Ayam Masak Semur

7:52 PTG

Ayam Masak Semur merupakan salah satu hidangan pilihan dalam majlis kenduri-kendara masyarakat Jawa. Resepi ini juga boleh digandingkan dalam pelbagai lauk-pauk untuk nasi ambeng. Menurut Wikipedia bahasa Indonesia, semur berasal dari bahasa Belanda iaitu "Smoor"  yang bererti masakan tersebut direbus bersama tomato dan bawang secara perlahan-lahan. "Smoor" dalam bahasa Belanda juga bermaksud 'braising' atau teknik memasak dengan cara merebus lama sehingga daging menjadi empuk. Interaksi antara Belanda dan Indonesia, serta pertembungan budaya akibat penjajahan dan perdagangan akhirnya menjadikan "Smoor" sebagai "Semur"  dengan paduan citarasa dan rempah-rempahan tempatan. "Smoor" yang pada mulanya hanya olahan daging lembu telah bertukar kepada penggunaan daging kambing, ayam, itik, telur, tahu, tempe, terung dan sebgainya. Banyak cara olahan mengikut citarasa masing-masing suku kaum. Kali ini Amie kongsikan Ayam Masak Semur yang biasa diolah oleh bonda, dan juga orang kampung kami di Bukit Hijau!


Resepi : Ayam Masak Semur
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
6 sudu kicap pekat
2 cawan air
4 biji kentang - kupas dan belah 4 - goreng hingga masak
1 sudu besar lada putih - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
7 biji bawang merah - tumbuk
3cm halia - hiris halus
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung
garam & gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Lumurkan daging ayam dengan sedikit garam. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan kicap, pati asam jawa dan air. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan daging ayam, lada putih garam dan gula secukup rasa. Tutup kuali sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan kentang goreng dan jika suka, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata.
7. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.


15 comments

  1. assalam amie..boleh cuba ni amie..terima kasih kongsi resepi ye.

    BalasPadam
  2. Salam sis..excitednye nmpk menu nih..actually kt kmpung sy pun mest msak semur ni utk ambeng..mmg sedap! Lain skit la version nye..hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualikum Kak Amie Apa Khabar?
    Ani singgah ni.. Sedap resepi tu insyaallah Ani cuba nanti.. trima kasih ya resepinya..

    BalasPadam
  4. assalam amie..thanks share macam2 resepi kat blog amie ni..pandainya amie memasak kan !!!..

    BalasPadam
  5. Kita bukan org jawa tapi tetap suka nasi ambeng....Ayam ni ...enak nampaknya

    BalasPadam
  6. kalau dulu2 kt kg kitorg mmg guna perkataan ni,tp skrg dh janggal pulak nk gunakan,, dh dok bandar sebut lain pulak ,hihihi....

    BalasPadam
  7. aslmkum amie..apa kbr.. mkn dgn nasi panas sedap ni.. masakan jawa mmg fav..

    BalasPadam
  8. salam Mie,amboi bersumur ke sekali pandang macam masak kicap ek,tapi bila baca bahan baru sedar bukan,dan pasti nya akan dicuba tunggu anak2 request masa kicap akak buat yg ni nak tengok diaroang nak cakap apa heehe

    BalasPadam
  9. Selamat pagi Kak Amie...
    wah..bole makan banyak nasi la ni..sedap sangat lauknya itu..gue suka semur...

    BalasPadam
  10. As'kum Kak Amie cayang hadoiii sedap benor ni..... kecurr aje melihatnya..

    BalasPadam
  11. Acik Erna,
    resepi turun temurun ni.

    Muzel Zay,
    memang laik tempat lain cara masakannya, tapi bahan asasnya tetap sama.

    Choco Ani,
    waalaikumussalam, kak Amie sihat. Cubalah resepi ni, lebihkan lada hitam / lada putihnya..

    BalasPadam
  12. Mama Aini,
    masakan kampung aje...

    Kak Ros,
    Macam2 lauk nasi ambeng ye Kak Ros.

    KunangKunang,
    cubalah KK... insya-Allah menjadi & sedap!

    BalasPadam
  13. Myda,
    amalah... sebenarnya dah lama tak gunakan perkataan 'semur' tu, kalau balik kampung baru dengar perkataan tu.

    Dzana,
    khabar Amie baik, sihat alhamdulillah... memang sedap Dzana, tambah sedap kalau bonda yang masak he he hehh

    Kak Noor,
    betullah Kak Noor, bila tahu asal usul nama resepi ni sebenarnya bukan masak kicap, tapi olahan dan ubahsuai masyarakat setempat menjadikannya sama macam masak kicap!

    BalasPadam
  14. Rahel,
    sesekali makan nasi lauk semur, sedapppp....

    Shahriah,
    waalaikumussalam... memang kecur Sha, lagilah kalau masak ramai2 di tempat kenduri, harum wangi aje dengan rempah penumisnya....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe