Butter Fruit Cake Loaf

7:02 PTG

Salam petang Selasa. 



Sewaktu Amie pulang dari sekolah, Amie dapati paip air tidak mengalir. Amie telefon Encik Suami. Encik Suami suruh periksa meter air di depan rumah. Mungkin ada seseorang yang menutup kepala paip di situ. Amie telefon sekali lagi, dan Amie kata kepala meter seperti biasa. Jabatan Bekalan Air potong airkah? Kata Encik suami, minggu lepas Encik Suami sudah bayar. Encik Suami tanya lagi, ada besi penutupkah pada meter air. Amie kata, ada dan  memang bekalan air kena potong. Amie pun meninggalkan rumah untuk mengambil si bongsu dari sekolah. Semasa melintasi rumah jiran-jiran dan kawasan persekitaran yang lain Amie perhatikan bentuk meter di setiap rumah sama dengan yang di rumah kami. Tiba di kawasan lampu isyarat Encik Suami telefon lagi. Tanyanya lagi, adakah meter air ditutup dengan besi? Amie kata... tidak tahu tapi Amie lihat banyak rumah di sekitar kena potong bekalan air. Encik Suami tanya lagi, macamana Amie tahu bekalan air kena potong? Amie jawab.... entahlah! Memang betullah Amie..... bekalan air kena potong atau tidak pun Amie tak tahu! Apa Encik Suami kata? Rupnya Encik Suami baru saja menelefon Jabatan Bekalan Air dan bertanya adakah bekalan air di rumah kami dipotong? Jawapannya.... hari ini tidak ada operasi pemotongan bekalan air. Rupanya, ada kebocoran paip besar di taman perumahan kami. Dan satu lagi, menjelang senja ketika Encik Suami sampai ke rumah, cerita bersambung kembali.... Encik Suami rupanya bertanya kepada Jabatan Bekalan Air, bil setakat RM34 pun kena potong tanpa notiskah? Itu pun sudah dibayar minggu lepas. Alamak... baran juga Encik Suami. Tapi kata Encik Suami, setelah diterangkan masalah sebenar, Encik Suami meminta maaf kepada orang JBA. Semuanya gara-gara Amie yang memang buta dalam banyak hal.... 
Aktiviti masak tertangguh buat seketika, kita nikmati dulu Butter Fruit Cake Loaf pemberian seorang teman sewaktu kami berkunjung ke rumahnya di Kota Kinabalu tempohari. Katanya kek ini tahan lama tapi Amie tidak tahu berapa tempoh masanya. Sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini pada kek yang lembut dan lembap ini, baiklah Amie abadikan bersama di sini.


Nampaknya Amie pun kena cuba buat sendiri kek yang sangat sedap ni!



Jom santai-santai minum petang sambil menunggu paip rosak dibaiki semula!

15 comments

  1. amie.. x tahan tengok wp sebelah mata ni.. geram sangat kat kek tu

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. As'kum Kak Amie cayang waduhh memang meriah kek tu.. penuh isinya.. dapat sepotong jadilah.. wahhh air tak de.. hehehee... mujur dah ada..:))

    BalasPadam
  4. asslm Kak Amie...wah nmpk sedap kek buah tu disamping bunga ros segar tu...mnarik...

    BalasPadam
  5. Amie,kak ros kalau tengok kek buah mesti ingat xmas...hihihi..

    BalasPadam
  6. paip dah ok?
    sedapnya...my husband suka sgt kek ni

    BalasPadam
  7. Norlie,
    belum pandai buat ni...nak kena belajar!

    Shahriah,
    memang meriah Sha, enak, gebu lembut!

    Qasey Honey,
    gara2 tak ada air paip ni... tu gatal tangan ambil gambar bunga ros ha ha hahh

    Puan Ros,
    oooh banyak ye waktu x'mas kak Ros.

    Kasih,
    ok... malam menjelma, air paip pun keluar he he hehh

    BalasPadam
  8. Evelyn,
    kek buatan orang memang sedap he he eh hh

    BalasPadam
  9. Baru nak puji cantik elok je kek buah tu, ingatkan amie yg buat rupa2nya pemberian kwn. sedapnya

    BalasPadam
  10. Rosa,
    he he hehhh... belum dapat pujian pun dah dapat motivasi ni Rosa.. nak cuba buatlah, nanti Rosa puji2 lagi ye he he hehhh

    BalasPadam
  11. hmm sedapnya, mintak Amie, kuih sepotong, ummi mau makan kerna perut kosong..lalalala...

    BalasPadam
  12. kalau bab kek buah ni memang nani surrender awal2 la...takde bakat langsung nak buat ni...

    BalasPadam
  13. ehem cepatnya diaorg memotong belakan air tu..hu2x..untung amie ada ramai kawan..nampak sedap kek tu..

    BalasPadam
  14. Ummiross,
    Amie makan berpotong-potong sebab taklah manis sangat... tak cukup sepotong tau.

    Nani,
    rasanya kek buah lagi senang buat he he he tak tahulah ye, belum pernah buat tapi selalu makan.

    Mama Aini,
    tak dipotong sebenarnya... he he heh salam faham & salam pandang!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe