple nyer..nk try la

ummiross berkata...

Amie..ummi memang suka dessert macam ni, tengok pun dah rasa sejuk tekak.Nanti boleh try buat ni..

Acik Erna berkata...

assalam amie..acik memng tak boleh tahan la bila kemri..gambar2 masakan amie..sungguh cantik dan menarik

EmbunRosaliza berkata...

assalam amie, sungguh sedap n nyaman tgk jeli soya gula melaka ni, best mkn sejuk2

Melly Octaviana berkata...

Kak Amie..cocok banget nih di cuaca yg panas gini, di makan dingin2 pasti enak khan.. btw memang gula melaka sama gula merah lain kah..? melly ingat sama .. hehe

rahel berkata...

Kak Amie..
macam tau2 jak yang gue tengah haus..maklum la di tawau ni cuaca panas banget..jadi elok menikmati jelly soya..pastinya nyaman banget..

Amie berkata...

Khairin.
memang simple, boleh cuba... pasti tidak mengecewakan!

Ummiross,
boleh cuba Ummi..mudah sangat ni.

Acik Erna,
terima kasih Acik... gambar di rembang sore he he ehh

Amie berkata...

Rosa,
waalaikumussalam... memang sedap makan sejuk-sejuk ni Rosa...slurrppp!

Melly,
memang ada beza antara gula merah dengan gula melaka Melly, gula melaka biasanya dibuat daripada manisan kelapa atai nira kelapa yang dimasak hingga pekat dan apabila seju ia akan beku,gula merah pula diproses daripada tebu dan agak berpasir.

Rahel,
memang gue tahu di Tawau panas... ayok nikmati jelinya...ambil satu gelas jak yah.

Tihara berkata...

cantiknya gambo kak..kretif...desert pun sedap n simple :)

mama sara nur berkata...

assalam
sy suka ni , nak lg wat berbuka puasa, sejuk je tekak he he
sedapnya k.Amie, bak mai sini sikit ye he he

Bicara Kak Noor berkata...

aduh haus nya ni Mie walaupun dah buka puasa tadi ni tengok air soya ni terus tekak ni minta diisi...nak try jugak tpi kena tunggu hari yg tak busy lah

ummiaisyah berkata...

tok..tok..tok...ada org ketuk tingkap memalam ni...hulur la gelas tu!

Amie berkata...

Tihara,
gambar kat tepi tingkap dapur berhabuk he he hehh

Mama Sara Nur,
waalaikumussalam.. boleh, ambil segelas ye...

Kak Noor,
macam main masak-masak je buat ni petang tadi he he heheh

Ummuaisyah,
ye ye yeyy tunggu jap Amie datang buka pintu, ke tingkap dapur nak hulur segelas jeli he he heh

mama aini berkata...

ehem bestnya..mama nak try juga..thanks.. :)